2 | fight

83.8K 4.8K 319
                                    



" Never felt a feeling of comfort.
All this time, I've been hiding "

** 🌙 **

BELLA ROSALLES [ POV ]

Aku tercungap-cungap mengambil nafas. Larian selaju petir tadi telah membuatkan nafas aku tersekat-sekat. Kepala tertoleh kiri, kanan dan belakang takut-takut si scammer tadi sempat kejar. Bila dah pastikan kelibat dia 100% tiada, aku ambil keputusan untuk berehat.

Aku ingatkan dia nak selamatkan aku ! Rupanya kene kencing macam tu sahaja. Dia pulak yang minta duit aku lepas Jay, Harris dan Ben tinggalkan aku. Tak guna betul !

Penyelamat my ass. Kalau ada anugerah scammer terbaik, dia layak menang.

Aku terik nafas dalam-dalam. Nasib baik tak ada penyakit jantung ke asma ke apa kalau tidak pendek nyawa aku, awal cerita ni habis.

Lepas beberapa minit berehat, aku mula berjalan ikut kaki aku pergi sambil dalam otak memikirkan macam-macam hal.

Aku nak jalani kehidupan yang normal sahaja. Tanpa diganggu manusia lain sebab aku sendiri pun asyik focus pada kehidupan aku dan tak pernah pula jaga tepi kain orang.

Manusia sahaja yang selalu ada benda tak puas hati dengan aku.

Apa yang aku ada sampai mereka selalu cuba untuk hancurkan hidup aku ?

Tanpa sedar, aku sampai di hadapan pintu bilik yang tertulis 'pejabat' . Jadi, benda pertama yang aku kene buat ialah daftarkan diri, urus fail peribadi dan seterusnya boleh masuk ke kelas baharu.

Tak pasti nak excited atau tidak bila semuanya dah mess up di pagi hari yang tak berapa nak indah.

Selesai sahaja pendaftaran, aku mula berjalan mencari kelas baharu aku yang bernama 4 BETA. Tak cantik langsung nama kelas. Letak la nama 4 Pfizer ke, Sinovac ke Astra Zanica ke baru mantap.

Peta di tangan aku tengok. Dia ingat ni cerita Dora The Explores ke nak bagi peta bagai ? Kalau aku Dora boleh la tanya Map suruh tunjuk jalan mana pergi ke kelas. Ini tidak, aku hanyalah seketul Bella. Bukannya aku tahu pun nak tengok macam mana. Apa salahnya kalau bagi tour guide sorang. Sekolah bukan main gedabak besar dia.

Kesudahannya, yang tak tahu, aku buat-buat tahu.

Kaki masih berjalan tanpa hala tuju. Nak tanya pelajar lain tapi entah lah rasa malu pula sebab aku bukannya jenis mesra alam. Diaorang pulak tengok aku macam aku bogel. Lain macam.

Sedang leka melayan perasaan, tahu-tahu je aku dah sampai belakang sekolah di mana terletaknya padang sekolah yang besar. Kenapa luas sangat ? Dah lah aku tengah blur ni.

Tiba-tiba, aku terdengar bunyi suara seorang lelaki sedang menjerit marah. Tak, tolonglah jangan datangkan bala lagi. Jangan datangkan masalah lagi. Bagi lah aku nasib baik ..

Tapi tanpa aku duga kaki aku yang mengada ni pergi cari di mana bunyi suara itu datang. Dengan berpandukan suara itu aku sampai di pagar belakang sekolah yang terletak berhampiran semak samun yang tebal dan tinggi.

" Dah rosakkan motor aku takkan nak blah macam tu je ! bayar ahh ! Takkan orang kaya macam kau tak ada duit ?! " Seorang lelaki bertubuh sasa menjerit ganas manakala dua orang rakannya yang lain memegang kedua belah lengan seorang pelajar lelaki.

Ya, dia pelajar sekolah ni sebab pakaian seragam dan lencana sekolah yang dipakainya dapat aku lihat dengan jelas. Aku menyorok di sebalik semak itu. Tubuh aku yang kecil membolehkan aku menyorok dengan sempurna.

" Apsal budak tu tak lari ? Melawan pun tidak. Memang nak mati betul " aku membebel sendiri. Pelik apabila melihat lelaki tu berdiri dengan selamba sahaja sambil tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Apa dia ingat orang tengah melawak ke ? Aku tak nampak yang batang kayu tu palsu .

Lelaki sasa tadi menghayunkan kayu yang berada di tangannya menuju ke muka pelajar lelaki itu namun belum sempat ia kena di sasaran, aku keluar dari tempat persembunyian. Kau gila ke nak tengok sahaja ?

" nanti ! Jangan pukul dia ! " Aku berlari ke arahnya lalu mendepakan tangan cuba untuk melindungi pelajar lelaki tersebut.

aku terkejut kenapa aku pergi keluar.

Man, Im digging my own grave.

Sekali lagi, nasib tidak menyebelahi aku.

" nah ganti rugi motor korang ! Benda boleh bincang kan ? Apa kata korang lepaskan dia lepastu kita settle pergi makan-makan dekat mana nak nak ? ." Aku tersengih-sengih menghulurkan duit belanja aku kepada si lelaki berbadan sasa itu berharap agar dia berhentikan perbuatannya. Aku tak nak tengok orang kene bunuh depan mata aku okay. Itu sahaja.

" Look what we have here, a good girl try to save her boyfriend. " si lelaki berbadan sasa itu cuba untuk mengambil duit dari tangan aku namun tindakan pelajar tadi membuatkan aku terkejut.

Dia lagi pantas merampas duit di tangan aku.

Yang paling tak masuk akal, dia pergi belasah tiga orang lelaki dewasa itu tanpa menggunakan sebarang senjata. Benda tu jadi dengan sekelip kata je ! Tengok-tengok je diaorang dah terbaring elok di atas tanah.

Aku tak sempat nak proses apa yang berlaku inikan pula nak ambil popcorn sambil layan live action yang berlaku depan mata.

Mustahil !

Dia dapat tumbangkan mereka !

Paling gila sekali, bila aku tengok muka dia, aku tahu dia siapa !

Necktie longgar, butang baju tidak sepenuhnya dibutangkan, rambut coklat yang sangat messy dan muka yang jelas asyik menunjukkan reaksi bosan dengan hidup seolah-olah dekat bumi ni tiada benda yang menarik.

aku tampar muka sendiri cuba untuk tak merapu.

Dia ialah si penyelamat dalam masa yang sama si pembuli aku tadi !

**🌙**

VOTE, COMMENT AND SHARE.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now