34 | kiss

61.8K 3.8K 260
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Setelah penat lelah prank si Rafael, benda yang ditunggu-tunggu pun dah tiba ! Iaitu makan. Yes, dari tadi aku dah terliur tengok makanan yang tersusun cantik atas meja tu.

" Raf, kau dah bukak ke belum hadiah aku ? " Luke memandang Rafael yang duduk bertentangan dengannya.

" dah. Macam biasa, hadiah kau yang paling tak berguna setiap tahun" Rafael jawab selamba sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. Luke pula buat-buat terluka dengan kata-kata Rafael sambil pegang dadanya. Ceh dramatik.

" Tapi aku rasa hadiah aku yang paling berguna. Boleh bimbing kau ke arah masa depan yang cerah. ". Dia menegakkan juga isu hadiahnya yang paling berguna. Kenapa Rafael tak suka ? Luke dah bagi apa dekat dia ?

" kau bagi hadiah apa Luke ? " Aku terus tanya sebab perangai ingin tahu aku ni memang tak boleh bawak bincang.

" aku bagi dia buku cara-cara nak jadi pelajar yang berguna. "

FUHHHHHH

Keith yang baru sahaja meneguk air strawberry milk shake itu tiba-tiba tersembur keluar dari mulutnya apabila mendengar jawapan yang tak dijangka oleh Luke. Terbatuk-batuk anak orang dibuatnya.

Random sangat Luke ni. Memang kreatif.

Kyle segera menepuk belakang Keith perlahan manakala Jackson menghulurkan segelas air kosong bagi melegakan tekaknya. Kesian Keith, muka dia yang putih melepak tu habis merah menahan rasa.

Dennis akan menjadi Dennis. Gelak sampai makanan hampir terkeluar melalui hidungnya. Tak senonoh ! Aku tak akan percaya kalau ada orang nak kahwin dengan dia suatu masa nanti !

" balik rumah study buku tu betul-betul ! Confirm masa depan kau tak gelap ! " Dennis lap tepi matanya yang berair dengan tisu.

" aku nak buat peraturan baru. Masa makan jangan buat lawak kalau tak nak aku mati tersedak. " Keith mencelah setelah tekaknya berasa lega. Muka dia tiada secalit pun senyuman, jadi dia sedang serious sekarang. Tapi Dennis tidak kisah. Dia masih teruskan aktiviti gelaknya.

" Raf, kau tak nak tanya macam mana kitaorang kerjakan Ben and the gang ? " Jackson tiba-tiba ubah cerita kerana tak nak suasana jadi tegang.

" bukan korang semua tipu aku ke pasal Ben datang ? " Rafael angkat kening, bingung.

" mana ada. Diaorang memang datang lah " Jackson menafikan.

Rafael perhati muka kami seorang demi seorang untuk pastikan tiada siapa yang menipunya.  Lepas berpuas hati dengan tilikannya dia mengangguk menyuruh untuk Jakcson bercerita dengan lebih lanjut.

[ F L A S H B A C K ]

" muka sebelah kiri kau dah cukup kemik dah kesan tumbukan Rafael haritu. Hari ini kau datang dan cuba buat hal kat sini sebab kau nak aku kemikkan muka kau sebelah kanan pula ke ? Im free to do that. Bring it on asshole. " Luke dah angkat kedua belah tangannya yang dikepal menjadi penumbuk. Dia seorang pun dah cukup untuk tumbangkan Ben, Jay dan Harris. Just a piece of cake katanya. Yang lain hanya menonton dari dalam memandangkan cermin disitu boleh melihat dengan jelas apa yang jadi di hadapan kedai.

Aku nampak Ben dah telan air liur. Mungkin gentar dengan apa yang Luke cakap. Jika tumbukan Rafael dah boleh buat muka dia menanggung 1001 kesakitan, tak mustahil untuk Luke menambah lagi kesakitan yang dia alami sekarang jadi dia ambil keputusan untuk beredar dan pergi membeli coffe ke kedai di seberang sana.

" ceh, baru je nak panaskan badan. " Luke meludah air liurnya ke tepi. Dia kemudian masuk ke dalam cafe balik.

" masalah dah selesai. " dia sengih dan angkat ibu jari. Tetapi langkahnya berhenti saat melihat aksi pelik yang ditunjukkan oleh mereka yang lain.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now