16 👸+👑

2.3K 78 2
                                    


MEDIA: Tengku Faisal Syah

Nafas panjang ditarik untuk sekian kali. Udara Malaysia begitu dirindui. Nafas panjang ditarik lagi. Ini baru sampai ke Pusat Tentera Awam tidak lagi di rumah. Sudah sebeginian rupa. Almaklumlah kali ini aku ditugaskan untuk bertugas di luar negara.

Orang yang melihat hanya dihiraukan. Sekarang di dalam kepala hanya wajah seorang wanita yang dirindui menghiasi. Di military kami dilayan sama rata sahaja. Kawan kawan yang mengajak aku untuk pulang bersama mereka aku tolak lembut.

Faisal a.k.a sahabat baikku yang merupakan sepupu aku sudah sedia menungguku di luar pusat Tentara Awam. Lagaknya yang sedang tunggu aku sambil menyandar di kereta maserati yang direka khas itu tidak ubah seperti artis korea. Sudahlah kulitnya yang putih dan tingginya seakan model itu lagi menonjolkan ketampanannya. Aii jealous betul.

"Hai bro. Dah lama ke tunggu? Sorry la dalam tu kalut sikit." Tegurku sekaligus mengejutkan dia yang tengah ralit bermain phone. Cermin mata hitamnya dibuka lalu melemparkan jelingan tajam kepadaku

 Cermin mata hitamnya dibuka lalu melemparkan jelingan tajam kepadaku

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

"Tu la kau aku suruh naik private plane diraja tak nak. Nak jugak naik yang tentera punya. Aku dekat sini dah sejam tahu tak?" Omel nya sambil mengangkut beg aku lalu diletakkan dalam boot belakang. Tempat duduk penumpang aku ambil. Faisal yang tengah membebel aku hiraukan.

Sedapnya bila aircond menyapa muka tanpa dihalang oleh mask yang selalu aku pakai. Nafas ditarik panjang. Sementara menunggu si mamat korea tu masuk,radio aku pasang. Terpandang pulak kalendar digital yang terdapat di radio. 28/3 . Well Jasmine,esok kau tunggu aku datang. Senyuman kebahgiaan jelas terpancar dibibir.

"Hah! Yang kau senyum sesorang ni dah kenapa? Aku cakap ni bukan nak dengar." Faisal menyambung bebelannya. Aku hanya menjeling dengan hujung mata. I tak ada masa nak layan you okay.

'Esok akan diadakan satu temubual ekslusif dengan pemilik syarikat terbesar di Malaysia bersempena dengan kepulangan bakal suami yang hilang 2 tahun lepas iaitu seminggu sebelum berlangsungnya perkahwinan mereka. Jadi kami akan mendengarkan kepada anda secara langsung pada pukul 3 petang esok dimana lagi kalau bukan RosJib.fm,sudah semestinya radio kegemaran anda'

"Kiranya 2 tahun la dia hilang? Kalau aku dekat tempat perempuan tu,mesti dah menangis bagai nak rak. Dah tak pandang dah mana mana lelaki. Mesti perempuan tu serik kan? Aku harap dia tabah la." Sambil mata tertutup aku berkata kepada Faisal yang tengah memandu.

"Yang hilang tu kawan baik aku. Haritu kan aku ada cerita dekat kau. Bakal bini dia pon aku kenal. Kami satu universiti dulu. Tapi sekarang aku dah jarang contact bakal bini dia semenjak dia hilang. Sebenarnya dia tak hilang,kami ingatkan dia dah mati sebab terbakar rupa rupanya syukur dia masih bernyawa. " terang Faisal. Aku hanya menganggukkan kepala. Sebenarnya aku tak dengar pon apa yang Faisal tengah membebel, yang ada dalam kepala aku hanyalah Ain Jasmine sahaja. SAHAJA!

"Weh! Kau dengar tak aku tengah bercakap. Buat habis air liur jer. Nanti kau teman aku eh pergi diorang punya temubual. Tak lama pon dalam 2 jam macam tu je." Faisal menjelingku disebelah dengan muka berharap.

"Esok aku ada plan la. Sorry tak boleh." Aku tolak perlahan.

"Ala kau ni. Sekejap aja bukan sampai malam pon. Dalam pukul 5 kita chau la" pujuknya lagi. Weh aku lemah dengan pujukan weh. Tak kira la orang itu lelaki atau perempuan. Aku memandang kearah Faisal. Cebikan mulut berserta muka comel ditayangkan. Begitu berharap nampaknya ni.

"Ye la ye la. Tapi sekejap jela. Sebab aku ada plan lepas isya'. Takut tak sempat pulak preparation yang aku rancang" ujarku jujur. Tetiba Faisal menayangkan muka teruja.

"Weh kau dah ada pengganti Syara ke? Amboi cepat ehh. Lagipon bagus la kau cari pengganti dia,hidup perlu diteruskan" tangan kiri Faisal menepuk bahu kananku.

"Dah la cakap pasal Syara. Aku dah tak nak ingat dia lagi."

29 March

TANGAN dikipas untuk sekian kali ke muka. Bukan setakat tangan,buku setebal kamus dihadapan pun dicapai lalu dikipas perlahan. Cukup untuk bernafas. Wartawan sudah ramai di memenuhi dewan hotel. Debaran di hati makin kencang. Sudahlah si Mukram di sebelah sana tersengih sengih. Apa sahaja yang difikirkannya.

"Jas,10 minit lagi. Ingat eh jangan cakap apa apa pon pasal hubungan kau dengan Mukram. Kalau kau nampak Mukram macam nak terlepas cakap yang korang ni kononnya suami isteri,tolongla buat buat pengsan ke sakit perut ke mati ke kat situ" Minah datang menerpa entah dari mana.

"Amboi kau. Kau nak kau pulak yang mati dekat depan tu nanti? Ye la ye la aku tahu la nanti. Jangan bimbang." Kataku turut gusar.

"Okay guys ready!" Seorang lelaki memanggil kami keluar.

Mukram berjalan bersebelahanku sambil tersenyum. Tak sekarang aku confius,kenapa dia senyum weh? Dari tadi lagi aku perhati jer mamat ni. Tolong la jangan sampai terlepas cakap. Selama ni aku dah macam duduk dekat neraka jer time dia masuk bilik tidur.

Aku ingat lagi aku payah payah berlakon cakap aku kekok tidur dengan lelaki dan aku rasa aku tak selesa ada lelaki dalam bilik aku sebab aku dah biasa tidur sorang sorang masa dia tak ada. Selamat dia mengambil langkah(mengambil langkah engkau!) untuk tidur dekat bilik tetamu sebab dia sanggup buat apa sahaja kat aku sebab dia sayang aku.

Langkah dibuka ke meja di atas pentas dengan silauan kamera yang dikenakan. Oii kenapa ramai sangat wartawan yang datang. Kata dari 5 syarikat jer. Wajah Minah aku kerling meminta perjelasan. Jelas Minah melarikan anak matanya dari bertembung denganku

Pandangan aku halakan ke hadapan. Terlihat Faisal datang. Takkan la tak datang pulak kan? Kawan baik dia ni 'hidup balik' kot. Senyuman hambar dilemparkan. Dia membalas lalu menganggukkan kepala tanda memberi semangat.

Sesi temubual diteruskan. Hanya sekali sekala sahaja aku masuk campur. Yang selebihnya diserahkan kepada peguam yang dilantik atas kes Mukram.

"Soalan ini kepada Encik Mukram. Apa status hubungan Encik Mukram dengan Cik Jasmine kini??" Tanya seorang wartawan perempuan yang sangat banyak tanya. Dari tadi hampir keseluruhan soalan adalah dari mulut dia. Soalan inilah yang aku paling takut sekali. Aku nampak Mukram dengan bersemangat memegang mikrofon yang ada atas meja. Aduh nak buat apa ni?? Ya Allah tolong!

BANG!!!

Bunyi mikrofon jatuh mengejutkan seisi dewan. Aku alihkan pandangan ke sebelah kiri dimana Mukram duduk. Mukram kelihatan sedang menahan kesakitan yang terpancar jelas di mukanya. Kepalanya dipegang kejap. Lantas aku memanggil Minah serta Faisal juga sudah naik keatas pentas untuk menolong.

Kami memapah Mukram keluar. Para wartawan mula menyerbu. Laju sahaja bodyguard menghalang. Kang tak pasal pasal dengan aku aku pengsan. Mukram dibawa masuk kedalam kereta Minah. Aku menyuruhnya membawa Mukram ke hospital terlebih dahulu. Aku menyusul dengan menaiki kereta aku sendiri.

Setelah mengambil tas tangan dan barangan yang ditinggalkan didalam bilik belakang pentas,aku lajukan perjalanan menuju ke tempat parking kereta. Kunci kereta yang aku ambil kalut terjatuh pula.

Aku menundukkan badan hendak mengambil kunci tersebut tapi ada satu tangan yang mendahului. Kepala aku angkat perlahan kerana aku nampak rantai military yang bergantung atas batang hidungku. Menyebabkan tangan aku bergetar.

Aku lihat mukanya yang sedikit kecewa dan sedih. Senyuman hambar diberi kepadaku menyebabkan hati aku lebih pedih. Dia menghulur kunci keretaku lalu beredar dengan laju meninggalkan aku yang sudah berasa panas ditubir mata.

Airmata aku sekali lagi jatuh disebabkan oleh dua orang lelaki.

_____________

Are u ready guys for another update?? Yes seperti yang dijanjikan akan ada double update but sabar la sekejap okay sis nak check balik serta menambahkan lagi ayat yang lebih dramatis. Haha okay chau

19 December 2017

K I N G ? ? ✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum