61 | drunk

42.1K 2.4K 427
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Kedua belah mata perlahan-lahan terbuka. Aku pandang kipas yang berada di ceiling. Tak bergerak. Patutlah aku berpeluh semacam, rupanya kipas tak ingat nak tekan ON.

Aku segera bangun dari katil dan merenung ke luar jendela. Hari sudah gelap dan jam di dinding dah menunjukkan pukul 11:30 malam. Agak lama juga aku tidur sampai nak dekat tengah malam.

Langsir dilabuhkan dan aku mula membuka baju untuk mandi. Melekit satu badan sebab berpeluh. Serious tak selesa. Sebelum aku masuk ke dalam bilik mandi, remote penghawa dingin di tekan. Kasi sejuk balik bilik ni, sebab kejap lagi aku rasa macam nak tengok Netflix sampai ke besok memandangkan rasa mengantuk tu dah hilang sebab dah tidur berjam-jam.

Selepas sahaja tub mandi dipenuhi air, aku masuk ke dalam untuk berendam. Air yang suam menyentuh kulit tubuh ku membuatkan aku rasa sangat segar.

Aku pelik sebab phone aku tak berdering langsung daripada tadi. Keith dan Kyle tak call aku dan perkara ini sangat pelik . Jackson, Dennis dan Luke pula langsung aku tak dengar khabar lepas aku tinggal dorang dekat mall.

Mungkin ada seusatu yang jadi dan mereka terpaksa uruskan terlebih dahulu. Dan semestinya ianya soal kerja. Mereka pangkat boss besar, mesti ada sahaja kerja walau diamana jua mereka berada.

Aku kene faham yang aku ni tak bermakna heh.

Aku tersenyum sendu. Entah kenapa rasa macam nak overthinking je memanjang. Negative vibe asyik nak ganggu hidup aku. Dan tiba-tiba air mata aku mengalir.

Mungkin aku nak datang bulan.

Air mata aku lap kasar dengan tapak tangan. Makin lama aku ada dalam tub mandi ni, makin hanyut aku dibuai perasaan.

Perasaan yang lama kelamaan membunuh diri aku sendiri.

Aku bangun dan tutup pili air. Hilang mood nak berendam lama. Badan aku yang naked aku tutup dengan menyarungkan jubah mandi yang sudah sedia tergantung di dinding. Rambut yang separuh basah aku biarkan terurai tanpa diikat.

Pintu dikuak dan aku dapat rasakan kesejukan penghawa dingin yang sudah aku tekan ON tadi. Phone yang ada di atas meja aku capai.

OH SHIT !

1100 mesej daripada Keith,1 daripada Dennis, 5 daripada Jackson, 2 daripada Luke dan 10 daripada Kyle.

Bila aku check balik, ada beratus missed call daripada Keith. Aku ketap bibir bila tengok dekat screen phone yang aku tak tersengaja buat silent mood. Patutlah phone aku sunyi je dari tadi.

Nice. Aku dapat rasakan yang telinga aku akan berdarah nanti bila terpaksa dengar bebelan Keith bila dia sampai rumah.

Tanpa membaca semua mesej daripada mereka sebab aku tak ada mood, aku hanya reply yang aku sudah berada di rumah dalam keadaan baik-baik sahaja.. Aku tak nak mereka risaukan aku. Sudah lah tadi aku sempat bersangka buruk terhadap mereka.

Selepas selesai, aku letak phone di tepi dan ingin pergi ke wardrobe untuk mengambil pajama. Namun langkah aku terhenti apabila mendengar ketukan di pintu bilik aku. Mungkin itu Keith. Ready Bella, hari ni taik telinga kau bakal cair lepas dengar bebelan Keith.

Tanpa berfikir panjang, aku buka pintu.

" Sorry Keith, aku tidur masa call m—-

Pintu yang aku buka separa tadi ditolak kasar dari luar hingga terbuka sepenuhnya. Aku tersentak.

" Miss me baby ? "

" ap—apa kau buat dekat sini ? " aku mengambil langkah berundur.

Rafael masuk tanpa amaran.. Sudah terlambat untuk menahan dia daripada masuk. Ianya berlaku dengan cepat dan otak aku tak mampu nak proses apa yang jadi sekarang. Sebab benda ini langsung tak di jangka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 06, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now