51 | Jackson

32.4K 2.3K 236
                                    

RAFAEL ADREAN SULLIVAN [ POV ]

Uncle Xavier dah mula panik. Keith yang tadi elok duduk atas katil segera turun dan mendekati Bella yang dah pun pengsan dalam pelukan aku. Sempat aku hulurkan lengan aku ketika dia mulai pening dan terbaring tidak sedarkan diri.

" Don't worry. She just having a panic attack, I will take care of her. " aku beritahu mereka berdua lalu mengangkat Bella untuk keluar dari bilik itu namun Keith menghalang.

" letak dia atas katil aku. Aku dah okay " beritahunya dan aku hanya menurut.

"I feel bad. She has the right to meet her father tapi uncle sendiri tak tahu dekat mana. " Katanya, Kesal. Wajah Uncle Xavier berkerut.

" Papa, It's not your fault. Go take some rest, I will handle everything. " pujuk Keith lalu menyuruh orang tua itu pulang ke rumah untuk berehat. Lagi pula, sudah lama dia berada disini menemani Keith yang masih tersekat di dalam hospital.

" Wait.. Papa lupa ! Sebelum nenek kamu meninggal. Dia pernah bagi papa satu kotak kecil untuk bagi pada Bella dan mama dia. Maybe isinya boleh membantu. " muka yang suram tadi tiba-tiba sahaja bersinar kembali seperti sebuah harapan muncul.

" bagi Bella rest dulu. Bila tiba masa yang sesuai. Uncle boleh bagi dia. Buat masa sekarang, cukuplah dengan apa yang dia tahu. She have enough. " Keith mengangguk tanda setuju dengan kata-kata aku manakala Uncle Xavier tersenyum kecil. Dia mula meminta diri untuk pulang.

Sekarang tinggal aku, Keith dan Bella yang tidak sedarkan diri berada di dalam bilik itu.

Aku berjalan menuju ke arah sofa lalu melabuhkan punggung aku di sebelah Keith yang tengah main phone.

" So, kau sepupu Bella ? " 

" I guess it's a yes. " jawab Keith.

" Good. Aku ada satu permintaan. "

Keith segera mengalih pandangan dia ke arah aku. Dia menyimpan telefonnya di dalam poket baju. Dia nampak begitu hairan mungkin sebab jarang sekali dengar aku meminta sesuatu.

" apa dia ? " kening di angkat sebelah. Aku tersenyum kelat.

Mungkin ini sahaja peluang aku.

**🌙**

Kerusi yang berada di sebelah katil itu menjadi tempat aku untuk duduk. Bella masih tak sedarkan diri. Mungkin dia tertidur kerana keletihan. Aku dapat dengar dengkuran halus yang terhasil.

Dia nampak sangat tenang ketika tidur. Aku memerhati setiap inci mukanya dengan teliti dari atas sehingga ke dagu. Tak dinafikan yang dia sangat cantik di mata aku.

Sejak hari pertama lagi dia dah mampu curi pandangan aku. Dengan perwatakan dia yang mencuit hati aku. Walaupun berbadan kecil tapi dia sangat berani. Boleh pula dia cuba selamatkan aku masa aku kena serang.

Dia dengan comelnya pergi hulurkan beberapa wang kertas RM10 ringgit ke arah lelaki yang dah cari pasal dengan aku. Akhirnya, duit tu jatuh ke tangan aku juga. Jangan salah faham. Memang betul aku yang ambil duit dia tapi tak pernah aku guna.

Duit tu masih tersimpan elok di celah buku di rumah aku. Aku hanya bergurau sahaja dengan dia. Fikir aku, mungkin ianya tidak menjadi masalah kalau aku ambil duit dia untuk mengusik tapi dia kena gastrik pula.

Aku rasa bersalah, jadi memilih untuk angkat dia bila tengok dia dekat bawah pokok sedang tidur dengan kerutan di dahi menahan sakit. Waktu itu, Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa sampai tidak mampu untuk memaafkan diri aku sendiri sebab dah buat Bella sakit.

Pada mulanya aku rasa bersalah, sebab itulah aku ambil keputusan untuk jaga dia tapi semakin hari perasaan itu semakin jelas.

Dan aku tahu apa maksudnya.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now