15 | sleep

64.9K 4.1K 560
                                    

RAFAEL ADREAN SULLIVAN [ POV ]

Belum apa-apa dah kena tipu dengan Bella. Aku dah agak dia tak main Mobile Legend. Apa yang dia tahu ? Talking Tom ? Crazy Cooking ? Sakura ?

Aku memperbetulkan spec yang sedikit senget untuk melihat senarai movie di dalam Laptop. Disebabkan Jackson dah terpijak spec aku, bingkai spec ni dah terpatah dan aku tiada pilihan lain selain cantumkan serpihan yang patah dengan tape.

" tengok horror movie nak ? " lama aku berfikir dan akhirnya membuat pilihan tetapi pantas Bella menggeleng. aku mengeluh. Dasar penakut.

" ta-tak nak ah ! Aku hari-hari tengok horror movie. Dah bosan " dia gelabah dan cuba berdalih. Aku tersenyum sinis.

Dia ni tak pernah nak kalah, selalu tunjuk kuat padahal penakut. Kalau aku sakat ni mesti menangis.

Lagi pula, Aku tak sangka pula dia termakan dengan penipuan Dennis. Pak Samad yang duduk kampung ni mana ada bela Hantu raya. Dia bela kucing adalah dan nama kucing dia raya

Dalam diam aku tergelak.

" habis tu kau nak tengok movie apa ? " pandangan aku yang tadi di screen beralih pada mukanya meminta jawapan segera.

" Tengok drama korea boleh tak ? "

" no " aku bangkang terus. Perempuan dengan Oppa memang tak boleh dipisahkan.

" Alaaaa kenapa .. " Bella tarik lengan aku seperti budak kecil yang merungut nak gula-gula.

" no means no, Bella " aku tetap dengan jawapan aku. Come on lah, nanti kalau tengok korean drama tak pepasal aku sekali yang berhingus, sendu. Hilang macho nanti.

" Spiderman No Way Home nak tak ? " selain horror, aku suka tengok movie dari Marvel Studio. Kalau dia reject apa yang aku nak tengok kalini memang aku nak angkat punggung, blah.

" boleh boleh ! " dia bangun lalu berjalan pergi ke tempat di mana bagasinya terletak. Aku hanya memerhati dengan tanda tanya. Lalu, dia mengeluarkan satu packet popcorn berperisa chocolate dari dalam bagasinya. Entah bila dia bawak benda tu sekali pun aku tak tahu.

Selain Oppa, perempuan juga tak boleh berpisah dengan makanan.

" lets get started ! " dengan riangnya dia berkata.




Tetapi selepas 30 minutes..




" hampeh betul. " aku tersengih melihat Bella dah elok landing atas peha aku. Minah ni dah selamat pergi ke alam mimpi. Tadi bukan main excited siap membebel yang celebrity crush dia cantik which is Zendaya.

aku mengelamun sejenak. Entah macam mana aku nak kejutkan dia ni. Tak sampai hati pulak sebab dia dah lena tidur.

Bella tergerak kecil sambil menggaru dahinya sebab tadi ada nyamuk. Rumah dekat kampung, biasalah. Dia kemudiam bergerak lagi dan kali ni mukanya menghadap perut aku dan tangannya memeluk pinggang aku. Kemain dia tidur. Aku tergelak kecil sebab geli.

Lama aku perhatikan wajah dia. Rambutnya yang panjang telah menutupi mukanya tetapi tangan aku menyelak rambut dia ke belakang telinga.

Wajahnya nampak polos. Bibir munggil dia nampak cantik terbentuk. Bulu matanya panjang dan kemas tersusun. Hidung yang separa mancung dan kecil elok terletak disitu. Aku memerhati dia tidur selama beberapa minit tanpa aku sedari. Aku tak tahu kenapa tapi muka dia lagi menarik daripada movie yang ada depan mata aku sekarang.

Selepas puas menilik mukanya satu-persatu, aku menjenguk jam telefon aku yang berada di sebelah. Jam sudah menunjukkan pukul 1:20 pagi. Mata aku terasa kuyu kerana mengantuk. Nak kejut Bella but again, aku tak sampai hati pula. I love this position so much. The heat I receive from another human is warm and bring me so much comfort.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now