50 | tears

51.5K 3K 462
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

" so, kau dah ready belum ? " Soalan Rafael buat aku berhenti mengelamun seketika. Sekarang dia tengah heret aku pergi bilik Keith. Aku nak tahu cerita yang sebenar tapi dalam masa yang sama aku takut. Berdebar-debar jantung aku dibuatnya kalau-kalau kebenaran yang aku bakal dengar sebentar lagi terlalu pahit untuk aku terima.

" kenapa kau nak takut ? tenang, uncle Xavier dan Keith tak makan orang pon. " Rafael memang tahu apa yang aku rasa sekarang tanpa perlu beritahu. Kan aku dah cakap, aku umpama sebuah buku yang terbuka luas apabila berada dihadapannya. Dia pandai membaca keseluruhan isi yang ada pada hati dan fikiran aku. Sedang aku berkira-kira ingin melangkah masuk ataupun tidak, aku dapat lihat yang Rafael tengah sibuk buat regangan dan geliat sana-sini.

kenapa ? Bila dia cakap nak piggyback aku untuk ke rumah tadi, dia memang betul-betul maksudkannya. Padan muka ! Acah nak sweet sangat kan dah kene sebijik. Ingat berat aku ni sama berat dengan sekapit beras ke ? Aku lebih dari itu okay !

Apabila selesai dengan regangan, Rafael kembali ke arah aku dan menarik aku masuk tanpa segan silu. Dia genggam tangan aku bagai ingin menyalurkan tenaga yang ada pada dia kepada aku supaya menjadi lebih kuat dan berani.

" Bell, you're back ! See ? Ada orang hadiahkan aku ice cream milo ! " Keith yang dah tua bangka tapi tengah tersengih macam kerang busuk dekat atas katil tengah pegang satu bekas ice cream Milo kegemarannya.

" Untung lah kau. " hanya itu yang aku jawab. Aku tak tahu kenapa nada suara aku berbunyi sangat sinis dan siapa sangka Keith perasan akan itu dan terus meletakkan bekas Ice Cream tersbeut di atas meja bersebelahan dengan katilnya.

" kau okay ? " soalan Keith membuatkan Uncle Xavier yang khusyuk membaca surat khabar itu mula perhatiannya teralih ke arah aku.

Rafael yang berada di sebelah aku langsung tidak menyampuk, sebaliknya dia hanya menggosok lembut belakang badan aku supaya aku tenang.

" Uncle, I didn't mean to be rude but, do you know who is Xavian Anderson Lau ? " soalan aku terus menuju tepat ke arah muka Uncle Xavier dan dia semestinya kelihatan terkejut namun cuba untuk bertenang. Dia gali nafas dalam-dalam.

" I think, it's time for you to know the truth . " Uncle Xavier bangun daripada kerusi dan mula bergerak ke arah sofa. Disebabkan sofa itu besar dan boleh memuatkan lebih dari enam orang, Uncle Xavier menepuk-nepuk tempat yang berada di sebelahnya, menyuruh aku untuk duduk. Aku akur dan melabuhkan punggung aku di sebelahnya.

Rafael masih lagi berada di sisi aku, langsung tidak tinggalkan tempat dia. Keith pula masih berada di Katilnya. Katil itu tidak lah jauh dengan sofa yang kami duduk jadi tidak ada masalah untuk bercakap.

" kamu nak tahu yang mana satu dahulu ? " tanya Uncle Xavier sambil tersenyum kelat.

" kenapa keluarga Uncle sanggup buat macam ni dekat ayah ? Apa salah dia ? He just wanted to marry someone that he loves, is that even a crime ? " tanpa perlu berbahasa-basi aku terus keluarkan soalan yang selama ini berada dalam benak fikiran ku.

" I know, he doesn't deserve all of this pain. I support whatever he have done but our mother don't think the same way. Percayalah Bella, I have done everything to convince your grandmother to accept your mother tapi gagal. Dia memang jaga keturunan dia. She's a really strict mother. Dia memang tak berkenan dengan mama kamu tambah-tambah lagi ayah kamu tak pernah kenalkan mama kamu pada family dan tiba-tiba ayah kamu cakap nak kahwin dengan dia di hadapan nenek kamu. All I can do is tolong ayah kamu dari segi kewangan tapi dia tetap dengan perangai dia. Degil ! . Langsung tak nak terima walau satu sen pon dari Uncle. " aku dapat rasakan yang setiap kata Uncle Xavier itu kedengaran betul-betul sayu menandakan apa yang dia beritahu adalah jujur dari dalam lubuk hati dia.

Nenek ? Layak ke aku nak panggil dia nenek ? Sedangkan dia tidak terima mama dan tak bersetuju dengan ayah yang nak kahwin dengan mama. Secara logiknya dia pasti tidak terima aku juga. 

Aku sebahagian daripada mama dan ayah. Tak mustahil kalau apa yang dia dah buat pada mama akan berulang lagi pada aku sebaik sahaja dia tahu kewujudan aku ?

Ah, abaikan sahaja. Aku tak perlukan nenek macam dia. Selama ini aku okay sahaja hidup berdua dengan mama. Cukup makan, cukup kasih sayang. Tiada yang kurang dan aku dah cukup bahagia.

" Keith, kenapa kau rahsiakan benda ni daripada aku ? " soalan aku membuatkan Keith tersentak. Mungkin tidak menyangka yang aku akan tanya soalan ni dekat dia.

" aku tahu benda ni terlalu besar untuk kau terima. Lagi pula, aku tak layak untuk ceritakan benda ini pada kau. Itu hak mama kau untuk beritahu ataupun tidak. Maafkan aku " Keith menunduk. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku setuju dengan apa yang dia cakap. Dia tak nak menyibuk dalam hal yang melibatkan antara aku dan mama. Mungkin aku dah salah anggap tentang Keith dan Uncle Xavier.

Aku patut bersangka baik terhadap mereka at the first place. Keluarga Keith sangat baik dan layan aku macam aku ni a part of them.

Oh lupa, aku memang salah seorang daripada mereka cuma tak diiktiraf oleh nenek. Maksud aku, nenek Keith dan Kyle. Aku kene terima hakikat yang keluarga ini memang tak perlukan aku dan mama.

Mujur aku tidak berkelakuan tanpa kawalan, kalau tidak habis semua orang kena amarah aku. Aku senyap-senyap mencuri pandangan pada Rafael.

Mujur ada lelaki ini yang ajar aku macam mana nak fikir secara rasional tadi. Sanggup dia kejar aku yang dah melalak sampai ke mana entah. Ya Ampun, malu nye aku rasa !

" babe, staring is rude. " Rafael menolak perlahan muka aku supaya berpaling ke hadapan. Sempat dia tersenyum senget.

Perasan mamat ni !

Okay back to the story.

" Boleh tunaikan satu permintaan Bell tak Uncle ? . " bergetar bibir aku ingin bertanya. Hati terasa hiba. Namun aku kena kuat.

" what is it dear ? " Uncle Xavier seperti sudah sedia untuk tunaikan apa sahaja permintaan aku.

" I want to meet my father. Mana nenek sorokkan kubur dia ? " uncle Xavier tersentak.

" Kenapa Uncle senyap ? " disebabkan Uncle Xavier berdiam diri terlalu lama, aku terus menembak dia dengan soalan. Dia kelihatan serba salah.

" jangan cakap yang Uncle tak bagi Bell jumpa ayah sendiri. " aku pegang tangan dia seperti sedang merayu.

" Pa, she have the right to know about it " Keith menyokong aku supaya Uncle Xavier membuka mulut.

" Im so sorry Bella, Uncle sendiri tak tahu kat mana kubur ayah kamu. Uncle tak pernah ada ketika proses penguburan dia. Uncle masa itu berada di Singapore and I have zero idea about it. " air mata seorang lelaki tua itu pun mengalir jatuh.

Aku terkejut. Dunia aku seperti malap seketika. Tak mungkin ! aku tak akan pernah jumpa ayah secara face to face dan aku tak sangka yang aku tak akan pernah jumpa dia hatta tempat pengebumian dia juga.

" Uncle jangan buat macam ni, give me one last chance. Bell betul-betul nak pergi tengok kubur dia, sekali pon dah cukup " aku terhinjut-hinjut cuba untuk berbicara.

Uncle Xavier menangis sambil tergeleng-geleng. Dia cuba meraih satu pelukan namun aku menolak.

" jadi, siapa yang tahu mana kubur dia Uncle ? "

" nenek kamu sahaja yang tahu. "

" and where's nenek ? "

" she passed away two years ago "

Serta merta dunia aku gelap.

**🌙**

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now