24 | lie

56.7K 3.9K 275
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Hari ini aku datang sekolah macam biasa. Agak awal dari pelajar lain tapi tak seawal ketua kelas aku, Zach. Seperti biasa di pagi hari yang indah ini dia tengah layan anime dalam kelas di MacBook kepunyaannya.

Aku tengok jadual yang berada di papan kenyataan kelas. Subject mula-mula ialah Mathematic yang akan diajar oleh Sir Alex. Aku tersengih bila tengok nama sir Alex. Bukan apa, kalau masa dia, bebudak lima orang tu memang rajin je ada dalam kelas. Lepastu, diaorang memang kene duduk depan sekali. Jadi, amanlah hidup aku nanti.

Aku berjalan dan duduk di tempat biasa . Baru sahaja tangan aku ingin mengeluarkan buku latihan Mathematic, dari dalam beg, phone aku bergetar tanda ada satu message masuk. Aku ambil phone aku yang berada di dalam pocket skirt dan menekan application Whatsapp.

Sarah ❣️
- Aku absent hari ni, kene babysit adik kembar aku yang taguna tu. Nanti kalau ada nota penting tolong salinkan untuk aku tau.

Bella
- Kenapa dengan Ben ?

Sarah ❣️
- Entah gaduh dengan budak mana tah sampai barai muka dia.

Bella
- pulak dah. okay, nanti aku salin untuk kau

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Sarah, aku kembali mengalihkan perhatian aku pada buku latihan Mathematic tadi, aku buat beberapa soalan sementara menunggu pelajar lain sampai.

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi, semua pelajar sudah mula memenuhi tempat duduk di dalam kelas 4 Beta. Jackson, Keith, Luke dan Dennis juga telah selamat sampai dan mengambil tempat di hadapan sekali sepertimana yang aku jangkakan. Tidak lama selepas itu, Sir Alex masuk ke dalam kelas.

Wait..

Mana Rafael ?

Ponteng ke apa mamat tu ?

Entah kenapa aku jadi tak boleh duduk diam selagi persoalan aku tak dijawab. Sepanjang aku bersekolah dekat sini, Rafael tak pernah kot ponteng masa Sir Alex.

dia sakit ke ?

Aku menghembuskan nafas berat. Mungkin aku patut tanya Keith nanti habis waktu sekolah ataupun waktu rehat.

" Bella, where is your iPad ? " pertanyaan Sir Alex mengejutkan aku. Terus mata aku tertala kepadanya.

iPad ?

Aku tengok sekeliling. Pelajar dalam kelas tersebut memandang aku pelik. Di atas meja diaorang sudah pun ada iPad.

Kami semua telah dibekalkan iPad dari pihak sekolah kerana pembelajaran di dalam kelas lebih kepada penggunaan technology tersebut.

Dan sekarang disebabkan aku tengah mengelamun seorang diri, aku tak ingat nak keluarkan iPad aku yang ada dalam beg sekolah.

Damn.

" a-da Sir, dalam beg " jawab aku yang tengah kalut. Sir Alex dah renung aku bagai nak ditelan sahaja agaknya.

" are you with us right now ? Buka iPad kamu dan jawab soalan nombor 14. " suaranya yang agak tegas membuatkan tangan aku sudah berpeluh-peluh. Sumpah dia ni memang menakutkan. Kalau waktu mengajar memang garang betul, kalau waktu sembang dengan dia bukan main meriah. Ini ke orang panggil professional?

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt