28 👸+👑

2.2K 100 2
                                    

Hari persandingan telah tiba. Haish kenapa dia punya debaran lagi teruk dari akad nikah ni? Mak dah nak pengsan dah ni ji rasanya. Sudahlah dari pukul 5 pagi lagi semua kalut melakukan persiapan akhir sebelum bermulanya majlis pada 10 pagi.

Muka aku yang sedang dimekap oleh jurusolek profesional yang diterbang jauh dari Italy sana membuatkan diri aku tidak boleh bergerak. Sumpah pinggang aku ni dah rasa nak patah empat. Selamat aku tahu juga berbahasa Italy serba sedikit. Tidak la terlampau bosan semasa bermekap.

Tepat pukul 9.30 pagi aku diiringi oleh para isteri pembesar negara dan alat alatan kebesaran diraja. Seramai lapan orang isteri isteri pembesar yang berbaju hitam bersongket kuning keemasan mengiringi aku masuk. Sepanjang perjalanan kemasukkan aku pelbagai tarian serta persembahan ditayangkan. Aku lihat daddy dan juga mama serta isteri lain daddy Mateen telah mengambil tempat di satu sudut yang memang dikhaskan untuk mereka.

Aku duduk diatas kerusi yang berhias kuning itu lalu meletakkan kaki di atas tempat yang disediakan. Hanya menunggu masa untuk Mateen datang dan mengambil tempat bersebelahan dengan aku. Ya Allah lama lagi ke Mateen nak masuk. Dah naik kecut perut aku sebab jadi perhatian ni.

Daddy melantik 6 orang pembesar Brunei untuk mengiringi Mateen masuk ke dalam singgahsana Indera Buana ini. Sebelum memasuki pintu masuk singgahsana ini,Mateen direnjis dengan bunga rampai dan dijirus dengan air mawar. Masuk sahaja Mateen ke dalam singgahsana ini,dia dipimpin oleh daddy untuk dibawa ke jemala Pengantin Diraja Perempuan.

Sebaik sahaja tangan Mateen terletak di atas jemala aku,17 das tembakan meriam dilepaskan di sekitar istana. Sekarang aku sudah rasa betapa beratnya tanggungjawab yang akan dipikul oleh aku dan Mateen. Mateen tersenyum kearah yang sudah berdebar dari tadi.

Aku lihat disekeliling singgahsana Indera Buana yang dipenuhi hampir 5000 orang tetamu. Ramai sangat orang datang dan semestinya semua yang datang adalah orang yang ternama dan berpangkat besar. Perdana menteri seluruh asia ada didalam didewan ini termasuklah perdana menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Penghormatan ni wei.

Aku dan Mateen bersalaman dengan daddy,mama,mummy dan juga abah yang berpakaian lebih pada anak dia hari ini sebelum pergi meninggalkan singgahsana Indera Buana. Kami keluar meninggalkan istana menuju ke kenderaan diraja untuk dibawa berarak di seluruh bandar seri Begawan sejauh lapan kilometer diiringi 103 lagi buah kenderaan diraja yang lain.

Aku setia memaut tangan Mateen walaupun kami berada di dalam kereta dan bersedia untuk diarak. Dari jauh lagi aku sudah nampak begitu ramai rakyat Brunei sedang menunggu di diluar pagar istana.

"Kenapa tangan awak sejuk sangat ni? Rileks okay saya ada dekat sini. Jangan risau awak tak akan diapa apakan." Mateen ketawa melihat aku yang sedang berdebar gila saat ini. Tangan aku pon buat hal la nak sejuk sejuk pulak. Nanti mesti kena bahan dengan Mateen. Urghh.

Mateen mula melambai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mateen mula melambai. Ha sudah aku nak buat apa ni? Otak aku tiba tiba menjadi blank.Akhirnya tangan aku turut melambai rakyat Brunei di sekeliling kami juga sambil memberi senyum manis.

"Mateen. Lama lagi ke wahai encik suami perarakan ni? Cik isteri dah lenguh dah ni. Kang tak pasal pasal mulut saya cramp nanti karang." Kata aku sambil masih tersenyum kearah rakyat Brunei.

"Tak apa saya ada untuk buat cramp awak tu hilang. Jangan risau okay" Mateen tersenyum nakal. Okay kenapa aku rasa creepy pulak tiba tiba.

"What do you mean by 'saya ada' tu?" Tanya aku sambil membuat gaya tangan bagai. Dah la fikiran kita dah bercelaru nak fikirkan macam mana nak jaga dia nanti sebab aku sempat menangkap jelingan beberapa orang gadis kepada aku tadi.

"Nothing. Lupakan dah dah pandnag depan and senyum dekat camera. Kata nak gambar cantik untuk tunjuk dekat anak kita nanti" merah padam muka aku jadinya selepas isu anak dibangkitkan. Mateen pula galak mentertawakan aku. Jahat tau dia ni.

Akhirnya kami sampai semula di istana Nurul Iman. Sekarang sesi bergambar dengan seisi keluarga dan sahabat handai pula. Sesi ini sudah semestinya didahului dengan bergambar dengan daddy dan mama. Selesai bergambar dengan keluarga,sekarang masa untuk mengambil gambar dengan sahabat handai pula.

Syara datang dan dia duduk di sebelah kanan Mateen manakala aku pula disebelah kiri Mateen. Sekarang Mateen dikapit oleh dua orang perempuan sekaligus. Dah la pakai baju kuning jugak. Apa kau ingat ni sesi bergambar bersama madu ke? Melihat ketegangan aku bersama Syara akhirnya Mateen mengambil langkah selamat dengan beralih dan bergerak ke arah kiri aku. Aku tersenyum sinis kepada Syara yang sudah merah muka menahan malu. Terang terang Mateen pun tak nak Syara duduk tepi dia.

Sekarang tiba pula giliran dari pihak aku. Dan yang membuatkan aku lebih terkejut,yang datang kearah kami sekarang adalah keluarga Mukram termasuklah Akram,mama and papa. Mukram elok sahaja buat man hug dengan Mateen tapi Akram hanya terdiam dan buat muka tegang. Mama mengambil tempat di sebelah aku manakala Akram pula mengambil tempat disebelah mama. Haish sibuk jer dia ni nak dekat dekat.

AKU hempas badan aku diatas katil yang terdapat dalam bilik yang diduduki oleh aku buat sementara waktu ini. Serious letih. Mental and fizikal okay. Aku memejamkan mata. Pintu bilik diketuk. Alah siapa pulak yang datang mengadap masa aku tengah syok berehat ni? Datang esok esok ajalah.

Dengan malas aku berjalan menuju ke pintu bilik. Dah la baju sanding tadi aku tukar lagi ni. Aku lihat muka Mateen yang tersengih disebalik pintu.

"Awak dah solat Isya'? Kalau tak lagi jom solat sama sama. Saya tunggu dekat bilik saya okay. Awak dah tahu kan dekat mana?" Aku hanya balas dengan anggukan lalu terus menutup pintu dalam keadaan aku tengah mengantuk gila ni. Tak boleh ke aku solat pukul 4.30 pagi esok je?

Aku masuk kedalam bilik Mateen dengan wudhu dan bertelekung solat. Aku lihat Mateen sedang berzikir dan membaca al quran di atas sejadah yang sudah siap dibentangkan. Ini adalah pertama kali aku solat berimamkan Mateen. Habis solat tangan Mateen aku ambil dan cium. Tanpa membuang telekung,aku terus melompat ke atas katil dan tidur. Serious ngantuk namatey.

Aku terjaga. Aku lihat jam diatas meja tidur. Baru pukul 4.30 rupanya. Aku lihat ada satu tangan melingkari pinggang aku. Oh my perompak ke? Aku baru sahaja mahu menjerit tapi aku baru teringat yang aku dah ada suami. Seingat aku,aku terus tidur lepas solat semalam. Aku tidur dekat telekung kan semalam? Tapi mana telekung yang aku pakai?

"Tidur Jasmine. Takyah fikir dekat mana telekung awak tu. Esok kita nak bangun awal" kata Mateen berbisik. Baik aku tidur. Dan aku terlena semula selepas berjaga selama 20 minit.

________
Kenapa sis tengok bilangan readers and vote semakin berkurang? Dah tak best eh story ni? Sorry sangat sangat kalau rasa story ni semakin tak best dan sedikit kelam kabut. Sis cuba juga utk update walaupun keadaan busy. Sorry again

_8 April 2018_

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now