32 👑+👸

2.1K 77 1
                                    

"Cepat kan masa berlalu?" Aku berjalan menyusuri Tasik Garda sambil bersulam tangan bersama Mateen. Kepala aku sandarkan kepada lengannya.

"Haah cepat je masa berlalu. Tak sangka esok dah sebulan kita jadi suami isteri. Kita harap hubungan kita biar kekal macam ni sampai bila bila. Saya sayang awak" Mateen mengucup tangan ku yang bersulam. Aku tersenyum bahagia.

Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Itali. Malam ni kami akan bertolak ke Otago pula. Walaupun agak letih tetapi bagi aku ianya sangatlah menyeronokkan.

Kami menaiki kereta kable menyusuri tasik tersebut dari puncak Gunung Baldo. Aku memerhati pemandangan diluar kereta kable. Sungguh indah dan damai. Aku mengucapkan banyak kali alhamdulillah kerana Allah bawa aku melihat keindahanNya bersama orang yang aku sayang.

MALAM ini kami akan bertolak ke Otago. Memang lagi lama la penerbangan ini berbanding Brunei ke Italy. Penerbangan ini akan mengambil lebih kurang 30 jam untuk sampai kesana. Memang jetlag la nanti. Aku offkan telefon semasa berada di atas flight. Lagipon siapa sahaja yang akan telefon aku nanti.

Sepanjang berada di dalam flight,aku sudah rasa tidak sedap badan. Kepala ni asyik pening sahaja tetapi aku diamkan sahaja dan tidak memberitahu perkara ini kepada Mateen. Mateen pula lebih senang bermain PS4 dekat depan sana. Tolonglah jangan demam.

"Sayang,bangun sayang. Kita dah nak sampai ni" Mateen menggoncang perlahan bahu aku. Kesakitan di kepala aku semakin mencengkam. Rasa tidak selesa dan rasa mual semakin teruk. Tanpa pamitan,aku meluahkan segala isi perut keatas baju Mateen.

"Julia! Come here. Cepat! Sayang,kenapa ni? Julia! Cepat Julia!" Julia merupakan salah seorang dayang yang daddy suruh bawa untuk join kami. Dia berlari anak ke arah Mateen yang sudah tidak hiraukan bajunya yang baru sahaja kena muntahku.

"Call Dr. Brian. Suruh dia ready dekat airport. Dalam sejam lagi kita sampai. Buat masa ni awak jaga puan muda sekejap. Saya nak tukar baju" arah Mateen tegas. Aku hanya mampu duduk diam sahaja di atas katil yang disediakan dalam flight ini.

Setelah Julia menelefon doktor tersebut,dia datang bersama kain basah. Julia mengelap muka aku dengan kain tersebut. Mateen datang dan menggantikan tempat Julia dengan turut mngelap kain basah yang suam itu di muka aku.

Turun sahaja dari flight,aku diangkat gaya bride style. Aku hanya bersandar di dada bidang Mateen. Sumpah aku rasa tak sedap badan sangat sangat sam nak jalan pon tak larat. Akhirnya aku hanya pejamkan mata sebelum pandangan aku jadi hitam sepenuhnya.

MATA aku gosok perlahan. Kepala rasa berat sahaja nak angkat. Aku pejamkan mata aku dah buka semula. Mateen yang aku lihat sedang tidur di birai katil,aku tak usik. Takut mengganggu lenanya.

Dahaga la pulak rasa. Aku cuba mencapai gelas di atas laci sebelah kananku. Ayoo kenapa la dia letak jauh bebenor dari aku ni? Terasa akan kesukaran dan kesungguhan aku untuk mencapai air tersebut, Mateen mengangkat kepalanya perlahan.

"Awak dah sedar? Awak nak air ke? Meh saya ambilkan" Mateen bangun dari kerusinya lalu menuang air ke dalam gelas. Dia lalu menghulur gelas tersebut kearahku. Aku minum dengan penuh gelojoh. Almaklumlah dah berapa jam air tak menyusuri esofagus ni.

"Kenapa saya dekat sini? Doktor cakap apa?" Tanyaku setelah memberi semula gelas itu kepadanya. Selendang yang entah dari mana datangnya ini,aku betulkan.

"Brian cakap awak sakit kepala and tubuh awak lemah je. Awak stress sangat kebelakangan ni. Anything to share with me,dear?" Mateen mengusap tanganku yang dicucuk IV drip perlahan. Matanya memandang aku mencari jawapan.

Sebenarnya aku pon pelik dengan perangai aku kebelakangan ini. Aku lebih banyak marah and mudah sentap. Mateen tinggal sekejap nak pergi ambil wallet tertinggal pon aku merajuk. Mateen tak nak belikan aku teddy bear pon aku merajuk.

"Nothing. Saya rasa saya okay sahaja. Biasalah perempuan. Mudah terasa. Sorry kalau sikap saya sebelum ni buat awak rimas dan serabut dengan saya. Sorry" ucapku perlahan sebelum aku merasa ada air hangat mengalir di pipiku.

"No sayang. Jangan cakap macamtu. Memang kewajipan saya untuk jaga awak. Kenapa mudah sangat menangis sekarang ni? Cengeng sangat tau" Mateen mengepit hujung hidungku lalu menariknya. Sakit!!!

"Sakit la by the way awak dah mandi ke? Kenapa busuk semacam ni? Awak belum mandi eh?" Aku menutup hidungku even hidung aku masih merah hasil tarikkan Mateen tadi. Sumpah bau dia busuk sangat sampai aku rasa nak muntah. Mateen menghidu badannya sendiri. Habis bajunya diangkat untuk dihidu.

"Mana ada. Saya dah mandi la tadi. Pelik pelik la awak ni. Ni cuba bau tangan saya ni. Bau shower lagi tau." Mateen menghulur tangannya kepada aku. Tetiba aku rasa mual dengan mengejut.

Aku menolak tiang beroda yang dijadikan tempat menyangkut air itu ke tandas. Aku muntah tapi sayang hanya angin dan air liur sahaja yang keluar. Pedihnya tekak rasa. Air mata dah keluar lagi ni. Mateen yang datang kearahku,cuba untuk menggosok belakang badanku aku tolak. Aku menggeleng laju.

"Awak tak nak la dekat dengan saya. Awak busuk sangat. Please stay away from me. Saya rasa nak muntah bila terbau badan awak" kata aku selepas sedikit lega dan sudah berhenti rasa nak muntah.

Mateen mengundur ke belakang selepas aku memberitahunya perkara itu. Dia terus sahaja keluar dari wad yang aku duduki. Aku berjalan perjalan ke arah katil aku. Aku membaringkan tubuhku semula. Bau lavender yang menguasai bilik ini menyebabkan aku rasa selesa yang amat. Mateen masuk semula dengan seorang doktor cina dan dibajunya tertulis Chio Brian.

"Are you okay madam?" Tanya doktor itu sambil Mateen hanya memerhati dari jauh. Haish doktor ni pon satu. Boleh lagi dia tanya aku ni okay ke tak lepas tengok aku tersadai macam orang tak makan sebulan atas katil ni?

"I feel nausea after i smells his body" aku tunjuk ke arah Mateen yang hanya menunjukkan muka bersahaja. Doktor tersebut pula hanya tersenyum penuh makna.

"You wait for a nurse who will take you for further treatment. I went out first." Dia meletakkan semula fail yang sememangnya ada di meja hadapan katilku. Dia berjalan ke arah Mateen lalu menepuk bahu Mateen dan berjalan keluar dari wad yang aku duduki. Senyuman pulak tidak pernah lekang dari mulutnya. Apa kes ni? Jangan cakap korang ada scandal sudah.

Mateen yang berjalan ke arah aku itu aku hentikan secepat mungkin.

"Stay there. Jangan dekat dengan saya. Awak busuk!" Aku sedikit takut sekiranya dia cuba mendekati aku. Tekak aku juga yang pedih rasa nak muntah nanti.

"Kalau saya tak nak?" Dia semakin mara ke katil aku. Dengan muka creepy yang ditayangkan. Mummy tolong Jas!

"Madam Jasmine. Let's go" seorang nurse perempuan datang dan bawa kerusi roda untuk menolak aku keluar. Fuh selamat! Nak sangat kena muntah aku lagi atas baju nampaknya. Aku menjelirkan lidah sedikit ke arah Mateen yang menunjukkan muka kecewa. Kecewa la sebab tak sempat nak kacau aku.

Dan satu je persoalan aku dalam kepala sekarang. Kenapa aku nervous sangat ni?

________

30 votes for next update can i?

Hi pencinta kucing. Disini terdapat berita baik untuk anda. Okay done merapu. Hihi

Sorry sebab kena tunggu lama untuk update ni. Sis busy sgt² sbb sekarang musim exam and kena tengok keadaan kalau nak update new chapter.

SELAMAT BERPUASA ADIK ADIK AND AKAK ABANG SEKALIAN!!! jangan ponteng puasa pulak ya

_20 MAY 2018_



K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now