5 | gastric

74.7K 4.6K 371
                                    


" Just like nicotine, heroin, morphine.
Suddenly, I'm a fiend and you're all I  need " 

** 🌙 **


BELLA ROSALLES [ POV ]

" move your filthy hand off her "

Dan semua mata terarah kepada empunya suara yang berbunyi.

Mata aku membulat. Terkejut sampai hilang kata-kata. Si budak rambut coklat tadi! Okay aku tak ingat nama dia apa. Atau lebih tepat, aku tak tahu nama dia. Tapi, kuat betul jodoh aku dengan dia ni sampai ke sini kami jumpa lagi.

Persoalannya, macam mana aku boleh tak perasan dia ada dekat sini tadi?

Mungkin disebabkan perasaan yang berdebar dan takut buat aku tak peka dengan sekeliling waktu masuk dalam bilik tahanan ini tadi.

Aku melihat dia sedang bersandar elok sahaja di kerusi sambil kakinya berada di atas meja. Dia mencerlung tajam ke arah Dennis tetapi Dennis hanya tersenyum kambing.

Boleh pula dia tersenyum macam kambing depan lelaki tu ?! Sudahlah muka dia bengis.

" why so possessive? I didn't know you got your eyes on the new girl here " usik Dennis lagi.

"Did you hit your head or something? The cctv is fucking there. Stop making a scene or else Alex will make a fuss about it." budak rambut coklat itu menjuihkan mulutnya pada cctv yang berada di dalam bilik itu.

" fine. " Dennis mengalah.

Dia kembali ke tempat duduknya dan mengeluarkan EarPods kemudian menyumbatnya di dalam telinga.

Awkward

Suasana senyap seketika sehinggalah Luke memecahkan kesunyian.

" weh keith, teachers day bila ? Aku dah tak sabar nak prank Sir Alex. Dah macam-macam trick aku prepare untuk dia " seloroh Luke sambil tergelak besar. Dia menunjukkan sesuatu di dalam phonenya kepada lelaki yang bernama keith.

Lelaki yang bernama Keith itu memandang skrin telefon pintar milik Luke sambil tergelak sekali.

" kau ingat tak haritu Dennis pancitkan tayar motor dia ? Bukan main menyinga dia time tu " Keith tergelak. Matanya yang sedia sepet menjadi lebih kecil. Dia tersengih menampakkan barisan gigi bracesnya yang bersinar-sinar.

Aku yang nak tidur tadi kembali pasang telinga. Macam menarik topik yang mereka bualkan. Rupanya hari guru adalah hari di mana pelajar prank cikgu-cikgu rupanya.

That's a new thing to learn.

Oh and please notice my sarcasm.

I have a feeling that this school isn't normal. I could feel it in the atmosphere. Bukan nama sekolah sahaja yang pelik tetapi pelajarnya juga pelik. Tak lupa juga cikgu yang dah bagi aku detention room di hari pertama aku sekolah. Orang tua tu pun tak normal juga.

Aku mula berdehem kecil namun tidak dihiraukan. Mereka masih galak berbual.

" tahun ni bagi aku prank teacher Merry pulak, nak kasi dia menyesal sebab dah denda aku cabut rumput dekat taman sekolah hari tu " lelaki yang bernama Jackson menyampuk.

Jadi semua nama diaorang aku dah tahu tapi nama budak rambut coklat tu je belum dapat dikenal pasti lagi.

" aku dah chop nak prank pengetua " Keith mula mengangkat tangan sambil melompat-lompat. Okay dia nampak cute, cuma apa yang dia cakap tu bukan benda yang cute. Kau gila ke nak prank pengetua ? Silap-silap kene buang sekolah kang baru tahu .

Oh Tuhan, wujud ke pelajar sekolah macam ni ? Teruk sia perangai ! Serious aku kene jauhkan diri dari diaorang sebelum terkena masalah yang lagi besar.

Ingat prinsip hidup kau Bella. Stay Lowkey, never make a scene and just minding your own business.

Aku menjeling ke arah lelaki rambut coklat tu. Diam sahaja. Mungkin tak nak tunjuk belang ? Sebab mengikut daripada kajian tak ilmiah dan pemerhatian serta pengalaman yang dah aku lalui, dia lah yang paling gangster. Dengan muka dia pastu cara dia hentam mamat-mamat tadi sampai lunyai.

Haih kenapa aku selalu dikelilingi orang yang pelik-pelik ?

kenapa waktu terasa sangat lama sekarang ?

Aku meletakkan kepala di atas meja. Beberapa minit kemudian, aku berada di alam mimpi di mana aku dapat tunggang unicorn.

** 🌙 **

Loceng yang berbunyi membuatkan aku terjaga dari tidur. Aku memegang pipi dan mulut aku nak check takut-takut ada air liur basi yang melekat. Kalau ada, tak ke jatuh maruah aku depan jejaka-jejaka ini  kalau diaorang nampak.

Jam tangan aku belek seketika. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10:30 iaitu waktu rehat sudah bermula. Pelajar-pelajar lelaki yang lain sudah mula keluar. Aku mula bangun dari tempat duduk dan menggeliat kecil.

" budak baru ! Kau kelas apa ?" Soal keith, si budak gigi braces tadi.

" 4 BETA " jawab aku sepatah.

"cun! Kau dengan kitaorang semua classmate ! We gonna see each other quite often. jom pergi makan sekali" ucapnya sambil menarik lengan aku namun aku memberhentikan langkah.

Hell to the no ! Sama kelas ?! Ini memang kuat sangat dah jodoh ni.

"Aku nak pergi tandas dulu" bohong aku. Lalu dia melepaskan pegangannya dari lengan aku. Sebenarnya aku nak elakkan diri dari diaorang dan memang aku tak nak pergi cafeteria sebab aku tak ada satu sen pown duit sekarang. Mamat rambut coklat tadi pulak buat tak tahu je bila aku jeling dia.

"If you said so " sebelum dia pergi, Dia mula mengusap rambut aku dengan lembut.

Dah kenapa dengan dia ni.

" take care " dia tersenyum lembut menampakkan sisinya yang caring.

Lalu dia beredar, mengikuti kawan-kawannya yang lain.

Belum sempat aku keluar dari detention room itu, perut aku dah mula berbunyi. Aduh! Mana nak cekau duit ni ? Serious aku lapar sekarang. Takkan nak minta duit orang ? Aku bukan ada kawan lagi pon kat sini !

Takkan lah kene ikat perut lagi ?

Sudahlah aku tak makan dari semalam !

Paling teruk ada penyakit gastrik !

Great, just great.

Aku melupakan hasrat untuk ke cafeteria lalu melangkah ke padang. Tempat itu sahaja yang aku tahu. Tempat lain aku tak berani nak jejak memandang aku nak elakkan diri dari tersesat lagi. Jadi waktu rehat sampai pukul 11:15. Sekarang baru 10:35.

Aku mula menapak di bawah pokok yang redup. Badan aku mula menyandar pada sebuah batang pokok tersebut memandangkan aku sangat letih, aku fikir untuk berehat disini sahaja.

Perut aku sudah mula sakit. Sakit dia naik sampai ke dada membuat kan aku terasa senak.

Ah gastrik, datang mu memang tidak diundang.

Berkerut-kerut aku menahan sakit. Rasa sakit dia macam kena period pain.

Aku cuba untuk tidur sambil memeluk lutut aku.

Dan akhirnya semuanya gelap. Terasa seperti diri ini mula hanyut di dalam kegelapan yang menyelubungi aku.

** 🌙 **

.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now