32 | promise

54.6K 3.6K 268
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Di awal pagi yang indah lagi phone aku dah berdering, mengacau tidur yang lena . Aku dengan malas mencari-cari phone yang ada dekat atas meja tepi katil tersebut dengan mata yang masih belum buka. Tanpa melihat siapa yang call terus aku angkat sahaja panggilan itu.

" WOI MANGKUK TURUN PADANG SEKARANG ! " suara Haiden bergema ke segenap ruang bilik aku sampai aku terpaksa jauhkan jarak phone dengan telinga. Agaknya boleh pecah juga gegendang telinga aku ni. dengan mata yang separuh terbuka, aku jeling jam di dinding terus bedetak aaaahhh kaki ku juga terus berjalan aaaahhh.

Jam menunjukkan pukul 6:00 pagi. Masih terlalu awal untuk pergi ke sekolah. Lampu jalan pun tak tertutup lagi. Dia gila ke apa waktu macam ni nak turun padang? Tahu la hari ini last day sukan.

" jam rumah kau awal satu jam ke Haiden ? " dengan tekak yang kering aku cuba mengeluarkan suara. Ianya kedengaran sangat serak pada ketika ini.

" nak buat last practise untuk perbarisan lah pandai ! Kalau muka kau tak ada dekat padang sebelum pukul 6:30 siap eh. Dah la lari dari acara memanah ! Nasib baik ada orang baik hati nak tolong gantikan tempat kau. Kau tahu tak banyak kerja yang aku dengan Zach kena handle bila kau tak ada ? Kau pergi mana sebenarnya ? Sudah lah si Ben tak guna tu memang tak datang sekolah terus! Siap kau eh ! Lambat turun padang kene ketuk ketampi 500 kali dekat depan tandas lelaki ! "

Bip bip bip..

Lepas membebel panjang lebar Haiden terus memutuskan panggilan telefon. Marah betul dia pada aku yang dah ponteng sekolah semalam. Aku tersengaja hehe.

Aku terus bangun dari katil lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Nak tak nak kene patuh juga arahan pengerusi.

Setelah lengkap berpakaian rumah sukan, aku terus turun ke bawah untuk makan sarapan pagi.

Pintu rumah aku pastikan berkunci sebelum menuju ke sekolah. Terpaksa bawa lampu suluh sekali sebab waktu sekarang masih gelap. Tak pepasal jatuh longkang nanti. Aku pandang atas, matahari masih sembunyikan diri. Bulan sahaja yang setia terpacak disitu bersama beberapa bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Nasib aku lah sebab satu pasukan dengan Haiden yang tegas tu. Kalau satu pasukan dengan Jackson kan best ? Boleh aku curi tulang selalu ! Hehe gurau je.

**🌙**

6:25 pagi

Aku menghembuskan nafas lega. Kaki sampai jugak dekat padang. Nampaknya suasana yang masih gelap ini tidak sunyi langsung seperti yang aku fikirkan. Suara Haiden bergema menyapa gegendang telinga aku.

" BARIS ! BARIS SEDIA ! " laungnya kemudian hentakan kaki berbunyi. Aku rasa bersalah sangat sebab tak datang seawal peserta lain. Sepatutnya aku yang kene awal dari ahli lain sebab aku naib pengerusi. Dalam hati rasa macam nak marah diri sendiri.

Tak apa Bella ! Untuk acara larian cosplay ni pastikan kau dapat johan dan kalahkan Luke yang berlagak jadi juara bertahan tu. Cuba cipta sejarah ! Tak kesahlah mengarut macam mana pun acara itu sekalipun aku kene sumbang sesuatu untuk rumah sukan sendiri !

" Bella go wear your costume. Ada beberapa benda lagi kena diperkemaskan. " arah Haiden setelah melihat kehadiran aku. Aku tanpa merungut terus sahaja pergi ke bawah kemah untuk mengambil costume dan memboloskan diri ke dalam bilik persalinan.

Kami berlatih sehinggalah pelajar lain mula memenuhi padang sekolah. Tinggal satu jam sahaja lagi untuk acara perbarisan dimulakan. Haiden memberi kami rehat dan tenangkan hati yang tengah nervous.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now