4 | messing

70.4K 4.6K 320
                                    


" Can't stop picturing my lips on you. Fuck I dont want anybody else but you "

** 🌙 **


BELLA ROSALLES [ POV ]

Kepala yang tidak gatal aku garu tanda janggal. Masih berdiri di hadapan melihat renungan-renungan lelaki-lelaki ini.

Aura mereka sangat kuat sampai boleh menegakkan bulu roma aku seluruh badan. Aku dah mula kecut perut.

Tolong jangan terkecing...tolong jangan terkencing

Nampaknya aku sampai pada masa yang salah. Berada di tempat yang salah dan berjumpa dengan orang yang salah.

Nasib .

Aku menapak ke arah meja yang berada di tengah-tengah mereka. Memandangkan hanya ada satu sahaja kerusi dan meja yang kosong di bilik itu. Aku abaikan sahaja renungan mereka lalu membawa diri aku ke kerusi tersebut.

Alahai bilik bukan main besar tapi kerusi dengan meja ada 6 je!

Aku mula melabuhkan puggung di atas kerusi tersebut.

" young girl, may I know your name ? Sir nak tulis dalam buku laporan so, like it or not nama awak akan ada pada papan kenyataan dalam senarai bilik tahanan nanti " kata guru muda tadi yang bernama Alex. Aku jeling nametag dia tadi.

"  Its Bella Rosalles, sir " jawab aku acuh tak acuh. Sudah lah baru hari pertama disini, aku sudah menempah tempat di bilik tahanan. Ni semua sebab budak rambut coklat tadi ! Kalau aku tahu dia boleh handle semua lelaki sasa tadi, tak adanya aku nak pergi jadi power rangers selamatkan keadaan.

" korang kene duduk sini sampai 10:30 dan selepas itu baru boleh pergi rehat dekat cafeteria. Jangan cuba-cuba lari, bilik ni ada cctv. " amaran keras diberi sebelum Sir Alex itu keluar meninggalkan aku bersama 5 orang lelaki ini. Kau biar betul ? Dia tinggal aku macam ni je dengan lima orang mangkuk-mangkuk ni ?

Mereka semua hanya diam dan melayan aktiviti masing-masing. Ada yang tengah tidur sambil peluk anak patung pikachu, ada yang tengah makan ramen dan ada yang tengah main game. Macam-macam. Mereka menikmati masa tahanan dengan cara yang tersendiri.

Setahu aku, mereka sahaja yang berpakaian seragam hitam berlencanakan sekolah ini. Dari tadi aku berjalan aku hanya nampak orang lain berseragam putih sahaja. Ada maksud ke disebalik warna baju seragam mereka ?

Pembimbing rakan sebaya ? Tak mungkin. Ini dah Pemusnah rakan sebaya dah ni sebab ada dalam bilik tahanan.

Memandangkan masih ada 1 jam lagi untuk pukul 10, aku mula menyembamkan muka ke meja untuk tidur.

Just one more bad day huh ?

Belum sempat mata aku dipejam, satu objek ringan terkena pada kepala aku. Mungkin segumpal kertas ?

Aku memalingkan kepala ke arah belakang di mana datangnya kertas itu.

Seorang pelajar lelaki dengan messy hair memandang aku sambil tersenyum sinis membuatkan jantung aku bergetar hebat.

Trauma.

" hai " ucapnya dengan muka yang selamba.

Aku memandang sekilas pada tanda namanya.

Luke

Alamak kau nak apa. Bagi la aku tidur sampai habis masa.

Ingat Bella, jangan cari masalah dengan orang yang bermasalah kalau tidak susah hidup kau dengan masalah baru yang datang.

Lelaki dan masalah tiada bezanya.

Tiba-tiba..

Rambut panjang aku yang diikat terasa disentuh oleh seseorang. Aku mengangkat wajah lagi untuk melihat siapa pula yang mengacau percubaan untuk tidur aku.

" you have a very beautiful hair, sweetheart " seorang lagi lelaki yang berada di sebelah meja aku berkata sambil tersenyum sinis.

Dah kenapa semua lelaki dalam ni asyik nak senyum sinis je ?! Dah la semua messy macam bangun tidur terus pergi sekolah. Mandi ke tidak semua manusia dekat sini ? Atau harini hari jimat air sedunia ?

Aku jeling sekilas dekat tanda namanya.

Jadi nama dia, Dennis.

" um thank you ? " dah itu sahaja yang keluar dari mulut aku. Aku tak ada clue mereka nak apa.

Namun tangannya mula meliar ke pipi aku, dia menyentuh pipi aku hingga ke bibir.

Ini dah kurang asam keping ni, memang minta penyepak betul sampai ke situ dia main sentuh-sentuh. Nak apa dia ni ? Tak pernah tengok perempuan ke ?

Aku dah gelabah tak tahu buat apa sebab Bella memang jenis yang selalu tak ngam dengan lelaki dari kecik sampai besar.

Nak cuba-cuba minta tolong memang tak la. Aku tengok muka-muka diaorang macam sama je perangai. Sekepala dan sejiwa.

Namun satu tengkingan menyelamatkan hidup aku.

" don't touch her, asshole "

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now