33 | champion

54.7K 4.1K 382
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Sekarang, semua pelajar diminta untuk berkumpul di dalam dewan utama sekolah untuk majlis penutup acara sukan tahunan oleh pengetua. Pengunguman bagi juara, tempat kedua dan tempat ketiga juga bakal diumumkan kerana para juri telahpun selesai mengira jumlah keseluruhan kutipan markah bagi setiap rumah pasukan.

Aku tengah tak sedap duduk sekarang. Takut jika kumpulan aku mendapat tempat yang paling corot. Haiden di sebelah hanya menunjukkan riak muka yang tenang manakala Zach sekarang boleh pula dia tertidur.

Rafael sudah pun balik ke rumahnya tadi selepas semua acara dipertandingkan. Sepanjang dia disini, dia hanya setia berada disisi aku manakala Jackson, Dennis dan Luke macam biasalah akan kacau hidup aku. Ada saja usikan yang mereka buat.

Hari ni merupakan hari lahir Rafael. aku dan empat jejaka yang lain akan buat suprise untuk Rafael lepas habis sekolah nanti. Kami kene berkumpul di sebuah cafe yang Keith dah booking. Semua hadiah yang kami beli sama-sama hari itu sudah pun diletakkan di cafe tersebut.

aku meraba pocket seluar aku setelah terasa telefon bergetar.

Dennis Buncit
- aku gerak pergi cafe dulu lah. Lambat pulak orang tua ni nak buat pengunguman.

Aku gelengkan kepala. Dennis ni tak pernah nak sabar. Aku hanya membalas okay sahaja kalau ditahan pun bukan nak dengar.

Melihat Zach yang dari tadi tidur lena, mata aku yang berat dari tadi makin lama makin kuyu sahaja. Aci tak kalau aku tidur jugak ?

" Haiden " aku seru nama orang yang berada di sebelah aku.

" pehal ? " jeling dia. Amboi garang betul pengerusi ni.

" um pinjam peha boleh tak ? Aku ngantuk la " aku buat muka kesian sebab nak pujuk dia. Tengok Zach yang dah landing atas peha dia dari tadi tak gerak-gerak, aku rasa macam selesa je peha Haiden kalau dibuat bantal.

" patah jugak peha aku. kiri dan kanan kena tampung kepala besar korang. Nasib baik aku pengerusi yang baik. Nah silakan " Haiden tepuk-tepuk pehanya seperti bantal dan menarik kepala aku ke arah pehanya. Ceh, membebel pun bagi jugak last-last.

Betul la peha dia selesa. Tengok pun dah tahu. Tapi entah kenapa, aku masih rasakan yang peha Rafael lagi best kalau nak dibuat tidur. Menyempat pula fikir pasal Rafael.

" kalau keputusan dah keluar kau roger aku tau ? Mata mengantuk aku ni dah memang tak boleh bawak bincang " Haiden mengangguk sambil menepuk nepuk lembut bahu aku. Gaya macam mak nak dodoikan anak untuk tidur.

Haiden ni walaupun suka mengarah tapi dia ni baik sebenarnya. Itu yang membuatkan aku suka berkawan dengan dia. Tapi sayangnya, tahun depan dia dah tak ada. Maklum lah dia lagi tua. Habis sekolah dulu.

Tengah aku sedap nak on the way ke alam mimpi tiba-tiba Haiden bangun sambil berlompat-lompat. Perbuatan spontan dia itu telah menyebabkan aku dan Zach tercium lantai. Taguna.

Bila aku buka sahaja mata, semua pelajar di sekeliling aku dah bangun sambil bersorak dan mengibarkan bendera rumah sukan scarlet.

" semua ahli pasukan Scarlet sila tampil ke hadapan untuk menerima hadiah dan piala pusingan serta bersedia untuk sesi bergambar  " suara pengacara majlis jelas dapat aku dengar. Sah ! Bukan mimpi !

" kita menang woi, jom naik pentas! " Haiden masih lagi melompat-lompat lalu dia terus menarik tangan aku dan zach menuju ke atas pentas.

Segala penat lelah dan keringat yang telah dicurahkan berhasil juga. Tak sia-sia aku jadi naruto dengan detective conan tadi.

**🌙**

" tak kan nak pergi sana pakai baju ni ? baju sukan ni dah sebati dengan peluh kot! " aku mengomel sendirian namun Jackson dan Luke dapat mendengarnya.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now