9 👑+👸

2.7K 98 0
                                    

"Daddy daddy suruh sahajalah abang malik yang pergi menguruskan urusan disana. Mateen nak berehat sahaja hajatnya" Bantah selagi boleh. Itu prinsipku. Boleh pulak ayahanda menyuruh pergi majlis persandingan cucu kawan nendaku di Johor.

"Kekanda Malik sibuk minggu ini. Daddy pula sudah tua tidak larat mahu ke majlis majlis seperti itu. Lagi pula nenda kamu sudah pesan buat baiklah dengan keluarga kawannya itu kerana mereka banyak menolong nenda kamu dulu." Ala pasal benda ni terus aku tak boleh bantah. Tapi aku tak nak pergi!!!

Ain Jasmine,tolong aku!!!!! Kejap!! Kenapa aku minta tolong dengan dia?? Ahh lantaklah

"HUK HUK" aku yang sedang sedap sedap menjamu sarapan boleh pulak tersedak. Minah yang ada kat sebelah tolong tepuk belakang aku. Semalam gaduh hari ni baik balik. Macam itu la keluarga buat apa gaduh lama lama sampai masam muka segala. Benda boleh bawa bincang kan .

"Kau okay tak ni?? Ni minum air ni" Minah menghulurkan jus oren kepadaku. Aku sambut dan menelannya seperti orang tak minum sebulan.

"Thanks huk huk" ucapku sambil terbatuk batuk lagi.

"Weh lamanya korang makan. Dah pukul berapa ni?? Pergi la bersiap. Petang ni dah nak akad nikah. Lepastu malam ni kita sibuk nak pergi tengok persiapan dewan pulak" jerkah si Surihani,kakaknya si Lisa. Kakak dengan adik sama je perangai. Suka menjerit

"Ala kejap la nak makan ni. Sikit lagi. Takkan la nak membazir pulak." Minah menjawab dengan mulutnya penuh dengan bihun goreng air tangan ibu pengantin.

"Kalau ya pon nak bercakap,habiskan la dulu makanan dalam mulut tu. Bersepah merencik dekat muka flawless aku tahu tak" bengang aku dibuatnya. Minah hanya menayangkan sengihan dan dalam mulut dia masih ada makanan. Apa nak jadi la budak ni pengotor betul.

Aku bawa pinggan yang aku buat alas makan ke sinki. Selepas membasuh pinggan dan gelas yang digunakan(nampak tak dah sesuai nak jadi isteri orang),aku naik tingkat atas. Baju warna pastel pink peach yang telah disiap digosok dari closet aku keluarkan.

Okay belah perempuan pastel pink peach manakala lelaki pulak warna coklat muda. Esok tema lain pula. Hari ni majlis akad nikah hanya dijalankan dirumah mak lang dan dia menjemput anak anak yatim untuk dijamu makanan.

Selepas beberapa jam,sudah tibalah masa akad nikah. Wah excitednya. Eh aku pulak yang excited. Baju kurung moden itu aku lihat sekilas melalui standing mirror dalam walk in closet.

 Baju kurung moden itu aku lihat sekilas melalui standing mirror dalam walk in closet

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Bilik Lisa aku kunjungi. Gelisah betul budak ni. Sampai dah tak kenal kerusi. Habis tempat dalam bilik dia pusing. Sampai berpeluh bagai.

"Lisa rileksla. Dah macam apa dah aku tengok. Kang rosak pulak mekap kau." Pesan ku.

"Kau senang la cakap. Bukan kau yang nak nikah. Lagi 30 minit aku dah jadi bini orang tahu tak" bentak Lisa.

Pintu biliknya dibuka dari luar. Mak lang masuk ke dalam bilik. Nampaknya acara menangis berjemaah akan berlangsung. Baik aku cabut dulu.

Dalam sepuluh macam tu,Minah naik ke tingkat atas. Katanya rombongan lelaki sudah sampai. Pintu bilik Lisa aku ketuk dahulu sebelum masuk.

"Lisa,mak lang pihak pengantin lelaki dah sampai. Mak lang boleh turun dulu ya. Lisa akan turun dengan Min nanti" kataku lalu mak lang langsung turun ke bawah . Dengan itu aku memimpin tangan Lisa turun tangga dengan berhati hati. Kang jatuh pulak. Apabila sampai ke tangga terakhir. Terlihat pengantin lelaki sudah siap berada di hadapan tok kadi.

Alhamdulillah Lisa dah selamat jadi isteri kepada lelaki yang bernama Farees yakni kekasihnya yang sudah 10 tahun bersama dengan satu lafaz sahaja.

Acara makan makan berlangsung. Acara ini la yang paling aku nantikan. Wait!! Macam pernah nampak jer lelaki bawah pokok tu.

Tu bukan Farhan ke?? Kebetulan pula dia memandang ke arahku

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Tu bukan Farhan ke?? Kebetulan pula dia memandang ke arahku. Langsung senyuman bahagia terpancul dari mulutnya. Kaki aku hayun ke arahnya.

"Buat apa dekat sini??" Tanyaku sopan.

"Tengah masuk meminang awak" jawabnya bergurau

"Ala betul betul la." Paksa ku lagi

"Yang kawin tu adik saya. Tak sangka pulak dia kawin dengan sepupu awak. Nampaknya panjang ye jodoh kita. Asyik jumpa je" katanya lalu sengih menampakkan giginya yang jarak tu

"La ye ke. Eh jemputlah makan. Takkan nak duduk dekat sini sahaja. Bukan kenyang pon" jemputku sebagai wakil tuan rumah

"Saya tengah tunggu awak ajak je. Sebenarnya saya pon tengah lapar sekarang. Teman saya makan ye" pinta Farhan sambil buat muka comel. Aku hanya anggukan sahaja. Dalam kepala sudah terdapat rancangan yang boek punya.

Farhan duduk di meja. Aku bangun "Eh Farhan saya ada kerja sikit kena buat. Saya lupa. Sekejap ye saya panggil Minah ganti saya" tanpa menunggu jawapan Farhan,susuk tubuh Minah yang tengah makan kek aku heret ke meja Farhan.

"Eh Farhan you buat apa dekat sini??" Tanya Minah dan bermula la aktiviti berborak diorang. Farhan pon melayan. Aku masuk ke dalam rumah. Hajat di hati ingin naik tengok korean movie sekejap. Sekejap pon jadilah.

"Min,jom ikut along pergi airport. Nak pergi ambik tetamu nenek. Katanya keluarga diraja. Tapi tak nak heboh sebab tu kita yang kena pergi ambik dia. Kang kecoh pulak airport sana." Ajak along dan dia terus masuk dalam kereta. Nampak sangat dia paksa sebenarnya.

MANA pula yang nak ambik aku ni?? Dah sejam kot aku dekat sini. Tak nampak bayang pon. Aku berjalan jalan disekitar airport. Muka memang tak yah cakap. Cover habis.

Weh aku lapar!!!! Mana nya manusia yang nak datang ambik aku??? Aku tak minat makan fast food. Tak kenyang lagi lapar adalah.

"Maaf saya lambat. Jalan jammed. Jom kita ke kereta. Nanti saya bawa terus ke hotel." Kata lelaki tersebut.

Dan terdapat seorang perempuan yang pakai baju kurung dibelakangnya. Saat lelaki itu bergerak,muka sang wanita tampak begitu terkejut. Sungguh sungguh terkejut sampai zirafah pon muat dalam mulut dia

____________

SORRY PENDEK. NANTI SIS UPDATE LAGI

_16 NOVEMBER 2017_

K I N G ? ? ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя