22 | enemy

56.2K 3.8K 371
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Ben, Jay dan Harris.
( mereka pernah muncul dalam chapter 1)

Antara manusia yang aku nak elak daripada bersemuka. Tapi sekarang apa yang jadi dah musnahkan mood aku pada hari ini.

Aku satu rumah sukan dengan tiga orang lelaki ini.

Aku masih tercegat di hadapan pintu bilik gerakan rumah sukan Scarlet. Entah nak masuk ke nak lari balik rumah. Ben dari tadi tengah tayang senyum sinis dia kepada aku.

Aku melihat sekeliling untuk mencari seseorang yang aku kenal. Sekarang aku akan sangat bersyukur kalau salah seorang dari lima orang lelaki ( aku maksudkan Rafael, Jackson, Keith, Luke dan Dennis) satu pasukan dengan aku tapi batang hidung diaorang pon tak ada. Sarah pun tak ada.

Great, just great.

" kenapa tercegat lagi dekat situ? You can come in " ketua pasukan rumah Scarlet yang berucap tadi memandang aku dan menyuruh aku masuk.

Aku menghembuskan nafas berat sebelum masuk ke dalam bilik itu. Apabila melihat muka Zach (rujuk chapter 20 kalau tak ingat siapa Zach) iaitu ketua kelas aku, aku mula bergerak ke arah kerusi kosong yang bersebelahan dengannya. Aku menarik kerusi tersebut dan melabuhkan punggung aku.

At least, tak adalah aku berseorangan.

Zach perasan akan kehadiran aku lalu tersenyum. Comel je muka jambu mamat ni.

Aku balas senyuman dia balik.

" sekarang aku nak lantik naib pengerusi untuk pasukan ni. So, ada cadangan ? " Pengerusi pasukan bersuara lagi.

" kau tak nak jadi naib pengerusi ke? Aku dah jadi AJK. Nanti akhir tahun, orang yang ada jawatan dapat sijil and boleh tambah markah PAJSK. " Zach di sebelah mendekatkan kedudukannya lalu bertanya kepada aku.

" nah, aku malas nak pikul tanggungjawab. Leceh" aku garu belakang leher. dia mengangguk sambil tersengih. Sejujurnya, Aku bukan rajin pun buat kerja. Aku nak masuk acara sukan je.

" aku ada cadangan ! " dari belakang kedengaran suara Ben menjerit. Semua mata pelajar di dalam bilik itu memandang ke arahnya.

Heh jangan cakap dia nak lantik diri dia sendiri.

" how about Bella Rosalles ? "

Mata aku serta-merta membulat. Terperanjat punya pasal sampai nak terjatuh kerusi gamaknya. Dah kenapa pulak lantik aku tiba-tiba ni?

Aku pandang dia dengan muka penuh 1000 soalan, dia pandang aku dengan muka penuh 1000 muslihat.

Dia senyum. Lebih kepada senyum sinis. Entah apa yang dia fikir dalam kepala otak sempit dia tu pun aku tak tahu. Haih, kenapa dia tak boleh jadi baik macam kakak kembar dia, Sarah ?

Tak adalah aku merana sekarang.

" siapa setuju angkat tangan ? " pengerusi bersuara lalu hampir seluruh pelajar dalam bilik itu mengangkat tangan sebab Ben dah mencerlung tajam. Nampak macam mengugut.

Apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku ?

" okay cadangan diterima. Sekarang nak lantik setiausaha pula. Ada cadangan ? "

" Ben ! " nada suara aku kedengaran naik seoktaf. Cukup untuk pelajar di dalam bilik itu dengar dengan jelas.

Aku pun boleh kenakan kau balik Ben !

" setuju ? "  pengerusi bertanya untuk memastikan cadangan dipersetujui oleh semua orang.

" setuju ! " maka, keputusan sebulat suara sudah dapat dicapai. Jawatan bendahari, bendahara dan para AJK telah pun dilantik sebelum aku masuk tadi.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now