57 | unexpected

26.8K 2.2K 472
                                    



BELLA ROSSALES [ POV ]

" Sorry Bell aku bukan nak mungkir janji tapi aku ada problem sikit dekat pejabat. Tak boleh nak elak sebab kene settle kan hari ni juga. But don't worry, I will send someone to pick you up for shopping ! " belum sempat aku nak meroyan, Keith terlebih dahulu mematikan panggilan.

Jangan Bella. Kau tak ada hak nak marah dia. Dia ada kerja yang perlu diselesaikan dan kau kena faham. Tambahan pula, jadi seorang yang digelar CEO bukan lah senang. Positive side aku mula berkata-kata. Okay ada betulnya juga.

Aku bangun dari sofa. Handbag aku ambil dan ingin keluar dari pejabat. Sepatutnya aku dah sampai mall sekarang jika mengikut rancangan asal. Tak apa Bella, esok masih ada.

Okay jap, tadi Keith cakap akan hantar someone untuk ambil aku kan ?  Tak akan lah orang yang nak jumpa aku malam ni ? Aku lihat penampilan aku sekilas di cermin berbentuk Diamond yang tergantung di dinding.

Nampak sangat formal maklumlah pakaian kerja. Dengan heels hitam, skirt paras lutut dan kemeja lengan panjang. Entah kenapa aku dah start gelabah. Aku susah nak bersemuka dengan orang yang aku tak familiar. Mungkin kerana selama ini aku selalu bertepek dengan orang yang sama bertahun-tahun ?

Keith, Kyle, Jackson. Repeat.

Tiba-tiba telefon pejabat yang berada di atas meja mahogany tersebut berdering minta diangkat. Aku tersentak dan tergesa-gesa ingin menjawabnya..

" Hello ? "

" maaf boss ganggu, ada someone tunggu boss dekat tempat letak kereta VIP. " suara qiden iaitu secretary aku mula menyapa gegendang telinga.

" who is it ? " kening aku bertaut. I got no idea siapa lelaki yang datang ini. setahu aku, aku tak ada apa-apa temu janji mahupun meeting di luar.

" He's unfamiliar to me but he said he is your future husband. " jelas qiden.

" HELL NAH. siapa mamat perasan banyak tu ? Tak payah layan. Panggil security gurd. Sesedap dia je ada dekat parking VIP " automatic aku hentak meja dengan tangan.

" tapi boss, dia ada tunjuk bukti yang dia kenal boss. Dia tunjuk gambar boss dengan dia masa zaman sekolah. " suara qiden kedengaran sangat bersungguh sebab nak meyakinkan aku.

Dan hati aku seakan-akan berhenti. Kalau Jackson yang datang, dia akan terus datang ke bilik aku buat macam rumah sendiri dan qiden sudah pun kenal dengan Jackson. Kalau Kyle, satu hotel ni tahu siapa dia. Maklumlah muka-muka keturunan Andersan Lau ada bertepek dekat dinding lobi.

Tak kan lah ?

" boss are you still there ? " lamunan aku terhenti.

" yes I am. Cuba tanya nama dia ? I nak kepastian "

" okay boss wait a second " aku angguk walaupun qiden sah-sah tak boleh nampak aku.

" boss, nama dia Rafael "

dan dunia aku seakan berputar hebat.

LIAR ! Dia tak akan balik ke sini lagi ! Dia dah tinggalkan aku with no reason and he can't come back here just like that !

Aku berjalan ke pintu kaca pejabat dan membukanya dengan rakus. Heels hitam yang aku pakai berbunyi sangat kuat kerana berlanggar dengan permukaan simen. Lif ditekan dan badan segera meloloskan diri ke dalamnya.

Tangan aku sekarang sedikit begetar untuk menekan butang lif. Bulu roma yang berada di belakang tengkuk seakan-akan beridiri. Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan aku tapi aku tak sukakannya ! Ia membuatkan aku nampak sangat lemah ! Aku tak nak Rafael jadi kelemahan aku !

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now