43 | dress

48.5K 3.8K 499
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

" Hell no ! Sexy sangat. " Pekerja yang tak bersalah itu terpaksa menahan rasa akibat dimarahi oleh Rafael berkali-kali.

Aku berdiri di hadapan Rafael, Luke, Dennis dan Keith. Kami sekarang berada di boutique pakaian yang aku boleh agak daripada designer terkenal. Lihat sahaja bangunan boutique ini pun aku dah tahu.

Aku rasa tak selesa gila sekarang sebab baju ni memang terdedah bagi aku. Aku tak pernah pakai benda yang macam ni selama aku hidup. Aku cuba tutup apa yang aku patut tutup dengan tangan aku. Malu itu usah kata. Sedaya upaya aku larikan pandangan supaya tidak bertembung dengan mereka. Dah kenapa dia bagi aku pakai dress ni aduh.

" damn, she looks hot. " Luke tersengih lalu bersiul nakal. Dia dah mula keluarkan handphonenya untuk mengambil gambar aku tetapi Rafael sudah pun bertindak dengan sepantas kilat, merampas iphone di tangan Luke lalu dibuangnya ke luar tingkap.

Luke merenung ke luar jendela, bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, purnama menerangi gelapku. Dan bila fajar menjelma, Itu permulaan hari baru.

Aku tanya apa khabar ? Aku tanya apa khabar semua ?

Dan selamatlah Phone tersebut mendarat di atas tar jalan memandang kami sekarang berada di tingkat paling atas bangunan empat tingkat ini. Berkecai tu usah kata. Dah tak nampak rupa handphone dah.

Luke buat muka terkejut. Hampir sewel otaknya bila fikirkan nasib handphone yang baru dibelinya semalam. Sudahlah keluaran terbaru, nak menunjuk dekat orang pun tak sempat lagi.

" Aku dah cakap jangan ikut, nak juga menyibuk ! " tengking Rafael, kuat. entah kenapa Rafael asyik nak marah sahaja hari ini. Semua benda tak kena. Habis orang kena tahan amarah dia yang dahsyat itu.

" bring me another dress now ! " Dia menjeling pekerja-pekerja boutique itu dengan tajam seolah-olah dapat menyiat-nyiat isi kulit mereka.

" Rafael, relax. Stop shouting and control your anger issue. Kau suruh diaorang bawa dress yang best selling dekat boutique ni kan ? Kau tahu kebanyakan dress yang best selling memang yang jenis reveals skin ?" Keith peluk tubuh. Kata-kata dia memang masuk akal. Finally, ada juga orang yang masih berakal disini.

" tak kira, aku nak tukar dress lain. " Rafael mendengus. Dengan satu arahan sahaja, pekerja itu menikus mengambil dress yang lain.

" kenapa tukar ? Dah okay kot Bella pakai dress tu. " dan kali ini Dennis pula yang nak buat onar. Tak pepasal dapat jelingan maut daripada Rafael. Rafael yang tadi berada di hadapan aku mula mengambil langkah ke arah Dennis dan kemudian bercakap sesuatu dengan lelaki itu.

" I dont like people see what I should see. It's only mine to see. "

Aku tak pasti apa yang Rafael dah bisik dekat Dennis sebab kedudukan aku agak jauh dengan mereka namun apa yang aku boleh nampak sekarang, Dennis dah berubah muka terus. Pucat tak berdarah !

" he knows how to be possessive isn't he ? " Keith gelak sambil menyiku lengan Luke dan Luke mengangguk-angguk tanda setuju. Heh cepat betul Luke move on daripada kejadian handphone dia yang kena baling tu.

Selepas itu, aku masuk ke dalam fitting room lagi dan tukar dress yang baru sahaja diberikan oleh pekerja itu. Sesungguhnya sudah banyak masa aku terbuang disini gara-gara hanya ingin mencari sehelai dress.

Selepas selesai, aku keluar semula daripada fitting dan untuk kali ke 9, Rafael marah pekerja itu lagi.

" too short . " renungan tajam Rafael dah mampu buat pekerja itu kelam kabut lari untuk ambil dress yang lain.

Aku mengeluh. Apa masalah dia ? Dia buat aku tukar dress sebanyak sembilan kali. Kami berlima dah bertapa di dalam boutique ini hampir lima jam. Cerewet gila mamat ni !

Aku gali nafas dalam-dalam. Tukar baju banyak kali ni dah buat aku rasa letih, lepas dapat dress yang ke sepuluh, aku masuk dalam fitting room balik dan tukar dress. Tapi kali ini aku terkejut !

Cantik gila dress ni !

Serious kalau Rafael nak suruh aku tukar lagi memang aku hempuk kepala dia dengan mannequin kat depan sana.

Lepas je aku keluar, aku dapat lihat yang para pekerja serta Keith, Luke dan Dennis ternganga.

Aku gigit bibir, malu. Mungkin aku seorang sahaja yang suka dress ni dan pada pandangan mereka dress ini hanyalah biasa-biasa ?

" This is the perfect one ! " Luke angkat ibu jari. Bukan satu tapi dua.

" aku setuju ! " Dennis menyambung.

aku cuba jeling sikit-sikit macam mana reaction Rafael. Ternyata dia telah pun senyum, tidak lah lebar. Hanya senyum segaris sahaja. Tapi, cukup untuk buat aku gembira.

Aku suka tengok dia senyum.

" you like it ? " aku pandang Rafael, cuba nak cari jawpaan yang jujur pada matanya because people said eyes never lie.

" yes " dia hanya jawab sepatah kemudian tangannya dibawa ke kepala aku. Dia mula mengusap rambut aku, lembut.

" nasib baik ! Aku dah letih nak tukar dress lagi. " bebel aku sambil lap peluh di dahi. Sebenarnya tak ada peluh pun. Aku acah sahaja. Kami berada dalam boutique famous kot. Tempat dekat sini sejuk kalah Korea ! Dia punya hawa pendingin tu entah ada berapa ribu entah dalam boutique ni sampai boleh jadi sejuk gila !

" but don't worry, between you and that dress, aku lebih suka kau. " dia tarik tangan aku tiba-tiba dan mengucupnya lembut.

perangai sweet talker dia semakin hari semakin menjadi-jadi. Aku dah biasa jadi aku tak ambil kisah sangat sebab aku tahu dia mungkin tengah bergurau ?

Disebabkan aku tak dapat nak kawal blushing aku, terus aku pandang tempat lain tapi bertembung pula dengan pandangan Keith, Luke dan Dennis yang dah tersengih-sengih macam kambing sambil mengeluarkan handphone mereka, jadi paparazzi tak berbayar. Ambil video kami berdua lah tu.

" aku rasa kerja kita di sini dah selesai. " Dennis, Luke dan Keith sudah pun berura-ura mahu pulang ke rumah masing-masing. Mereka memang datang sini naik super bike sendiri. Pada awalnya Rafael dah mengamuk sebab diaorang gedik nak ikut juga tapi lama-kelamaan kenalah terima. Diaorang tahu macam mana nak pujuk si hati batu ini.

" kasian dekat kau orang kena tunggu lama di sini. Makan pun belum lagi kan ? " aku mencebik. Bukan apa, rasa bersalah pula buat mereka tertunggu-tunggu walaupun ini salah mereka juga sebab nak ikut.

" tak apa, at least aku boleh usik Rafael. He was so pissed off you know " jawapan Luke membuatkan Rafael hampir sahaja menendang punggung dia tapi Luke sempat melarikan diri sambil mengilai gelak.

" kang tak pepasal ada jugak phone lain yang berkecai. " Keith gelak macam babun sambil menepuk perut. Cis memang tak boleh lupa kejadian di mana Rafael telahpun melepar handphone Luke ke luar tingkap.

Tak sempat nak fikir dengan akal.

" dah jom minion. Salin baju and then kita balik. " ajak Rafael sambil memberi isyarat mata kepada pekerja tersebut yang bermaksud dia akan beli dress ni. Aku rasa serba salah sebab aku ni siapa sahaja pada dia sampai dia sanggup beli dress yang mahal ni ? Entah berapa ratus, silap-silap beribu sehelai.

" kau ajak aku balik macam kita ni duduk serumah pulak dah . " aku buat gelak palsu. Sebenarnya tengah dalam situasi awkward ni. Maklumlah mereka bertiga dah balik rumah. Aku kena hadap Rafael sorang-sorang.

" kenapa ? Kau dah tak sabar nak duduk serumah dengan aku ? " dia meleret-leretkan senyuman dia. Ha dah datang dah nakal dia tu.

" perasan. Aku cakap je . " aku memuncungkan bibir.

" stop making that cute face, I can't handle it well okay. "

Rafael.. blushing ?

**🌙**

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin