17 👑+👸

2.1K 80 2
                                    

"Assalamualaikum" Salam diberi lalu aku berjalan perlahan ke katil yang menempatkan Mukram. Mukanya yang pucat aku pandang lemah. Muka aku juga sudah bengkak kerana menangis didalam kereta tadi. Faisal yang ada didalam bilik itu mengangkat kepala.

"Jas,I kena balik dulu. Ada hal. Selamat you datang tepat pada masanya. I baru nak call tadi. Anything call I okay?" Percakapan Faisal aku hanya balas dengan anggukan lemah. Minah juga sudah pulang selepas menghantar Mukram ke sini.

Faisal berjalan laju meninggalkan bilik wad Mukram. Kerusi yang ada di tepi katil aku duduki. Kepala aku letakkan dibirai katil. Aku berasa sedikit pergerakan darinya. Pantas aku mengangkat kepala. Aku melihat dia terpisat pisat cuba untuk membuka matanya.

"Mukram? Alhamdulillah awak dah sedar. Tunggu kejap saya panggilkan doktor." Aku bangkit dan ingin menuju keluar untuk memanggil doktor. Tangan aku dicapai oleh Mukram lalu dia menggeleng tanda tidak mahu dicheck oleh doktor. Aku menghadapnya dengan muka berkerut.

"Saya nak awak ada dekat dengan saya. Saya tak nak awak tinggalkan saya. Saya takut" ucap Mukram separuh berbisik." Saya dah ingat mama,papa dengan Akram tapi saya masih lupa awak. Yang saya tahu awak adalah isteri saya. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak di sisi saya" Mukram mengalirkan air matanya.

Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. Aku kena teruskan berlakon supaya dia boleh pulih
Hanya aku yang boleh bantu kembalikan ingatan dia.

"Awak tunggu kejap ya? Biar saya panggil doktor. Saya akan selalu ada disisi awak. Saya takkan tinggalkan awak. Saya kan isteri awak." Terangku lembut lalu dia melepaskan pegangan tanganku dan aku berlalu memanggil doktor diluar.

SUDAH tiga hari berlalu Mukram berada didalam wad. Petang ini dia dibenarkan discharged. Tiga malam juga aku terpaksa berkampung di hospital bersama Mukram. Mama dan papa gembira sangat lepas anak mereka ingat semula tentang mereka. Parents mana tak sayang anak kan?

"Sayang,nanti kita pergi honeymoon nak? Pergi London nak? Saya teringin sangat pergi sana. Menurut mama,saya ada rumah disana. Kalau macam tu senang la nanti." Ajak Mukram. Tanganku yang sedang melipat pakaian ke dalam beg terhenti.

"Saya banyak kerja la. Next time la. Kesian Minah kena urus company sorang sorang"

"Sayang tak sayang abang ke? Sampai hati sayang lebih pentingkan kerja dari abang." Mukram menarik muncung.

"Bukan tak sayang tapi tanggungjawab saya masih banyak. Minggu depan sahajalah kita pergi ya. Biarkan saya uruskan kerja disini dahulu." Aku memasukkan baju ke dalam beg yang aku bawa. Mukram menayangkan sengih lebar. Seronok la tu.

"Jasmine,Mukram jom balik. Pak Mat dah sediakan kereta. Mari sini beg tu biar Pak Mat bawa." Beg aku hulurkan kepada Pak Mat. Dia berjalan mendahului kami. Kami hanya berjalan seiring mengikuti Pak Mat senyap tanpa kata apa apa.

Telefon aku bergetar menunjukkan ada sms masuk. Nombor Ben terpapar. Dia ingin berjumpa aku di taman yang kami selalu berjumpa.

Sampai sahaja dirumah,aku terus menuju ke kereta audi milikku di bawah garaj. Mukram yang tanya aku hendak kemana hanya diberitahu aku ingin berjumpa dengan kawan sebentar. Kereta aku pandu sederhana laju membelah jalan raya.

DARI jauh aku nampak seorang lelaki yang memakai pakaian tertutup seperti selalu di bangku berhadapan tasik. Tempat di sebelahnya aku ambil dan secara automatik juga lelaki itu berdiri dan memandang aku dengan muka terkejut.

Ketawa aku hamburkan. Kelakar dengan reaksi Ben. Macam kena serbu dengan peminat sahaja gayanya.

"Kau apa khabar??" Tanya aku selepas menghabiskan sisa sisa ketawaku. Pandangan aku lemparkan ke arah tasik. Ben berjalan ke arah gigi tasik. Turut merenung air tasik yang tenang dengan hati yang gundah.

"Alhamdulillah baik baik sahaja. Macam yang kau nampak" katanya tidak memandang pon kearahku. Tasik tu lebih cantik dari aku ke?

Kini kami hanya berdiamkan diri. Masing masing sedang enak melayan perasaan sendiri.

"Aku..." Kami berkata serentak.

"Kau dulu" aku menyuruh dia berkata dahulu. Aku dapat lihat dia sedang menahan debaran walaupun dia sedang membelakangi aku.

"Aku dah tak akan duduk di Malaysia lagi. Aku akan balik ke negara asal aku iaitu Brunei. Aku juga mungkin akan pergi ke luar negara dan tinggal disana." Terbunyi keluhan nipis dilepaskan.Dalam 5 minit juga berdiam diri semula.

"Kau nak tinggalkan aku? Kau dah tak cintakan aku? Ke aku hanya main main sebelum ni? Saja nak sakitkan hati aku?" Aku tuturkan perkataan itu dengan air mata yang mula mengalir.

"Sebab aku cintakan kau aku terpaksa lepaskan kau. Aku nak tengok kau bahagia. Aku tak nak rampas hak milik orang. Benda itu salah. Biarlah aku yang tarik diri. Salah aku juga sebab terburu buru dulu. Lagipon kan aku ada cakap kalau kau masih single baru aku akan adakan hubungan dengan kau. Maafkan aku" Ben mula mengorak langkah meninggalkan aku.

Aku tak mampu nak halang. Air mata jatuh bercucuran. Kilat yang sedang sambung menyambung menunjukkan hari mahu hujan aku abaikan. Hujan yang akhirnya lama menunggu giliran untuk turun mula membasahi bumi.

Gelang disebalik lengan baju aku genggam erat. Aku pakai gelang yang kau bagi,aku pakai. Aku nak tunjuk dekat kau yang aku sudi terima kau. Tapi kenapa kau sanggup lukakan hati aku?

"Dah la menangis. Sayang dah besar la untuk menangis. Malu nanti kalau ada budak budak nampak. Jom balik. Nanti sayang demam pulak" Aku mengangkat kepala melihat gerangan tersebut. Wajah Mukram yang sedang tersenyum sambil memegang payung terpampang.

"Awak buat apa dekat sini?" Aku bertanya sambil menyapu kasar air mata campur air hujan yang berada dimukaku.

"Kita cakap dekat rumah eh. Dah la takmo nangis. Nanti abang pon akan menangis jugak." Melihat dia memujukku lebih membuat aku semakin kuat menangis. Tubuh aku diheret kedalam pelukannya. Tangisan dilepaskan dibahunya pula. Mukram menepuk belakang aku. Dia juga turut basah kini.

"Dah la. Jom balik. Bak sini kunci biar abang drive. Jangan bimbang Pak Mat follow kita belakang" Mukram mengheret aku kearah kereta dan balik kerumah dengan keadaan basah kuyup.

'Aku janji akan bahagiakan kau Jasmine. Aku takkan biarkan kau terluka lagi. Aku dah nampak semuanya,dengar semuanya. Aku akan ambik kau sebagai isteri aku yang sah nanti bila tiba masa yang tepat. Untuk sekarang aku terpaksa berlakon lagi. Maafkan aku" -Mukram

___________

Dah lama sangat ni tinggal. Serius rindu nak mengarang tapi masa tak ada. Busy gila. Lagi lagi tahun depan ada exam yang maha besar. Thanks yang baca crita ni. I'm really really really appreciate. Okay nah muah sikitt.

20 December 17 (00.30)

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now