36 | stay

52.4K 4K 341
                                    

KEITH ANDERSON LAU [ POV ]

" BELLA ! " jeritan seseorang yang ada dalam kelas tu membuatkan semua orang berpaling ke arahnya. Aku tak tahu nama dia apa sebab selain daripada Luke, Rafael, Jackson dan Dennis, aku hanya bercakap dengan Bella.

Rafael yang lebih tangkas dan cepat daripada aku telah pun selamat menyambut badan Bella daripada tumbang ke lantai. Serious aku tak boleh nak brain dengan apa yang jadi. Tadi aku tengok dia okay sahaja, dan sekarang dia tiba-tiba pengsan ?

Luke daripada tadi tahan diri untuk tidak menjerit. kau tahu lah kan,  Antara kami berlima, dia yang paling terkenal dengan sifat kelam kabut yang amat. Luke gigit bibirnya daripada mengeluarkan suara.

Manakala Jackson cepat-cepat tutup mata Dennis supaya tidak melihat perkara yang jadi. Aku tahu ini agak merepek tapi Dennis ada penyakit misteri sejak dari tingkatan 4 lagi. Dia tak boleh tengok orang pengsan sebab nanti dia akan pengsan sekali. Aku pun tak tahu mana dia dapat penyakit macam tu. Parents dia dah bawak dia pergi jumpa doktor pakar tapi doktor sendiri tidak menemui ubat untuk mengubati penyakit misteri tersebut. Kata Doktor, penyakit ini terjadi mungkin daripada peristiwa buruk yang pernah berlaku ke atasnya sehingga dia trauma.

" Sir, I think we need to bring Bella to the treatment room. " aku segera memberitahu Sir Evan dan dia mengangguk tanda setuju. Rafael segera mengangkat badan Bella lalu berlari menuju ke bilik rawatan. Dia abaikan sahaja mata-mata yang mula memandangnya pelik.

Ya. Seorang Rafael Adrean Sullivan tidak pernah kesah pasal orang. Jadi, siapa yang tak terkejut kalau dia tiba-tiba tolong classmate yang jatuh pengsan ? Aku, Luke, Dennis dan Jackson hanya diam sahaja, memahami kenapa dia bertindak sedemikian.

Aku juga turut keluar dari kelas diikuti dengan mereka bertiga. Perkara tersebut telah mengundang jeritan daripada Sir Evan.

" get back here boys! Just let only Rafael bring her to the treatment room! "

Namun jeritannya kami abaikan sahaja. Memekak pulak Sir berjanggut ni. Bingit tul.

Sampainya di sana, Rafael segera meletakkan Bella di atas katil dan menyuruh Doktor yang bertugas disitu memeriksa keadaan Bella.

Kau tahu ? Hari ini kita melakar sejarah. Diantara kami berlima, aku tak rasa yang Luke sahaja yang bersifat kelam kabut. Sekarang Rafael nampak sangat kelam kabut. Mengalahkan Luke si kepoh. Sampai Doktor yang hampir separuh umur itu pun dijerkahnya sebab lambat buat kerja.

Setelah memeriksa keadaan Bella, Doktor bagitau yang Bella pengsan disebabkan panic attack sehingga membuatkan dia sukar untuk bernafas. Dia perlu bertenang dan rehat secukupnya atau boleh dikatakan tidur untuk fast recovery.

Tapi sekarang dah satu jam berlalu. Rafael dah start bising. Mamat ni mana tahu maksud sabar tu apa. Dari tadi menyumpah-nyumpah bagai esok hari tiada.

" calm down Rafael ! Dia cuma pengsan, bukan mati. Look at that damn machine ! She is still breathing! " aku ketuk kepalanya sebab terlalu geram. Sekarang, aku seorang sahaja yang boleh diharap untuk mengawal keadaan. Yang lain dah elok landing atas sofa sambil layan My Little Pony.

" Tinker Bell, you're awake ! " Luke yang tiba-tiba perasan Bella dah bangun mula menjerit seperti biasa. Dia mula bangun dan mendekati katil Bella diikuti yang lain.

Rafael sempat menyuruh doktor tersebut keluar dari bilik. Katanya kalau ada orang tua itu pun bukan boleh buat apa-apa pon. Useless.

Rafael memang kena masuk kelas macam mana nak jaga adab. He's a walking red flag since forever.

" feeling better now ? " Dennis bertanya sambil memegang bahu Bella. Pertanyaannya dibalas oleh anggukannya.

Jackson menghulurkan segelas air kepada Bella bila perasan yang bibir dia kering dan pucat. Bella capai dan meneguknya sehingga habis.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now