55 | hate

28.3K 2K 151
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Comforter aku tarik sampai menutupi kepala aku. Aku menangis bagai hari esok tiada. Aku tak tahu kenapa nama Dia sangat sensitive di telinga aku. Aku tak nak nama tu wujud lagi. Aku dah lupakan dia 10 tahun lepas bila dia dah pilih untuk tinggalkan aku tanpa sebab.

Lupakan dia ? Kau tipu Bella ! Kalau betul kau lupakan dia, kenapa masih menangis di tengah malam mimpi kan dia ? Kenapa bila kau ternampak muka dia di social media kau akan menangis ? Kenapa kau masih simpan segala hadiah yang dia pernah bagi dekat kau ? Dan kenapa kau masih mengharapkan dia pulang ?

Ah diam ! Semua tu tak betul !

Makin kuat tangisan aku bila terpaksa melawan perasaan sendiri.

Kenapa aku nak sedih ? Sedih sebab dia tak cintakan aku macam aku cintakan dia ! Selama ini dia caring dan dia jaga aku tak bermakna perasaan aku terbalas !

Bodohnya aku kerana membiarkan lelaki macam dia memberikan harapan. Harapan palsu. Dari awal lagi aku kena agak yang dia memang tak ada apa-apa perasaan dekat aku, buktinya apa ?

Dia tinggalkan aku selama sepuluh tahun tanpa sebab dan tanpa jejak di saat aku betul-betul perlukan dia.

Ah Bella ! Kenapa kau emotional sangat ? Dia tak pernah pun admit ataupun confess yang dia suka kau ! Kau sahaja yang perasan.

Memang. Memang betul. Dia tak pernah cakap dia suka aku. Selama kami berkawan, dia cuma bergurau bila dia keluarkan perkataan cinta atau suka itu.

" BELLA ! " Keith menerjah masuk ke dalam bilik aku.

" Hey what happened little girl ? " wajah risau Keith menghiasi pemandangan aku.

Dia berjalan mendekati aku lalu menghenyakkan punggungnya di atas katil bilik tidur aku. Aku sekali lagi menarik comforter hingga menutupi seluruh badan dan muka.

Muka aku terlalu buruk untuk ditunjukkan !

" Bell, jangan macam ni. Jangan nangis lagi, nanti kau sakit. " dia cuba untuk tarik comforter yang menutupi muka aku tapi aku berkeras dan menarik kembali.

" show me your face and talk to me. " lembut sahaja dia memujuk. Ya Tuhan, kenapa kau tak buat aku jatuh cinta pada lelaki ini ? Kenapa hati aku masih di bawa pergi oleh lelaki yang dah tinggalkan aku 10 tahun lepas ?!

" Bell please, you make me sad too. " dengan itu aku segera bangun dan memeluk Keith. Muka aku sembamkan ke dadanya dan menangis sekuat hati. Aku dah tak kisah dah air mata ke hingus ke yang keluar, yang penting aku nak lepaskan segalanya !

Keith langsung tak bergerak malah memeluk aku. Dia mengusap-usap rambut aku dan menepuk-nepuk lembut belakang badan aku.

" Keith, aku nak move on. Tak boleh ke kau biarkan aku ada boyfriend, tak boleh ke kau tolong carikan aku seorang lelaki ? " aku dapat dengar yang suara aku sekarang memang benar-benar serak dan bunyinya sangat broken.

" boleh, apa saja untuk kau. Nanti aku tetapkan tarikh, masa dan tempat ye ? " Keith menunaikan permintaan aku macam seorang pari-pari.

" aku benci dia Keith " kuat aku meraung di dadanya. Lencun muka aku serta bajunya.

" no talking, nangis sepuas hati kau. Aku ada. "

Dan aku hanya menurut, aku menangis semahu aku sampailah dunia aku bertukar gelap.

**🌙**

JACKSON [ POV ]

Aku dah rasa bersalah. Aku tahu aku tak patut cakap macam tu dekat Bella tapi aku just nak mereka kembali bersama semula. Tunggu Rafael balik ke sini memang lambat la.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now