35 | protective

62.3K 3.6K 324
                                    


BELLA ROSALLES [ POV ]

" Mama tak ada dekat rumah untuk tiga hari. Are you okay with that ? " Mama pegang tangan aku. Masih berat hati untuk tinggalkan aku sendirian di rumah selama tiga hari kerana dia perlu bertolak ke luar negeri untuk event yang telah dianjurkan oleh majikan di tempat kerjanya.

" Ma, Don't worry lah ! Bell kan dah besar. Boleh jaga diri sendiri. Lagi pula ini hadiah istimewa dari boss mama kan ? Takkan mama nak tolak ? Lagi pula, you deserve it. After all, you really work hard. " aku cuba menyedapkan hatinya. Ini peluang mama untuk berehat dan aku tak boleh kacau daun! Baik betul boss mama sebab dah taja dia untuk pergi bercuti. Mama akan ke sana dengan beberapa orang rakan sekerjanya yang lain dan juga boss dia sendiri.

" betul ke ? Bella tak nak ikut mama ? " mama masih berkeras, berdiri di luar pagar rumah padahal kawan dia dah tunggu dia dalam kereta sejak dari tadi.

" ma, yang kerja keras itu mama. Kenapa Bell nak pergi menyebok kat sana pulak ?. Tak apa ma, Bell okay. " aku segera angkat bagasinya dan menarik tangannya menuju ke kereta tersebut.

Aku letak bagasi dia dalam bonet kereta dan aku menolak badannya lembut supaya masuk ke tempat duduk hadapan. Dia masih lagi membuat muka tak ready nak biar aku sendiri.

Aku sengih. Mama ni comel lah !

" dalam peti mama dah masak macam-macam lauk. Kalau nak makan, masak nasi je lepastu panaskan lauk yang mama dah masak. Mungkin cukup untuk dua hari. Mama dah belikan barang basah, ikan dan ayam semua dah ada dalam peti. Dekat atas meja mama dah letak duit sikit. Kalau ada apa—

" ye ma baiklah . Dah-dah, you should go now ! I will call you every night before sleep okay ? " aku cium pipinya dan memeluknya dengan penuh kasih sayang. Sungguh aku nak dia berasa tenang dan relax bila berada di sana. Aku nak dia gembira.

Tak sampai lima minit kereta yang mama naik dah laju membahagi jalan menuju ke lapangan terbang.

Aku masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil beg sekolah dan memakai kasut. Nasib baik masih awal lagi. Jam baru menunjukkan pukul 7:00 pagi. Aku segera mengunci pintu dan pagar untuk bergerak pergi ke sekolah.

Dah seminggu berlalu. Yang pasti Keith dan Rafael dah boleh pergi sekolah sebab tempoh mereka digantung sekolah telah pun habis. Aku dah gembira semacam bila dapat tengok muka diaorang seperti biasa.

Hm bila difikirkan balik, tinggal di rumah seorang diri tanpa mama akan jadi hari yang panjang. Asap kereta tadi masih belum hilang lagi tapi aku dah rindukan mama.

**🌙**

" aku dengar ada budak baru masuk kelas kita nanti ! Harap-haraplah lelaki handsome ! Boleh aku cuci mata setiap hari. " Sarah tersengih-sengih sambil menyiku aku yang berada di sebelahnya.

" tak cukup lagi ke dengan budak lelaki dalam kelas kita ni ? " aku berseloroh sambil membuat karangan bahasa inggeris yang Teacher Merry bagi. Entah apa yang menarik bila ada budak baru datang.

" aku dah bosan tengok muka diaorang. Handsome tapi muka semua ketat-ketat ! Tak reti nak senyum langsung ! Meh aku nak bebel sikit. Si Zach ketua kelas kita tu, kalau ada free time mesti main game. Mengadap laptop or phone dia 24 jam. Habistu bila masa dia nak bertegur sapa mengeratkan silaturahim dengan kita ? Ha tengok si Keith yang pakai braces kat belakang tu . Harap je muka comel tapi tak pernah senyum langsung ! Mahal sangat ke senyuman dia tu ?! Kat tepi sana pula si Luke. Aku tak pernah dengar dia gelak pun ! Nak dengar suara dia pun belum tentu dapat. Hujung sana, si Rafael. Muka bukan main handsome, badan sado tapi asyik tunjuk poker face je ! Dah lah selalu lepak dengan empat orang lelaki itu saja. Diaorang semua tu gay ke apa ? Yalah, budak perempuan junior, senior malah yang sebaya dengan kita pun tergedik-gedik nak mengurat diaorang tapi tak dilayan sikit pun ! Sekarang kau dah perasan yang budak lelaki kelas kita semua tak normal ? " panjang lebar Sarah membebel sampai semput dia dibuatnya. Lepas habiskan ayat dia, dia terus capai botol yang berada di atas mejanya dan meneguk air itu dengan rakus. Gaya macam baru sudah selesaikan larian marathon.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now