18 | disaster

66.3K 4.6K 915
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Kelihatan Rafael baru sahaja keluar dari dalam bilik tidur dengan tuala mandi di gantung pada lehernya. Mukanya nampak masih mamai kerana baru sahaja bangun dari tidur yang lena.

" pehal bising-bising ni ? " tanya dia sambil melihat aku dan yang lain dengan muka yang agak pelik. Nada suara dia agak tinggi dan jelas kedengaran jengkel. mungkin tidak suka tidurnya diganggu.

Luke yang sedang menangis menjuihkan mulutnya ke arah sekujur tubuh yang terbaring di pangkuan nenda. Dia tersedu-sedan menahan sebak. Baju Keith dia jadikan sebagai kain lap hingus.

" dah mati ke budak ni ? " aku terkejut beruk dengan apa yang Rafael tanyakan. Tak guna betul mamat ni. Boleh pulak dia cakap macam tu ! Makan kaki aku baru tahu !

Rafael berjalan mendekati Jackson yang pucat itu. Dia masih tidak sedarkan dirinya.

" hidup lagi woi. Aku kasi terajang jugak mulut tu " Keith berkata sambil menaikkan jari tengahnya membuatkan Rafael tergelak kecil.

" kenapa dengan dia nenda ? " Rafael mengambil tempat disisi nendanya yang sibuk membalut kaki Jackson yang berdarah.

" dia terkejut sampai terpengsan. Itulah jarang sangat balik kampung, kene gigit lintah pun sampai terperanjat macam ni. Padam muka " lah nenda pun sama. Bukan nak kesian dengan nasib si Jackson ni.

Nenek dengan cucu sama sahaja.

" Hai abang Ad " Farisya pergi mendekati Rafael lalu memberi bekal makanan tersebut. Oh aku baru ingat akan kewujudan minah ini. Berapa lama dia dah berdiri kat situ tadi ?

Abang Ad ? Euw. Aku menggulingkan mata 360 darjah. Menyampah punya pasal. Berabang-abang depan aku pehal ?

Keith dah mula menyiku aku membuatkan aku tersentak. Aku  segera memandang ke arahnya. Pelik dengan tindakan drastik yang dia lakukan.

" menyampah sial dengan minah tu. Dah banyak kali sound tapi tetap degil nak gedik-gedik dekat Rafael. Dia fikir Rafael tu senang ke suka dekat orang ? " Keith berpeluk tubuh. Mukanya jelas kelihatan benci benar dengan si Farisya itu. Nampak seperti dia pula yang macam makwe tengah jealous bila pakwe kene ngorat dengan orang lain.

Well, aku setuju kalau Mereka semua tak suka minah ni. Walaupun cantik tapi muka dia obvious menunjukkan yang dia nak terkam si Rafael tu . Kot ye pun nak memikat, ada caranya. Biarlah berpada-pada.

" balik la " kata Rafael dengan rimas membuatkan Farisya mencebik.

Aku macam speechless kejap. Ini reject dah memang tak ada dolak dalih dah ni. Terus straight to the point. Aku cuba sembunyikan tawa aku manakala Keith pula dah mengekek ketawa. Luke yang tadi menangis menyedut semula hingusnya dan mula ketawa terbahak-bahak. Dia kalau ketawa memang tak cover langsung.

" Kuih tu makan ya ? Farisya buat special untuk abang dengan nenda. Esok Farisya datang lagi. Bye abang !" Lalu Farisya mula berjalan untuk keluar dari rumah. Dia ni memang semangat teguh betul. Aku kalau dah kene reject macam ni memang annyeonghigaseyo, sayonara dah.

" entah-entah dia letak minyak pengasih dalam tu kang. Jangan makan woi! Kasi je raya pak samad makan " Luke memberi cadangan.

Tiba-tiba bulu roma aku menegak dan mencanak naik dengan sepantas kilat.

" apa maksud kau ? Bagi Raya pak samad makan? Hantu raya pak samad ?! "

Hantu raya tak makan kuih woi. Kecuali kalau musim hari raya. Kot ye pun nak merepek jangan la sampai libatkan benda halus tu. Kecut perut aku.

"Apa kau merepek ni ? Raya tu nama kucing pak samad lah " Keith mengerutkan dahinya.

Dang !

Terasa bagai diri diperbodohkan. Aku segera memberi jelingan maut pada Dennis. Taguna kau !

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now