3 👸+👑

4.2K 130 2
                                    

"Selamat pagi Cik Jasmine" ucapan yang sudah masuk kali ke berapa entah sepanjang menuju ke ruang pejabatku.Tapi hanya anggukan dan muka tegas sebagai balasan.

"Hari ini saya ada apa apa appoinmet?" Tanyaku kepada Hana merangkap PA ku.

"Hari ini Cik puan hanya ada temujanji dengan Dato' Ismail untuk perbincangan pembukaan cawangan baru pada pukul 12 tgh hari" terang Hana sambil meneliti catatannya didalam buku nota.

"Okay awak boleh keluar sekarang" arahku.

Berjumpa dengan Dato' Ismail bagaikan menempah bala.Bukannya dia tidak tahu yang Dato' Ismail itu gatal orangnya.PA dia pon pakai baju tak cukup kain.Minah pon kalau boleh tidak mahu berjumpa dengan Dato' gatal tu.

Apabila nama Minah disebut,Peristiwa pagi tadi tiba tiba melayar kedalam kepala.Muka ku kembali berbahang

Gedebukk!!

"Weh kau kenapa Jas?? Terkejut aku. Kau mimpi apa sampai jatuh katil ni?? Berkejaran dengan putera raja sambil nyanyi lagu hindustan??" Tembak Minah

"Apa la kau ni.Dah pergi keluar aku nak bersiap" halauku. Nampaknya Minah sedang bersarapan sebab ada roti bersalut jem coklat ditangannya.

Tuala di ampaian kayu aku ambil.Langkah diatur ke tandas.Berus gigi aku ambil dan terus menggosok gigi.Alamak shower habis la pulak.

Dengan berus gigi masih berada dalam mulut,tuala aku simpul diatas kepala dan masih berpijama aku turun ke bawah dimana stor terletak.

Tengah elok berjalan menuju ke stor bersebelahan dapur,aku rasa diperhatikan.Aku pusing 180° melihat keadaan sekeliling. Hampir terjatuh berus gigi aku melihat figura yang sedang memandang kearah ku juga.Mulutnya terlopong melihat keadaanku.

"Weh Jas,aku lupa nak bagitahu kau.Kau ada teta..." Minah juga kelihat terkejut melihat keadaanku saat itu. Terus Minah menutup mata lelaki tersebut dan bawa ke luar rumah.

Aku mengambil shower dan terus berlari ke arah lif.Malu weh lelaki tengok aurat.Pagi pagi lagi dah dapat dosa.Apa mamat jo..jodoh tu buat kat sini.

Setelah bersiap,langkah diatur perlahan menuruni anak tangga.Kepala berjalan dulu sebelum kaki.

"Dia dah balik. Tapi dia ada tinggalkan phone number. Yang kau pon satu kenapa tak panggil Mak Limah aja kalau nak apa apa??" Marah Minah.Gila kau tak marah,mesti dia terkejut dengan situasi tadi.

"Ouh okay la. Aku dah lambat ni.Aku pergi office dulu ye.Bye" Aku mencepatkan langkah kaki menuju ke garaj kereta.Hari ini kereta Audi menjadi pilihanku.

"Cik Jasmine! Cik Jasmine!" Lambaian tangan dihulurkan di hadapan mukaku.

"Siapa bagi kebenaran awak masuk?? Awak ingat ni office awak ke?!" Kataku sinis bercampur tegas.Pantang orang melakukan apa-apa tanpa kebenaran.

"Ma...maafkan saya cik puan" wanita itu menundukkan kepalanya.Gerun barangkali.

"Nak apa??" Tanyaku tanpa memandang kearahnya malah tumpuanku lebih kepada document yang belambak diatas meja.

"Saya datang kesini sebab hendak beri kad undangan daripada pihak Umara's Holding.Katanya majlis ini akan dihadiri oleh orang berpangkat dan ternama." Terang Hana lancar

"Siapa tetamu utama mereka??" Tanya ku.Benda ni penting untuk diketahui kerana mungkin J&M's Company juga boleh berkerjasama dengan orang mempunyai nama yang terkenal.

"Gold's Company dan Roses's Berhad" jawabnya takut.

"Roses's Berhad?? Kau maksudkan syarikat si Syara Aina keparat tu??" Tanyaku memastikan kepastian.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now