29 👑+👸

2.3K 72 5
                                    

"Wah tengok la tu mama. Anak manja mama tu sweet sangat dengan isteri dia. Berpimpin tangan bagai datang ke sini" usik Azemah. Aku sudah mula rasa pipi aku sudah merah kerana diusik begitu.

Tempat di sebelah kiri daddy diduduki oleh Mateen menghadap Azemah lalu aku bersebelahan Mateen menghadap mama yang dari tadi tidak mengangkat kepalanya. Benci sangatkah dia kepada aku?

"Mateen dah tahu nak pergi honeymoon dekat mana?" Soalan tersebut menyebabkan Mateen memandang ke arah aku dengan muka yang agak erm psycho?

"Tak fikir lagi. Lagipun biarlah Mateen habiskan masa dekat Nurul Iman ni puas puas dengan Jasmine dulu. Nanti bulan depan Mateen bawak la Jasmine pergi honeymoon lepas tu Mateen akan terus masuk kerja." Bahu aku dipaut oleh Mateen sambil dia bercakap dengan daddy.

"Mateen,mama balik dulu. Nanti kalau ada kelapangan balik la rumah mama juga. Jangan pula disebabkan ada isteri sudah lupa syurga kamu ni pula ya. Azemah mama balik dulu ya. Tuanku saya balik dulu. Assalamualaikum." Azemah dan Mateen bangun lalu bersalaman serta berpelukan dengan mama. Aku hanya sempat bersalam lalu terus mama beredar keluar dari Nurul Iman.

Banyak kali jugak muka aku merah macam minah minta cendol sebab kena sakat dengan Mateen and Azemah. Daddy pon sama jugak macam anak dia,suka menyakat. Boleh pulak masuk topik cucu sedangkan aku baru seminggu bergelar isteri kepada baka Bolkiah ni.

Selepas bersarapan,Mateen mengajak aku ke kandang kuda yang berada 200 meter dari halaman utama Nurul Iman. Sampai sahaja di kandang tersebut,aku melihat kuda yang disusun elok dalam setiap ruang dalam kandang. Semuanya ada dalam 10 ekor mungkin. Kuda Mateen sendiri pon 3 ekor,ini pula ditambah dengan adik beradik yang lain.

"Nak cuba tunggang tak?" Tanya Mateen tidak berpaling kearahku. Tangannya lincah menggosok badan kuda yang berwarna putih itu. Sesekali hidung dilagakan dengan hidung kuda tersebut.

"Tak nak lah. Saya takut. Macam mana kalau saya tiba tiba jatuh nanti. Kalau patah tangan ke kaki ke,kesian dekat awak boleh isteri cacat." Kataku sambil buat muka comel. Sebenarnya aku pandai sahaja menunggang kuda and buat masa sekarang aku rasa tak ada mood nak naik. Aku ada sahaja kuda di pusat polo yang aku tempatkan disana. Nama dia Robert.

"Jangan bimbang Whitney tak ganas pon. Masa kita tunggang,kita jangan takut tau sebab kuda ni special sikit. Kuda ni ada deria ke enam dimana kalau kita takut dia pon rasa takut jugak " terang Mateen dan masih tak berpaling kearah aku. Dia mengapit pipi kuda tu sampai aku nampak kuda itu sebenarnya lemas tapi dia buat bodoh sahaja. Haish gila betul kuda ni. Aku ingatkan perempuan gedik jer minat dekat laki aku,kuda pon sama.

"Okay saya akan cuba naik. Tapi kalau saya jatuh awak sambut eh. " kata aku lalu naik ke atas badan kuda dengan berhati hati dengan bantuan Mateen. Whitney mula bergerak perlahan dengan bantuan Mateen yang setia memegang kolar yang ada pada Whitney.

"Awak duduk diam diam sekejap tau. Jangan tertendang perut  dia pulak. Kang tak pasal dia rasa geli lepastu dia bergerak tanpa kawalan pula nanti. Saya nak betulkan tali kasut kejap. Tercabut pulak" Mateen menundukkan badannya untuk betulkan tali kasutnya. Tiba tiba senyum iblis terpancar dibibir aku.

Aku menghentak tali Whitney menyebabkan Whitney mengeluarkan bunyi lalu bergerak dengan laju.

"Mateen! Tolong saya Mateen! Tolong!!!" Aku menjerit kuat. Dalam hati tengah galak gelakkan Mateen yang menayangkan muka cuak habis. Walaupun Whitney bergerak laju,tapi masih dalam kawalan aku. Whitney masuk kedalam kawasan hutan yang ada di belakang kandang.

Whitney tiba tiba berhenti di sebuah tempat yang agak lapang dan tenang. Wah cantiknya. Aku menggerakkan semual Whitney sebab bimbang Mateen tengah menangis dekat tempat aku tinggalkan dia tadi. Aku pergi semula ke tempat itu dan terlihat daddy juga berada disitu dan menayangkan muka yang kalut habis. Aku menghentikan Whitney lalu turun dari tubuhnya.

Aku langsung sahaja dipeluk kuat oleh Mateen yang tak habis habis ucapkan kata maaf. Aku yang dipeluk oleh Mateen memandang kearah daddy yang sedang tersenyum penuh makna. Aku juga tersenyun kearah daddy. Kami membuat high5 angin. Sebenarnya ni idea daddy sebab saja je dia nak test Mateen ni betul betul ikhlas atau tidak dengan aku. Aku iyakan sahaja.

"Are you okay sweetheart? Maafkan saya okay? Dah jom balik Nurul Iman. Tempat ni bahaya untuk awak. Saya tak akan benarkan lagi awak datang ke sini nanti. Daddy jom masuk,sorry sebab susahkan daddy." Aku memaut tangan Mateen menuju ke istana. Nampaknya Mateen betul betul sayangkan aku bukan main main.

AKU masuk ke dalam bilik dan melihat satu mesej masuk. Aku buka dan baca.

Jumpa dekat Grind Coffee House tepat jam 4ptg. Jangan bawa Mateen.
-Syara

Terangkat kening aku membaca mesej yang dihantar. Daripada mana la minah ni dapat number phone aku. Nak pergi ke tak nak eh? Kalau pergi nak cakap apa dekat Mateen nanti. Tapi untuk apa kalau aku pergi. Balik balik mesti dia nak bincang pasal Mateen ni.

"Mateen. Saya nak keluar pukul 4 nanti. Nak pergi jumpa kawan. " kata aku straight to the point. Kebetulan Mateen masuk ke dalam bilik pasa timing yang tepat.

"Kawan lelaki ke perempuan? Awak nak saya temankan ke?" Tanya Mateen sebelum dia terjun keatas katil. Hampir sahaja aku terjatuh tapi Mateen tak perasan sebab dia tekup muka dia diatas tilam empuk miliknya ini.

"Kawan perempuan. Mungkin dia nak say congrats atas perkahwinan kita. Awak tak yah teman la. Lagipun kawan saya ini dia tak bercakap kalau tiba tiba ada lelaki" kataku aku menipu. Tak apa menipu sunat. Menipu untuk kebaikan

"Ouh okay la kalau macam tu. Nanti saya hantarkan. Saya nak tidur kejap. Nanti kejut eh" seusai mengucapkan ayat tersebut,terdengar dekuran halus dari Mateen yang masih berpeluh kerana baru sahaja habis berlatih polo dengan daddy.

RESTORAN yang dijanjikan aku buka perlahan. Buka ke tak ni? Kenapa senyap sahaja? Dari jauh sudah aku lihat Syara yang tengah merenung ke arah kopi dihadapannya. Aku berdehem agak kuat kearahnya menyebabkan Syara pulang ke realiti.

"Kenapa nak jumpa aku?" Tanya aku statik. Malas nak berbasa basi.

"Aku nak kau pulangkan Mateen aku" katanya dingin juga. Eh eh sedap mak bapak atok tiri kepada anak saudara moyang jiran aku pulak minah ni suruh aku bagi Mateen dekat dia. Dia ke aku isteri Mateen sekarang ni?

"Jangan nak mengarut boleh tak? Aku isteri dia yang sah and halal okay. Kau hanya masa silam dia. Jangan halang masa depan dia untuk bersama aku" kataku sedikit geram. Serius rasa nak cekik leher dia.

"So what? Kau ingat aku kesah siapa isteri dia yang sah? Sebelum kau datang dalam hidup dia,aku ni ha yang jaga sakit sihat dia. Kau mungkin dalam kandungan mak kau lagi masa tu" Syara membalas lantang. Apa ni sampai ke mummy aku dikaitkan.

"Sekarang kau tak payah nak sibuk dengan urusan suami aku. Abdul Mateen Bolkiah adalah suami aku. Not yours. So tolong uruskan diri kau dulu sebelum nak pecah belahkan masjid orang. Tak malu ke? Perempuan macam kau la yang akan rosakkan kaum hawa tahu tak? Ramai lagi lelaki lain dalam dunia ni bukan suami aku yang harus kau tunggu sampai hujung masa kau meninggal!" Kataku aku sudah pon berdiri. Dapur kat mana? Meh aku nak tikam dia pakai pisau.

"Well Jasmine. Kita tengok siapa yang menang nanti. Aku akan pastikan Abdul Mateen Bolkiah bin Sultan Hassanal Bolkiah will be mine. Remember that" Syara keluar dari restoran tersebut sambil ketawa jahat. Ya Allah aku nampak gelas depan aku ni besar kecik besar kecik aja. Kalau aku tak sabar mungkin dia bukan balik ke rumah tapi pergi ke hospital pulak nanti.

Aku mengetuk kuat meja yang diduduki olehnya tadi. Habis tumpah kopi milik Syara tadi. Kau ingat ni Syara, suami aku akan jadi milik aku selama lamanya sebab dia dah jadi syurga aku. Aku ikhlas cintakan dia bukan macam kau yang gunakan mama untuk dapatkan Mateen. Kau ingat aku tak tahu?

_____________

So kawan kawan boleh pergi baca story i yang baru sahaja i publish tadi. Tajuk dia MY STORY yang mengisahkan tentang kehidupan i dan ada jugak sedikit kata kata berguna kepada semua orang. Disetiap tajuk ada cerita. Hope korang sokong that random talk macam this story.

Keep vote and comment😘

_13 APRIL 2018_

K I N G ? ? ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें