60 | tears

32.3K 2.2K 278
                                    

RAFAEL ADREAN SULLIVAN [ POV ]

Kedua-dua tangan Bella aku pegang erat dan bawanya ke belakang. Aku segera menghempap tubuh kecilnya dengan pantas. Matanya yang merah hanya aku pandang sayu. Hati aku macam dah berkecai bila tengok dia macam ni.

" Im sorry " ucap aku dengan penuh ikhlas dan jujur dari hati tetapi mengundang kemarahan Bella. Matanya terjegil, gigi diketap rapat-rapat.

" save your bullshit and leave me alone ! " tempiknya dengan ganas dan dia struggle untuk keluar dari cengkaman aku tapi aku tidak hiraukan semua itu. Aku dah dapat, aku tak akan lepaskan.

" I know It's my fault but you need to listen to me first, Bella " sekali lagi aku cuba memujuk tapi dia masih dengan perangai cold nya. Tak, seumur hidup aku, aku tak pernah tengok dia berperangai macam ni. I guess, she really hates me.

" Kau tak layak sebut nama aku tak guna ! Lepas lah ! " makin lama makin kuat rontaannya. Keadaan sekarang seolah-olah tidak memberi peluang kepada aku untuk jelaskan semuanya.

Dia berdegil dan ingin lepaskan diri. Aku jadi kusut. Fikir aku jika aku dapat ceritakan apa yang terjadi, dia akan faham kerana apa yang aku buat sedikit pun bukan untuk aku...

Tapi untuk dia.

Dia tidak henti-henti meninggikan suaranya.Tanpa sebarang amaran, aku segera menyambar bibirnya. Sudah lama aku rindukan bibir ini tapi siapa sangka, bibir ini kerap kali menyuruh aku pergi.

Rontaan Bella makin kuat namun aku tidak peduli. Bibirnya masih melekat dengan bibir aku. Aku menggigit bibirnya kuat hingga dia mendesah kesakitan dan membuka bibirnya tanpa dia sedar.

Ciuman aku semakin liar. Elok di bibir kini turun hingga ke lehernya memberikan kesan kemerah-merahan. Biar. Biar aku beri segala tanda agar orang lain tahu bahawa perempuan ini milik aku !

Tindakan aku luar kawalan. Tangan mula merayap ke segenap tubuhnya. Aku naik gila bila perempuan ini ada di hadapan aku setelah bertahun-tahun aku menunggu waktu yang tepat untuk muncul dihadapannya.

Sedang elok aku hanyut melayan nafsu, pipi aku tiba-tiba sahaja basah. Setitik air jatuh. Aku angkat muka dan melihat seorang Bella sedang menangis sambil matanya ditutup dan aku baru perasan yang bibir dia berdarah. Habis lencun mukanya. Hidung dan bibirnya sudah mula bertukar menjadi warna merah.

Dan dari situ, aku seperti terjaga dari mimpi.



YA TUHAN, APA YANG DAH AKU BUAT NI ?!


Tangan serta-merta berhenti dan aku mula menjauhkan badan aku sedikit daripadanya. Aku perhatikan sahaja mukanya yang sayu menangis seperti anak kecil.  Nak melawan aku, dia tak terdaya. Tengok sahaja badan aku yang jauh lebih besar dan kuat dari dia yang kecil.

Aku dah janji dengan diri aku seusai aku pulang ke sini, aku akan jaga dia tapi lihatlah sekarang, aku pula yang menyakiti dia. Yang buat dia menangis.

" I-Im S-sorry Bella "

Matanya terbuka perlahan-lahan. Dia senyap dan tangisannya masih belum berhenti. Terhinjut-hinjut bahunya akibat menangis. Aku dapat lihat dari dalam matanya yang dia benar benar sedih. Dia tak memberikan apa-apa respond.

Aku orang yang buat dia jadi macam ni.

" Bella .. " aku cuba dekati dia kembali ingin mengusap tangisannya namun sebuah tamparan yang laju dan kuat terkena muka aku sehingga kepala aku terteleng ke tepi.

" JANTAN TAK GUNA ! SENANG-SENANG KAU SENTUH AKU ! ALANG-ALANG DAH TINGGALKAN AKU BERTAHUN-TAHUN, TINGGALKAN JE LAH AKU SELAMANYA !. " dia kemudian unlock pintu kereta aku dan segera meloloskan diri keluar dari kereta. Aku langsung tak sempat untuk menarik tangannya kembali.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now