43 👸+👑

2K 77 2
                                    

"Apa semua ni Mateen? Macam mana kamu sendiri tak tahu dekat mana isteri kamu sendiri? Suami jenis apa kamu ni? Kamu tahu tak yang cerita kamu pasal nak kahwin seorang lagi ni dah heboh satu Asia? Kenapa kamu sanggup buat anak mummy macam tu?" Ibu perempuan itu datang menyerang aku yang tengah sibuk memasang khemah di rumah mama. Atas permintaan aku sendiri bahawa majlis di sebelah lelaki hanya dilakukan secara sederhana.

"Puan Rona, anak puan dah tak ada apa apa ikatan dengan anak saya. So wajarlah kalau Mateen tak tahu dimana keberadaan Jasmine sekarang." Jawab mama mengeruhkan keadaan.

"Tak ada apa apa hubungan?!" Kening ibu Ain Jasmine bertaut. Mukanya jelas menunjukkan yang dia sedang marah. "Mateen! Apa semua ni?!" Mata dicerlung kearahku yang masih bermandi peluh akibat melakukan kerja angkat barang tadi.

"Kenapa awak ni payah faham sangat? Mereka dah bercerai! Bercerai maksudnya hubungan antara mereka dah putus! Tak faham lagi?" Mama sahaja yang asyik membuka mulut membalas setiap persoalan ibu perempuan itu.

"Mateen betulke? Apa yang Mateen buat ni nak? Ya Allah abang!" Ibu perempuan itu terus rebah ke lantai sambil tangannya memegang erat tangan suaminya. Akhirnya hanya mengeluarkan airmata sambil meraung memarahkan aku. Modal perempuan biasalah. Airmata mereka untuk meminta simpati.

"Mateen. Bukan ke abah dah cakap dulu, kalau tak nak Jasmine, pulangkan dengan cara elok kepada abah seperti eloknya yang kamu datang meminang dia hari tu. Kalau kamu ambil cara baik pulangkan dengan cara baik. Kenapa mesti kamu lepaskan satu satunya anak perempuan abah dengan cara yang kejam? Kami sebagai ibu bapa Jasmine pon tak tahu apa apa. Mateen tahu tak yang bercerai adalah satu perkara halal yang paling Allah benci?" Ayah si Jasmine mengambil tempat isterinya tadi. Aku hanya pekakkan telinga.

"Pakcik, itu hak Mateen untuk ceraikan atau tak isteri dia. Yang pakcik nak sibuk ni kenapa? Pakcik dengan makcik balik boleh tak? Kami ni tengah sibuk nak siapkan persiapan. Kat sini bukan tempat nak bermadu kasih dan sebagainya. Better makcik dengan pakcik pergi cari anak korang yang tak tahu dekat mana tu. Shuh shuh kami banyak kerja ni. Pintu pagar tu sentiasa terbuka untuk makcik dan pakcik berambus dari sini. Dasar keluarga pembunuh!" Syara pula datang dari dalam rumah dan menyampuk. Entah kenapa dalam hati aku ni sedikit pon tidak rasa mahu marah dengan percakapannya kepada orang tua perempuan tersebut.

"Hei perempuan! Kau tak takut dekat balasan tuhan ke? Kau aniaya orang sampai mereka ni bercerai. Kau desperate sangat ke nak berlaki? Banyak banyak lelaki dalam dunia ni kenapa suami anak aku jugak yang kau nak? Hah?!" Ibu perempuan itu ingin menuju untuk menyerang Syara.

"Aunty. Stop it. Tangan aunty ni tak layak pon hinggap dekat badan Syara. Bukan salah Syara perkahwinan berlangsung. Perkahwinan ini akan berlangsung sebab saya sayangkan Syara sangat sangat. Dia bukan pembunuh macam anak aunty. Tolong balik la. Jangan serabutkan lagi kepala saya." Aku pula menghalau. Sungguh aku pantang kalau ada orang ingin apa apakan orang yang aku sayang.

"Sedarlah Mateen. Nanti kalau satu hari nanti kamu inginkan semula anak abah, fikir masak masak. Masjid yang dibina bukan boleh diruntuhkan sewenang-wenangnya. Keputusan semuanya abah serahkan kepada Jasmine nanti. Tak perlulah sampai menghalau kami. Abah balik dulu. Assalamualaikum" ibu bapa perempuan itu akhirnya pulang. Satu nafas lega aku pancarkan. Selesai satu masalah.

"Banyak masalah betullah. Kita bukan mintak duit diorang pon nak langsungkan perkahwinan ni" rungut Syara yang sudah mencemberutkan mukanya.

"Tak apalah Syara. Usah hirau pasal diorang. Yang penting sekarang pernikahan kamu berdua. Mama harap semuanya berjalan dengan lancar." Muka mama yang gembira itu aku pandang. Aku pon turut gembira jadinya.

"TOK buatlah apa-apa pun asalkan perempuan tu dengan seluruh sedara mara dia or keluarga dia tak kacau pernikahan saya dengan Mateen hujung minggu ni. Saya tak nak sebab mereka saya hilang Mateen sekali lagi. Mateen hanya milik saya tok. Kalau tok nak suruh saya bunuh perempuan tu saya sanggup tok asalkan jangan kacau kehidupan kami lagi." Kini Syara sudah melutut dihadapan tok bomoh hanya memakai kain serampang berwarna kuning tanpa baju.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now