44 | kidnap

51.8K 3.3K 250
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Kaki dibawa membontoti empat orang lelaki yang lengkap berpakaian tuxedo hitam dan berkemeja putih. Mereka menyinsingkan lengan baju hingga ke siku sehingga menampakkan urat tangan yang mengancam. Mata-mata para wanita mula terlekat pada mereka membuatkan aku terasa sangat kerdil.

Segan dan takut. Itulah yang aku rasa. Segan kerana terasa diri ini tidak layak berada di sini. Sekarang aku faham kenapa Sarah dan rakan-rakan sekelas aku sangat teruja untuk menghadiri party ini. Lihat sajalah halaman rumah Elice yang luas bagai litar lumba. Rumah yang besar dan bertingkat-tingkat ini agaknya mampu menampung beribu orang pelajar.

Disebabkan aku mengelamun, jarak aku dan empat jejaka tadi kian menjauh tetapi ada satu tangan mula meraih tangan aku dan menarik aku supaya berjalan bersebelahan dengannya.

" jangan berangan. Nanti aku hilang kau. Sudah la kecil, susah aku nak cari nanti. " kata-kata Rafael berbunyi sangat tegas di telinga aku namun pandangan matanya sangat lembut.

aku hanya mengangguk kecil. Hilang segala gemuruh bila lelaki ini ada di sisi, bagai dia sedang menyalurkan kuasa confident dia pada aku.

Aku kembali menghadap ke depan. Luke dah lesap ke meja yang dipenuhi makanan. Keith hanya mengikut dia dari belakang. Dennis pula aku tengok sedang mengelamun sambil duduk di atas kerusi yang disediakan.

" duduk dekat Dennis kejap, aku pergi ambil minuman. " pegangan tangannya dilepaskan dan dia menolak perlahan belakang badan aku dengan tapak tangannya ke arah Dennis.

" and please no alcohol. " sempat aku bagi pesanan penaja. Sudah tentu tidak mahu peristiwa aku melalut entah apa-apa bila mabuk haritu di dalam dukungan Keith.

" ofcourse ! minion don't drink alcohol. I will get you banana smoothie. " Sempat Rafael kenyit sebelah matanya pada aku dan bagi senyuman dia yang menggoda.

Aku buat endah tak endah sahaja. Makin dilayan nanti makin gila debaran di dada. Lebih baik senyapkan sahaja dan biar rasa itu hilang begitu sahaja.

Bila aku sampai betul-betul di hadapan Dennis, dia kelihatan sedikit kusut walaupun pakaian dan penampilannya kini sangat kemas dan sempurna. Aku mampu membaca riak wajahnya yang dalam kerisauan.

" Den, kau okay ? " aku tepuk bahunya perlahan membuatkan pandangan matanya tertumpu pada muka aku. Aku mengambil tempat, duduk di sebelahnya.

" I don't know. Aku cuma risaukan Jackson. Dia tak pernah buat perangai macam ni, aku pasti ada benda dah jadi. " dia raup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan.

Aku mengeluh. Terasa serba salah. Aku juga terasa kehilangan bila dia tiba-tiba tak hadir ke sekolah dan tak sentiasa bersama-sama dengan kami.

Aku rindu nak dengar dia punya sembang kencang sampai pokok tumbang.

" ada apa-apa yang boleh aku bantu ke ? " sayu aku menuturkam kata.

" tak, tak ada rasanya. Maybe he needs some more times untuk tenangkan diri dia. " dia senyum cuba untuk hadirkan positive vibe. Inilah Dennis yang aku kenal, si positive vibe.

Tiba-tiba Rafael datang menyelinap ke tengah diantara aku dan Dennis secara mengejut. Hampir terlompat aku dibuatnya kerana tidak menyangkakan perkara itu akan berlaku.

" jauh sikit. Biar aku duduk dekat tengah-tengah. " dia menjuihkan bibir sambil meletakkan segelas minuman di atas meja. Ha sudah, perangai pelik dia dah datang.

" Bella je ? Aku tak ada ? " Dennis dengan nada cemburunya berkata.

" kau ambil sendiri. " Rafael buat muka toya dan kemudian menikmati minumannya. Heh, tak guna ini budak.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Место, где живут истории. Откройте их для себя