31 | cute

53.4K 4.2K 290
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

ceh, ajak aku pergi dating macam ajak aku nak pergi lepak mamak. Mamat ni tak sweet langsung. Kang aku reject japgi baru tahu HAHAHAHHA.

" mana ada yang muat, kau tu dah la besar, aku ni kecik je " aku buat alasan, malas nak keluar sebenarnya. Lagi pula sekarang masih waktu sekolah. apa orang lain fikir nanti ? Tak ke naya kalau jumpa budak sekolah aku kat sana  yang kebetulan ponteng jugak. Boleh viral nanti.

" buka almari aku yang warna biru tu. Yang dalam tu semua baju lama aku. Masih baru cuma tak muat dengan aku. Mungkin muat dengan kau. " Rafael menunjukkan almari biru bersaiz kecil yang terletak di hujung bilik.

Aku masih tercegat disitu.

Rafael mendengus lalu pergi ke arah almari biru tersebut. Dia membukanya dan mengambil sehelai jacket Army dan sehelai tshirt putih lengan pendek.

" nah, cuba ni " dia menghulurkan pakaian tu kepada aku. Aku dengan malas menyambutnya lalu masuk ke dalam bilik mandi. Tidak sampai lima minit, aku keluar balik dengan memakai baju yang Rafael bagi tadi.

" okay tak ? " soal aku sambil memusing-musingkan badan aku.

Rafael senyap seketika, lalu bedehem. Entah apa yang dia fikirkan pun aku tak tahu. Susah untuk jangka apa yang ada dalam fikirannya.

" not bad. Sekarang pergi wardrobe sebelah sana. Cari baju yang sesuai dan seluar untuk aku pula. " amboi sesedap dia je mengarah aku itu-ini. Aku mencebik dan turutkan sahaja.

Aku membuka wardrobe yang besar itu dan melihat baju yang tergantung. Tepat tekaan aku. Baju dia kebanyakannya warna gelap. Tak ada warna yang cerah. Kalu ada pun warna putih.

Aku ambil sahaja apa yang aku rasa okay. Ala Rafael pakai apa pun handsome je aku tengok. Kemudian aku mengambil jeans berwarna hitam disesuaikan dengan kemeja putih.

" ni je ? " soal dia tiba-tiba.

" ye la kau nak apa lagi ? " aku dengan bingung bertanya kembali.

" seluar dalam aku mana ? " dia buat muka nakal dia.

Taguna Rafael !

Aku campak pakaian tersebut ke mukanya. Dia dah gelak tak ingat dunia. Memang saja nak sakat aku. Tahu je aku cepat blushing. Malu !

" aku gurau je lah. Dah pakai dah pon. Nak tengok ? " dia acah-acah nak leraikan ikatan  tuala yang dia pakai. Aku segera tutup mata dan mengeluarkan telefon pintar aku yang berada di dalam pocket seluar.

" kau jangan macam-macam eh. Aku call polis ! " aku cuba mengugut. Bukan dia takut malah Makin kuat pula gelakkan aku. Damn it ! Jaga kau Rafael ! Nanti aku kene kan kau balik !

Bila habis sahaja Rafael gelak, Dia pergi masuk ke dalam bilik mandi untuk menukar pakaiannya.

  **🌙**

" nak pergi mana ? Nanti tiba-tiba jumpa orang kita kenal kat sana lain jadinya. Lagi pula, kau lupa ke kau ni tak ada lesen memandu?"  aku masih merungut.

" pergi mall. Kesah apa dekat orang. Aku nak pergi beli lens baru dengan kasut baru. Entah lahanat mana pergi curi kasut Adidas aku. " katanya selamba.

" oi cepatlah naik. " tengah aku mengelamum, dia pergi sergah tetiba.

" yelah yelah " aku masuk dan menutup pintu kereta. Rafael dengan segera menekan pedal minyak kereta tersebut keluar dari perkarangan rumah menuju ke pusat membeli-belah.

Perjalanan mengambil masa mungkin setengah jam tetapi sekarang aku dan dia tersekat dalam traffic Jam.

" apahal jem masa ni ? Bukan orang tengah kerja ke ? " aku membebel seorang. Perjalanan yang singkat jadi panjang pula. Nanti kalau balik lewat apa aku nak jawab dengan mama ?

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now