30 👸+👑

2.3K 62 0
                                    

"Elok elok dekat negara orang. Mateen,jaga menantu daddy elok elok ya. Sudah la kita sudah tak dapat jumpa lagi lepas ni. Nanti kalau ada masa daddy pergi melawat la Mateen dekat London nanti." Mateen bersalaman dengan daddy. Mateen hanya mengiyakan sahaja apa yang dipesan oleh daddy. Aku pula tersengih melihat muka manja Mateen. Haish suami siapa la ni.

Sesudah bersalaman dan berpelukan dengan adik beradik Mateen,aku jalan beriringan dengannya menaiki private plane Sultan Hassanal Bolkiah yang akan membawa kami ke Italy dan kami akan berada di sana selama 1 minggu dan akan berada di Otago selama 1 minggu juga . Selepas itu Mateen akan kembali ke London untuk menjalankan tugasnya sebagai air force army di sana. Aku pula akan pulang ke Malaysia untuk buat persiapan dan terus tinggal dengannya di London.

Penerbangan yang hampir sehari itu menyebabkan aku jet lag. Sudahlah kerja aku dengan Mateen hanyalah tidur,makan,tidur lagi dan makan lagi. Macam mana tak tembam kalau macam ni? Akhirnya penerbangan kami sampai di Fumiciono Airport. Wah nikmatnya dapat hirup udara segar semula. Serius aku cakap,perasaan dia seakan akan first time dapat bernyawa.

Disebabkan Mateen cakap dia tak nak rasa dikongkong sangat dengan kemewahan,jadi kami mengambil keputusan untuk naik tren. Tak! Bukan kami tapi Mateen. Mateen membeli tiket tren Leonardo Express ke Roma Termini. Dia dengan sabarnya beratur dengan mask dia lagi dengan kesesakan lagi. Almaklumlah seorang bodyguard pon dia tak nak ada berdekatan dengan kami. Jadi semuanya kami kena lakukan sendiri. Aku okay sahaja tapi tak tahulah si budak manja yang tengah beratur beli tiket tu.

Alhamdulillah perjalanan tak adalah sampai lebih 1 jam,just setengah jam je. Seterusnya kami terus ke hotel yang akan dijadikan penginapan kami selama 3 hari di kota Rome. Mateen meminta Deluxe Room di Hotel Raphaël. Selamat ada kosong. Tanpa buang masa,aku membersihkan diri seterusnya bersedia di atas sejadah sementara tunggu Mateen siap mandi dan berwudhuk. Kami belum solat isya' lagi ni.

Keesokan harinya kami keluar mencari makan dan berjalan ke arah Coleseum untuk bergambar dan melawat tempat tersebut. Kami mengelilingi kawasan tersebut dengan semangat. Tangan Mateen aku heret semangat. Serius aku rasa excited. Selama ni duduk baca dalam buku sejarah je tapi sekarang dah ada depan mata.

Seterusnya kami menaiki bas hop on hop off (HOHO) yang tiketnya sudah kami beli di hotel penginapan kami. Kami berjalan ke tempat menunggu bas yang terletak berhadapan Roma Termini dan memulakan perjalanan kami ke 9 tempat-tempat menarik sekitar Rome. Kami memilih untuk duduk di tingkat atas bas double decker tersebut.

Setelah tengah hari menjelma,aku dengan Mateen ke satu kedai indian food yang halal. Mujur tekak ni terima walau apa makanan sekalipun. Begitu juga dengan Mateen. Kami bukanlah orang yang memilih sangat bab bab makan ni asal bersih,selamat and halal.

"Awak,kenapa saya rasa perempuan yang dekat meja depan kita ni mama? Dari tubuhnya saya macam cam sahaja tu mama" kata aku sambil menunjukkan ke arah meja tersebut. Tak mungkin aku salah lihat walaupun aku baru kenal tak sampai setahun.

"Ye la macam mama tapi dia buat apa kat sini? Dia tak cakap pon dia ada vacay ke sini." Mateen berkata lalu bangun dan menuju ke meja tersebut. Macam mana kalau tu betul betul mama? Tiba tiba rasa macam tak boleh bernyawa. Serious ni.

"Sayang, tajam betul pemandangan awak. Wanita yang awak maksudkan tadi memang betul mama. Mama akan join kita sebelum dia balik Brunei semula 2 hari lagi. Lagipula kita stay sini seminggu kan apa salahnya awak ambil pengalaman ni untuk bercuti dengan mama." Tangan aku yang berada di atas digenggam Mateen. Aku hanya tersenyum dan terus bersalaman dengan mama. Tanda menyambutnya. Aku tak kesah kalau mahu bercuti dengan mama mana tahu percutian ini akan merapatkan lagi hubungan aku dengan mama.

Kami memesan makanan dan hanya menunggu makanan sampai ke meja kami. Kami membuat aktiviti masing masing. Aku tidak mempunyai peluang langsung untuk bermesra dengan mereka berdua kerana mereka seronok bergurau. Telefon mama berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Hello Syara." Dum! Aku rasa restoran ni dah jatuh ke atas kepala aku.

"Mama dekat kedai yang mama cakap tadi. Mama tunggu Syara okay. Mateen pon ada ni ha"

Entah kenapa aku rasa mahu terbalikan sahaja meja yang tak bersalah ni. Mahu sahaja aku sepak dan pecahkan meja yang diduduki sekarang ini. Merah muka aku menahan kemarahan.

"Mama bercakap dengan Syara Aina ke tadi? Dia buat apa disini?" Mateen bertanya terkejut. Aku ni bukan sahaja terkejut malah rasa nak lari balik Malaysia sekarang jugak. Tiba tiba sahaja tangan aku digenggam Mateen dibawah meja lalu dimasukkan kedalam poket baju sejuk yang dipakainya.

"Mama datang vacay ni dengan dia la. Saja nak teman menantu tak jadi mama datang untuk pelancaran produk dia dekat sini semalam. Nanti dia akan pulang bersama mama juga nanti." Mama menayangkan senyuman sinis. Sengaja dia tekankan perkatan menantu tak jadi tu. Buat aku ini seperti merampas tempat Syara di sisi Abdul Mateen Bolkiah.

"Mama, sorry sebab tinggalkan mama dekat butik tadi. Tiba tiba ada hal dengan pengedar produk Syara. Sorry again" Syara memeluk mama yang jelas jelas begitu gembira dengan kehadiran Syara di sini.

"Eh Mateen! You pon ada dekat sini? Kuat betul jodoh kita kan?" Syara yang baru sahaja mahu memaut lengan Mateen itu aku pantas tarik Mateen kearahku. Menunjukkan aku masih wujud dan aku sahaja yang berhak dengan Mateen.

Mama bergerak ke kerusi sebelahnya dan membiarkan Syara berada di sebelah kiri Mateen. Ya Allah tak sakitnya hati kita mertua kita tak sukakkan kita. Melihat Syara yang menggelitis seperti ulat bulu itu yang kadang kadang menampar lembut bahu Mateen membuatkan aku rasa sedikit tercabar dan keinginan mahu simbah asid kepadanya semakin bertambah.

"Saya nak pergi ladies kejap" aku bergerak lalu ke tandas. Dinding tandas tersebut aku tumbuk kuat. Tak pasal pasal merah buku lima aku ni. Muka aku basuh untuk meredakan kemarahan yang ada dalam hati.

Sesudah mengelap muka yang dengan tisu yang disediakan,aku berjalan keluar dari tandas tersebut. Sesampai sahaja aku dimeja yang kami duduki tadi, aku lihat Mateen dikapit oleh mama dan Syara.Good! Sekarang aku nak duduk dekat mana? Mateen ni suami aku ke siapa sebenarnya.

Dengan muka pasrah aku mengambil tempat di hadapan Mateen. Makanan sampai and you guys tahu tak makanan yang aku pesan tadi si Syara dah makan dah tengah suap Mateen. Mateen memang la tolak tapi mama tu yang suruh Mateen terima jugak.

Aku hanya berdiam diri dan minum minuman yang dipesan. Tisu ditangan digumpal gumpal and digenggam erat. Sabar je la. Kalau lah aku tak sabar mungkin si Syara tu balik dengan muka kena simbah dengan asid.

_________

Nanti kalau sis berkesempatan malam ni akan sis update lagi kalau tak esok ye

#abaikan typo-malas nak recheck😁

1 MAY 2018

*SPM MEMANGGIL🙂*

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now