[IF I HAVE FREE TIME MAYBE I WILL UPDATE THIS STORY] [MAFIA]
Start writing on wattpad when I was 13. Immature storyline alert ⚠️⚠️
Psiko? Dulu memang dia harap yang dia mempunyai teman lelaki yang psiko. Seronok bila baca cerita Wattpad yang bertaju...
Tasha menuju ke kelas. Cermin mata bulatnya dibetulkan beberapa kali.
Setibanya dia di kelas, dia terus mengambil tempat duduk. Telefon pintarnya di ambil lalu aplikasi Wattpad dibuka. Dia terus membaca salah satu cerita psycho yang berada di dalam library nya.
"Seronoknya ada lelaki yang caring pasal kita. Kan best kalau aku dapat boyfriend yang macam ni." Tasha mengomel sendirian. Masih awal lagi. Mood rajin ke kelas on pulak hari ni. Hanya ada beberapa orang pelajar di dalam kelas.
"Eiii, nerd and also noob. Tak habis baca buku,baca cerita dalam telefon pulak." Ejek Alysha. Tak sedar yang diri sendiri turut sama mempunyai aplikasi Wattpad.
Tasha hanya mengendahkan ejekan Alysha. Dia sudah mula berangan yang dia mempunyai teman lelaki yang kacak dan caring fasalnya.
"Weh, kau tahu tak aku terserempak dengan Aryan tadi? Hemsem sia." Tasha sekadar memasang telinga. Aryan Shauki? Malas nak dengar gosip jejaka kacak tu. Dia broken sebenarnya. Crushnya selalu melayan gadis-gadis gedik di universiti. Budak nerd? Pandang pun tak ingin agaknya.