41 | rooftop

46.5K 3.4K 101
                                    

RAFAEL ADREAN SULLIVAN [ POV ]

Loceng ditekan beberapa kali. Setelah lima kali percubaan, tuan punya rumah masih tidak memberi respond, aku terus tekan loceng tu banyak kali sampai butangnya hampir sahaja rosak.

" Open the damn door ! I know you're inside ! Kau tahu aku boleh hack security apartment kau kan ? Kau tak boleh sembunyi dari aku. " aku berpeluk tubuh. Buat muka tak puas hati depan pintu rumah. Aku tahu dia nampak aku. Pintu ni ada camera.

Aku hanya datang seorang diri sebab aku tahu kalau aku datang dengan mereka bertiga, keadaan akan jadi lebih kecoh. Lagi-lagi kalau ada Luke.

10 minit berlalu dan barulah pintu tersebut dibuka. Jackson berdiri betul-betul di hadapan aku sambil mukanya disorok dengan hoodie yang tersarung di kepalanya. Dia menghalang jalan aku untuk masuk.

" kau nak apa ? Aku kene covid ni. 1 week quarantine. You can go home now. " suara Jackson yang kedengaran dalam dan agak garau itu menyapa gegendang telinga aku. Dia cuba larikan anak matanya daripada bertentangan dengan aku.

Aku mendengus kasar selepas mendengar suaranya. Kami membesar sama-sama. Dia fikir aku tak akan perasan yang dia tengah sembunyikan sesuatu daripada aku ?

Broken. Scared. Sad

Itulah yang dapat aku tafsirkan selepas mendengar suara dia.

" kau tak payah nak mengarut. Just straight to the point and tell me what happened ! " terasa jengkel dengan kelakuan aneh dia, aku terus tarik hoodie dia daripada tersarung di kepala tetapi tidak semena-mena mata aku membulat tanda terkejut.

" kenapa dengan muka kau ? " aku pandang matanya yang memaparkan kekosongan. Dirinya yang sebenar seperti sudah hilang. Seakan-akan Jackson yang berada di hadapan aku hanyalah satu jasat yang tidak bernyawa.

Dia mengalihkan mukanya. Seperti tidak mahu menceritakan apa-apa. Mana dia dapat semua ni ? Luka dan lebam itu jelas kelihatan agak teruk. Ianya tidak dibersihkan dan diletakkan ubat. Nampak macam sudah beberapa hari dibiarkan begitu sahaja.

Aku tolak dia ke tepi lalu segera memboloskan diri, masuk ke dalam apartmentnya memandangkan dia nampak macam tak nak bagi aku masuk. Dia juga macam nak aku pergi dari sini dengan segera. Terpaksalah aku guna paksaan kan ?

Jackson sejak tahun lepas lagi tinggal seorang diri di apartment ini. Ibu-bapa dia dah bercerai dan mama dia bekerja di luar negara dengan keluarga baru. Ayah dia dan adik lelaki dia masih berada di dalam negara. Ayah dia kalau ada free time memang datang sini jenguk dia. Adik dia pula akan tidur dekat sini kalau cuti sekolah.

Aku lihat sekeliling. Apartment dia sangat bersepah. Paling tak boleh aku tolerate bila ada kaca berselerak atas lantai. Jackson tutup pintu dan duduk di atas sofa yang berada di hadapan television. Dia sedaya upaya mengabaikan aku.

Aku menghenyakkan punggung aku di atas sofa tersebut, bersebelahan dengannya.

" siapa yang buat kau macam ni ? " aku pegang bahu dia. Aku masih lagi terkejut dan aku tak boleh tengok dia macam ni.

Kalau dia sakit, aku juga sakit.

" balik la Raf. " dia menepis tangan aku yang berada di bahunya.

" balik aku cakap. " dia tolak bahu aku. Sempat aku lihat yang matanya sudah mulai berkaca-kaca.

Aku terkejut.

Apa yang dah jadi ? Jackson yang aku kenal bukan macam ni.

" kau kenapa ? Susah sangat ke kau nak bagi tahu aku ? " aku dah tak boleh nak bertenang, terus aku hemburkan sahaja kata-kata aku ke mukanya.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें