1 👸+👑

10K 198 6
                                    

"Weh Minah!!!! Cepatla sikit.Tadi kata nak pergi pasar malam.Mengidam kerabu maggie mamat siam tu" Ini sudah masuk kali ketiga aku menjerit.

Tadi kalut sangat ajak aku nak pergi pasar malam.Padahal bukan mengidam kerabu maggie tu tapi nak jumpa mamat siam yang jual kerabu maggie.Boleh tahan juga la mamat tu

"Aku dah siap dah ni jom.Kunci pintu aku keluarkan kereta" arah Minah

"Dalam 100 meter aja kot pasar malam tu tak payah la nak pergi dengan kereta bagai.Buat habis minyak kereta aja" bebel ku dan aku tahu si Minah tu memang tak dengar pon

"Ye la ye la cepat sikit Cik Ain Jasmine oii nanti habis pulak kerabu maggie aku"

•••••

"Weh,aku nak pergi jalan jalan jap nak cari makanan aku.Dalam setengah jam kita jumpa balik dekat sini dan macam biasa kalau lambat balik sorang sorang" kataku dan si Minah ni sudah biasa ditinggalkan aku sebab dia lambat

"Okay madam"

Sedang aku enak berjalan sambil mengunyah chicken popcorn ada orang langgar and guess what?? Air dia tumpah kena shawl aku!!!!!

"Weh mata kau letak dekat kaki ke??" Suara ku hampir ditinggikan tapi aku perlahankan sebab ingat yang aku tengah berada dekat tempat awam sekarang ni

"I'm so sorry miss.Nanti saya ganti balik tudung cik ni ya" jawab orang itu.Daripada suaranya jelas menunjukkan yang dia ni lelaki dan bukan bapok macam Nur Sajat (?).

Dah la pakai serba hitam,pakai mask warna hitam ala ala artis kpop gitu,cermin mata hitam rayban menutup matanya and dia pakai cap yang pastinya menutup muka dia.Eh tunggu!!! Macam mana dia minum air kalau dia pakai mask?? Dia tebuk lubang ke dekat mask dia??

"Amboi senangnya cakap!!! Tahu tak rumah aku jauh daripada sini?? Bukannya sebelah ini aja?? Takkan la aku nak balik dengan shawl bau air epal kau ni??" Suaraku sudah naik satu oktaf

Lantas tangan kanan aku ditarik ke arah tempat yang agak lapang dan tiada orang.

"Kau cakap elok elok tak boleh ke??" Tanya lelaki itu bengang lalu mencabut mask and cermin matanya yang dipakainya.

"Kau tengok muka aku ni...Ada.Aku.Kesah??" Balasku membalas pandangan matanya

"Kau tak kenal siapa aku?? Setakat shawl kau yang setakat 3 helai 100 ringgit ni ingat aku tak mampu beli?? Selori aku mampu beli lagi kau tahu tak??" Riak betul lelaki depan aku ni

"Kau ingat kau tu siapa?? Anak PM?? Anak raja?? Weh kau ingat aku ni hadap sangat ke duit kau??" Balasku lalu meninggalkan lelaki itu.Bengang?? Marah?? Semua ada.

Mana pulak phone aku ni?? Tertinggal ke?? Iye la aku lupa nak ambil tadi tengah charge.Aku rasa dah setengah jam lebih.Kaki diatur ke tempat yang dijanji dengan Minah tadi.

Tunggu punya tunggu budak Minah tu tak muncul muncul.Sah dia dah tinggalkan aku.Selalu nya dia aku tinggalkan sekarang dia pulak tinggalkan aku.Sob Sob

Perjalanan aku balik ke rumah diatur perlahan.Seriously tak ada mood sekarang.Tiba tiba ada tiga orang mamat drug menyekat perjalanan aku.Daripada mana tiga ekor mamat ni terlepas??kawasan ni selamat kot sebab setiap orang ada peranan masing masing jaga kawasan ni

"Hi cik adik,meh abang tolong hantarkan" Salah seorang daripada mereka cuba menyentuh kepalaku dan cepat cepat ditepis olehku.

"WOIII!!! Korang buat apa tu??" Hero sudah datang la tapi kenapa mesti mamat minum air ikut lubang mask tu yang datang??

"Ala bro...kalau kau nak jugak cakap aja la" kata sekor lagi mamat yang memang tengah kayal habis.

Sedap betul dia nak share aku ya?? Amboi amboi amboi

"Sorry bro.Aku tak berminat" 'hero' aku tu menuju ke arah mereka lalu cuba bertumbuk tapi malangnya dia yang tertonggeng atas jalan dulu

Ish!!! Nak jadi hero sangat tapi lembik.Last sekali tiga ekor mat drug tu lunyai aku kerjakan.Jangan main main tau dengan hakak.Atuk hakak pesilat terkenal dekat kampung sana

"Dah bangun.Lembik" sempat lagi aku mengata dia lalu dibalas cebikan mulut olehnya.

OUHYEMJIII!!! Buruk gila muka lepas kena pukul...dengan hidung berdarah,mata ngan hujung bibir lebam,rambut berserabai.

"Pfft.HAHAHAHHAHAHA" tersembur juga ketawa aku yang tadinya aku rancang nak ketawa berjemaah dengan Minah

"Kau dah kenapa ketawa??? tolong aku tu tidak" omel nya.

"Dah jom aku tolong rawat muka kau ni.Dah teruk sangat ni.Rumah aku tak jauh sangat pon dari sini.Jom" ajakku tapi aku tinggalkan dia dekat belakang pandai pandai la jalan sendiri lagipon aku dengan dia bukannya halal nak aku pimpinkan bagai

"Weh!!! Tunggu la aku" Dia mula melajukan langkahnya dengan kaki sakit berjalan di sebelah ku.

Dalam 6 minit dah sampai dekat rumah banglo milikku dengan Minah.Cer teka kitorang kerja apa?? Hah nantikan

"Kau tunggu dekat meja ni kejap.Aku nak pergi ambil peti first aid "

Aku hanya berjalan masuk bersahaja menuju ke bilik sakit dimana disitula kami akan dirawat oleh doktor peribadi kami kalau kami sakit. Panggilan Minah yang tengah tengok tv di living room aku abaikan.

"Weh..angkat muka kau" arahku

Lelaki itu mengangkat mukanya dan didekatkan denganku

"Jauh sikit...kang kena tangkap kering pulak tengah tengah malam ni" suruhku

Aku mula merawat mukanya dan akhirnya siap juga.

"Kat mana lagi sakit??" Tanya aku tidak memandang kearahnya kerana sibuk menyusun barang yang digunakan kedalam peti kecemasan

"Kat sini" lelaki tersebut mengangkat tangan kanannya lalu diletakkan di dada kirinya

"Dah kenapa pulak sakit dekat situ" tanya ku naif

"Nothing" jawabnya lalu menyaup cap dan memakai kembali. Cermin mata rayban di letakkan ke atas batang hidung mask disangkut semula ke telinga.Dia terus mengangkat punggung ingin pergi

"Eh tunggu kejap!! Kau ni at least cakap la terima kasih ke nama kau ke ni tak main bla jer"

"Thanks and nama aku jo..jodoh kau Bye" lelaki tersebut terus meninggalkan kawasan rumah ku. What the heck jantan tu?? Siap kau kalau aku jumpa kau lagi

Tangan aku mencapai peti kecemasan yang berada di atas meja.Mata aku terpandang jaket kulit yang tersidai elok diatas kerusi

Ni mesti mamat tu punya.Nampak gaya tu dah memang macam orang kaya.Aku tanya nama dia main jo..jodoh pulak kang aku cakap aj..ajal kang berkang gary aku kat sini.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now