28 | mad

54K 3.5K 414
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

" Rafael turunkan aku ! Aku boleh jalan la ! "

aku pukul dada Rafael berkali-kali meminta untuk dia menurunkan aku. Kau tahu tak aku tengah tahan malu sekarang sebab ramai bebudak dari tingkatan satu hingga lima tengah tengok kitaorang sambil berbisik-bisik ? Nanti apa pulak diaorang fikir ! Dah la dekat leher aku ni ada kesan merah !

Rafael hanya senyap. Langsung tidak menghiraukan permintaan aku. Dia masih lagi tidak membuka mulutnya. Mukanya nampak tenang tetapi aku tahu dia tengah mengamuk sekarang.

Dia mengetap giginya dari tadi. Mukanya sangat tegang. Kelihatan urat jantan di lengannya terserlah ganas seolah-olah dia sedang menahan sesuatu yang ingin keluar.

Ya, amarahnya.

Aku telan air liur. Rasa gerun juga dengan mamat ni. Tapi, Air mata aku yang tadinya mengalir laju sudah pun berhenti bila nampak Rafael datang. Aku rasa selamat bila ada dengan Rafael.

Aku mengeluh. Aku sentuh kesan merah yang berada di leher aku. Mungkin ini akan mengambil masa dalam beberapa hari juga nak hilang.

Bila sampai sahaja di bilik kesihatan sekolah, Rafael menguak pintu tersebut lalu muka seorang nurse kelihatan. Rafael hanya berdiri di hadapan pintu. Aku memandangnya pelik. Apsal dia tak masuk ?

Rafael menggerakkan kepalanya ke tepi memberi isyarat supaya nurse tersebut keluar. Eh dia ni biadap betul, fikir ni sekolah bapak dia ke apa ?

Oh lupa, bapak dia yang bangunkan sekolah ni.

Suka hati kau lah Rafael.

Nurse tadi cepat-cepat keluar sebab dah gerun tengok muka Rafael yang memandangnya dengan sangat tajam macam harimau nak makan tikus. Harimau makan tikus ke ? Ah lantak la.

Dia menempatkan aku di atas katil. Selepas itu, tangannya ligat mencari ubat untuk di sapu pada luka di leher aku. Apabila jumpa, Dia menyapu krim tersebut kemudian meletakkan pluster di atasnya.

" Kau janganlah risau. Bukan sakit pun. Dia bukannya belasah aku. "

" jangan risau kau cakap ? HE TOUCHED YOU ! " Rafael hentak meja yang berada di tepinya dengan kuat sehingga barang-barang yang berada di atas meja tersebut jatuh ke lantai. Bahu aku terhinjut sebab terkejut. Damn Bella kau tak patut kacau orang yang dari tadi tengah tahan marah.

Dan sekarang aku menyesal.

" Im not okay with him touching you. " katanya perlahan. Tetapi sempat aku menangkap butir bicara tersebut. Rafael yang tadinya mengamuk sedang cuba untuk tenangkan dirinya kembali. Dia mengundur ke belakang.

" Aku nak uruskan sesuatu. Kau duduk sini kejap. Aku mesej Jackson untuk ambil kau kat sini. Jalan dengan Jackson. Jangan jalan sorang-sorang. " dia berkata dengan nada yang mendatar lalu keluar dengan segera meninggalkan aku seorang diri dalam bilik tersebut.

Aku hanya memandang kelibatnya yang semakin menjauh.

Tak sampai sepuluh minit pintu bilik kesihatan diketuk laju dan kuat. Agaknya dah boleh tumbang dah pintu ni. Padahal pintu bukannya berkunci pun. Dah lupa cara nak pulas tombol pintu ke apa ?

Lalu, pintu dipecahkan dari luar dan kelihatan empat ketul jejaka handsome yang sedang tercungap-cungap mengambil nafas kerana baru sahaja menamatkan larian, muncul. Jap, perlu ke kau pecahkan pintu yang tak bersalah tu ?

Aku perhati je muka seorang-seorang. Seingat aku Rafael hanya mesej Jackson. Tapi kenapa Keith, Luke dan Dennis pun ada sekali ?

" Tinker Bell ! " Luke menjerit.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now