49 | secret

47.4K 3.9K 337
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

" ma ! Im home ! " laung aku setelah kaki baru sahaja berjalan masuk ke dalam rumah. Aku berhenti seketika. Adakah laungan aku tadi tak berapa nak kuat ? sebab mama tak bagi apa-apa respond pun. Selalunya dia akan menyahut.

Tanpa buang masa, aku terus daki tangga rumah untuk ke tingkat atas di mana biliknya terletak. Tombol pintu aku pusing kemudian aku tolak.

" ma, are you indside ? " aku jengukkan kepala.

Aku tersengih bila dah jumpa kelibat dia. Mama sekarang tengah duduk di atas katil sambil membelakangi aku. Dia sedang memegang sesuatu di tangan. Aku dah start garu kepala.

" ma, bell dah balik ni " sekali lagi aku memanggil dan kali ini barulah dia berpaling. Mata dia nampak merah tapi dia tetap memberikan senyumannya yang sangat manis kepada aku. Aku dah mula rasa tak sedap hati.

" meh sini duduk dekat mama. " ajaknya sambil menepuk-nepuk cadar katil di sebelahnya. Aku hanya menurut dan mula mendaki katil.

" So, pasal tadi betul ke mama nak ceritakan ? " mata aku dah nampak bersinar. Tak sabar nak dengar keseluruhan cerita. Dan aku perasan yang aku sangat rindukan dia. Rindukan ayah yang tak pernah aku jumpa.

Mama nampak macam sedang berperang dengan diri sendiri. Dia nampak serba salah. Dia mengumpul segala kekuatan yang dia ada. Mungkin dia masih berfikir sama ada perkara ini harus diberitahu ataupun tidak.

Tapi kenapa dia nak sangat rahsiakan pasal ayah aku ?

" bila dengar Bell kena culik hari itu, mama risau sangat. Sampai mama rasa sesak nafas dan seluruh badan mama menggigil. Mama takut Bell tinggalkan mama macam ayah Bell sebab dalam dunia ni, mama ada Bell je. Bell yang jadi sebab kenapa mama masih kuat untuk teruskan hidup. " dia mulakan kata-katanya dengan ayat yang sumpah sedih sebab sekarang aku dah menangis. Dia pegang bahu aku. Mata dia yang berair itu tak lepas dari memandang muka aku.

" mama takut Bell salah faham dengan ayah Bell jadi mama nak ceritakan semuanya sekarang takut-takut mama dengan Bell tak jumpa lagi. Nanti tiada siapa yang akan beritahu tentang ayah pada Bell kan. " sambung dia lagi tapi kalini aku marah.

" apa mama mengarut ni ? Bell dah balik kan. Janganlah cakap macam tu ! " jawapan aku membuatkan dia tersenyum segaris.

" ayah Bell baik orangnya. Dia datang dari keluarga yang berada. Adik-beradik dia semua berjaya dengan perniagaan sendiri tetapi dalam kalangan adik-beradik dia, ayah kamu  Yang paling biasa-biasa sahaja kerjanya, tak gah seperti mereka " aku terkejut. Jadi, ayah aku ada adik-beradik ? Fikir aku dia anak tunggal sebab aku tak pernah pun jumpa dengan adik-beradik belah ayah.

Oh lupa, dia pun aku tak pernah jumpa, inikan pula adik-beradik dan keluarga kerabat dia apa semua tu. Memang batang hidung pun takkan jumpa !

" tapi walaupun dia kerja biasa-biasa sahaja, dia rajin orangnya. Tak pernah mintak walau satu sen pun duit dari adik-beradik dan keluarga dia yang kaya. Dia usaha sendiri. Disebabkan dia rajin, nenek kamu bagi dia sebuah hotel di bandar untuk diuruskan. Pada mulanya dia tolak, tetapi disebabkan nenek kamu terlalu berharap, jadi ayah kamu terima. Dan lepas dua tahun di bawah pentadbiran dia, hotel itu maju dan meraih keuntungan yang banyak. " senyum mama, ternyata nampak bangga dengan pencapaian ayah. Mungkin ayah tidak lah sejahat yang aku sangkakan selama ini.

" habis tu macam mana boleh jumpa dengan mama ? " aku bertanya teruja. Nak tahu juga macam mana bibit-bibit cinta mereka terjadi.

" one day, salah seorang pekerja dia berhenti sebab nak pindah balik kampung. Dia orang pun letak lah notis kerja kosong, mama yang memang kebetulan tengah cari kerja terus sambar peluang depan mata. Bila dah interview semua oleh secretary ayah kamu, mama diterima kerja sebagai cleaner. Ya, mama tak lah sehebat yang kamu fikir. Mama kerja biasa je kalau nak dibandingkan dengan ayah kamu memang jauh langit dan bumi . " senyuman mama nampak kelat tetapi aku segera memeluknya.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now