27 👑+👸

2.2K 73 0
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Aminah Balqis binti Usman dengan mas kahwinnya sebanyak 1000 ringgit tunai" dengan sekali lafaz sahaja Minah sudah sah menjadi isteri kepada Farhan Mikhail. Alhmadulillah.

Tubuh Minah yang berada di atas kerusi pelamin berbaju kurung peplum berwarna rose white aku peluk kemas. Tak sangka sepupu yang sama sama gila dengan aku ni dah jadi bini orang. Minah mengelap air mata yang jatuh tanda syukur dengan tisu pemberian uminya yang berada di sebelah kanannya.

"Majlis aku dah selesai. Get ready la pulak untuk kau punya majlis. Lusa kan? Majlis yang kena buat bukan sikit kan kena buat? Tak apa asalkan kau tak pentingkan diri sendiri. Nak kahwin sangat dengan orang sana kan so terima la adat tradisi diorang. " sekali lagi aku memeluk tubuh Minah. Kenapa dia perlu ingatkan aku pasal ni? Aku baru nak happy happy raikan dia punya wedding.

"Ye Minah. Aku akan pastikan kau dengan Lisa always ada dekat dengan aku nanti. Aku takut kalau korang tak ada." Jawabku jujur.

"Dah nak jadi isteri orang pon nak takut. Pelik betul tau perempuan ni" Minah ketawa terbahak bahak menyebabkan tetamu yang berada berdekatan dengan kami melihat pelik kearah kami. Tak senonoh betul tau pengantin perempuan ni!

MAJLIS dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja. Walaupun tarikh sudah ditetapkan tetapi majlis ini tetap dijalankan bagi melengkapkan adat yang telah lama ditetapkan. Dalam upacara ini,pihak lelaki mengutarakan tujuan kedatangan mereka iaitu untuk menikahi pihak perempuan. Maka tarikh perkahwinan ditetapkan melalui majlis ini. Majlis ini dijalankan di istana Nurul Iman.

Kami sekeluarga dijemput tinggal untuk sementara waktu di istana Nurul Iman oleh Sultan Hassanal Bolkiah sendiri. Sepanjang berada di sana kami dilayan begitu baik sekali. Sultan Hassanal Bolkiah pula tidak membenarkan kami sekeluarga membazir wang dengan duduk di hotel kerana banyak lagi bilik yang ada di Istan Nurul Iman. Sebenarnya ada sahaja sebuah cawangan hotel aku di Bandar Seri Begawan ini tapi tak akan la nak mungkar pula dengan perintah diraja. Kang tak pasal pasal tak jadi nak dijadikan menantu pula.

Dua hari selepas Majlis Istiadat Bersuruh Diraja,upacara diteruskan dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga. Istiadat ini membawa erti bermulanya sesebuah majlis atau upacara istimewa diraja. Tiga hari kemudian pula berlakunya Majlis Menghantar Tanda Diraja. Terdapat tiga jenis hantaran iaitu tanda diraja dan disertai dengan set perhiasan seperti sinipit,pedang or perisai,tombak dan apa entah satu lagi i dah lupa. Haha

Keesokan harinya bermula pula Majlis Istiadat Menghantar Pertunangan Diraja.Majlis ini menunjukkan yang aku dan Mateen sah bertunang. Disebabkan aku menginap di Istana Nurul Iman so senang sahaja majlis boleh dibuat. Tidak perlu susah susah mereka pergi ke rumah parents aku untuk langsungkan majlis ini.

Majlis seterusnya diteruskan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja. Dan Akhirnya majlis yang akan menukar gelaran aku daripada rakyat biasa bertukar kepada penabur bakti rakyat. Sejuk tangan aku dirasakan.

21 Oktober dan lebih tepat lagi selepas waktu Zohor sekejap lagi aku sah akan menjadi milik Abdul Mateen sepenuhnya. Haish sudah mula hati ini berdebar laju sampai nak terkeluar jantung aku rasakan. Bilik tidur aku di Istana Nurul Iman diketuk. Aku lihat Minah menjengukkan kepalanya terlebih dahulu sebelum dia masuk lalu mengangkat tangannya keudara menunjukkan dia begitu excited dapat jumpa dengan aku.

"Dah nak jadi isteri orang dah kau. Bukan orang biasa biasa pulak tu. Keturunan diraja lagi. Tengok ni inai aku pon belum hilang lagi tau." Minah menunjukkan tangganya yang masih merah inainya. Aku hanya terdiam melayan perasaan.

"Lepas ni aku dah tak boleh nak selalu lepak lepak dengan kau macam dulu lagi. Nanti rumah yang kita duduk tu kau tinggal la dekat situ sampai bercucu okay. Nanti lepas habis semua majlis ni aku ambil barang aku,okay?" Kata aku sedikit sebak sebenarnya.

K I N G ? ? ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora