47👸+👑

2.1K 69 0
                                    

"Honey! Jom la balik Malaysia. Bawak saya jumpa family awak. Saya kan dah lamar awak cara mat salleh so why not saya pergi merisik awak cara islam pulak." Pujuk Amir lagi dan lagi. Ya Allah kenapa dia tak faham yang aku tak nak balik sana pon. Dah tiada hati aku dekat sana. Entah bagaimana keadaan keluarga aku sekarang pon aku tak tahu.

"No Amir. Saya tak nak. Saya dah tak ada hati nak balik sana. Peristiwa yang menimpa saya berat sangat untuk saya kembali ke sana. Dia mungkin ada di mana mana." Aku menunjukkan muka bimbang bukan kerana takut tapi trauma.  Hasil yang dibuat Mateen sehinggi kini berparut dibawah dagu aku.

"Tapi Jas, family saya dah tak sabar sangat nak jumpa awak. Kalau awak tak sanggup sangat nak balik rumah family awak, awak just stay dekat rumah family saya. Saya sorang sahaja anak lelaki dan ada sorang kakak. Nanti awak takkan sunyi" haih ini yang aku lemah. Bila sebut hal family aku memang susah untuk tolak.

"Baiklah tapi bersyarat. Kita balik sana dalam dua tiga hari sahaja lepastu balik sini semula. Saya tak sanggup nak duduk lama dekat sana." Dengan muka pasrah aku menghulurkan syarat. Mata Amir sudah bersinar. Senyuman ketelinga ditayangkan. Suka sangat la tu aku ikut cakap dia.

"Okay cun miss American. Esok kita balik. Lagipun memang saya ada flight ke sana esok. Pasal ticket biar saya yang handel. Awak just siapkan diri awak sahaja." Kata Amir teruja. Latte dihadapan dihirup perlahan. Aku mengeluh perlahan. Perasaan gemuruh mula menyelubungi diri.

"WELCOME back my lovely brutheh" seorang wanita tinggi lampai tapi masih tidak dapat menandingi Amir itu memeluk erat Amir. Aku yang ditepi hanya tersenyum melihat reaksi Amir apabila malu seorang pilot yang bermuka taraf antarabangsa dan rebutan ramai itu dilayan seperti budak budak oleh kakaknya.

"Choi Jue! Kau masih layan aku macam budak budak. Malu la orang tengok. Jatuh la saham aku nanti." Adu Amir sambil menghulur topi pilotnya kepada kakaknya. Ianya hanya disambut dengan gelakkan besar oleh sang kakak. Haih tiba tiba sahaja aku jadi rindu kepada abang abang aku.

"Jatuh saham pon tetap ada orang nak, kan Jasmine kan? Wow tinggi taste kau dik. Wanita berpurdah gitu" Oh my Gucci dia tahu nama aku. Aku pakai purdah hanyalah sebab aku taknak orang kenal aku. Langkah berjaga jaga.

"Dah la tu Jue kacau buah hati aku. Dah naik merah muka dia. Dah jom balik. Nak makan ikan patin masak tempoyak ibu. Lapar ni" aku berjalan seiring dengan kak Jue sambil wanita itu bercerita itu dan ini. Sumpah lawak bila kak Jue mula memecahkan rahsia Amir yang selama ini dia simpan rapi.

Salam diberi sebanyak dua kali sebelum seorang wanita separuh abad membuka pintu. Wanita itu senyum gembira.

"Mak yam!" Jerit Amir berlebihan membuatkan aku terkejut. Aku sudah membuang purdah aku membuatkan Amir dapat lihat aku sedang ketawa mengejek kearahnya. Anak manja!

"Anak ibu dah sampai! Ya Allah rindunya dekat kamu. Jarang sangat balik macam dia dah tak ada family dekat Malaysia ni. Tahulah tengah bahagia. So where is she? The lucky girl yang dapat curi hati batu anak ibu ni? "Keluar pula seorang lagi wanita separuh abad yang sedikit bergaya. Ya Allah nampak sangat yang lelaki dihadapanku ini anak ibu. Manja bebenor. Aku rindu mummy aku.

"Ni kenalkan. Ain Jasmine binti Mohd Ziyana. Bakal menantu ibu." Amir memperkenalkan aku yang sudah tersenyum kearah wanita yang berdiri dihadapan Amir. Aku bersalaman dengan wanita tersebut. Lantas sahaja tubuh aku dirangkul kedalam pelukan.

"Jom masuk dulu. Dah nak maghrib ni. Lepas solat kita makan okay." Tangan aku dipimpin masuk ke dalam rumah. Sebuah bilik tetamu ditunjukkan kepada aku untuk aku berehat sekejap.

Selepas mengerjakan solat maghrib dan makan. Seluruh ahli keluarga Amir termasuk aku berkumpul di ruang tamu. Bukan ramai sangat pon hanyalah ada ibu serta ayah Amir dan kak Jue dan suaminya.

"So macam mana boleh kenal Amir?" Soalan diajukan kepada aku tanpa belok belok. Soalan tersebut diajukan dari ayah Amir yang menunjukkan riak tegas. Kecut perut juga aku mahu menjawabnya. Seperti aku pula yang lelaki sekarang.

"Kenal dekat Prague. Amir yang tegur dulu. Kalau Amir tak tegur, Amir rasa sampai sekarang dia masih buat hal dia sendiri." Jawab Amir wakil aku. Aku menghembus nafas lega.

"Ayah ada kerja sebenarnya ni. Ada night meeting dengan pihak atasan. Nanti sudah selesai ayah balik. Jangan tunggu ayah ye ibunya." Ayah Amir mengambil kotnya yang tersangkut di belakang pintu. Patutlah dia pakai baju formal malam malam begini. Selepas ibu Amir bersalaman dengan ayahnya. Ayahnya mencium dahi ibu Amir lembut. Tiba tiba perasaan cemburu hadir tengok pasangan yang bahagia ini.

"Jasmine bertuah dapat Amir. Amir baik budaknya. Alhamdulillah kami sudah ajar dia ilmu agama sebaiknya. Sudahlah kamu ialah wanita pertama yang dia bawa balik. Sepanjang 28 tahun dia hidup, baru kali ini dia fikir pasal kehidupan peribadi. Selama ini dia sibuk dengan kerja sahaja. Pening ibu dibuatnya. Sudah ibu cuba kenalkan dia dengan anak kawan kawan ibu tapi dia tak nak. Katanya semua wanita itu hanya mahukan duitnya. Tapi kenapa muka Jasmine ni macam fammiliar sahaja? Rasanya ibu pernah nampak muka Jasmine" aku terharu. Entah kenapa hati aku berbunga mendengar percakapan wanita ini. Amir sebenarnya sudah lama lesap dengan suami kak Jue. Katanya nak tengok bola.

"Rasanya aunty salah tengok ni. Saya dah lama tinggal dekat Prague even mummy dna abah saya orang Malaysia." Jawabku berhati hati. Jangan buat hati aku pedih lagi please.

"Aunty? Panggil ibu sahaja. Tak lama lagi jadi isteri Amir juga. Orang tua Jasmine orang mana? Senang kami mahu hantar rombongan nanti. Kalau Jasmine pon dah bersetuju, kami akan hantar rombongan ke rumah Jasmine minggu depan." Kata wanita itu sambil menggenggam tangan aku.

"Rumah saya dekat kawasan timur sana tapi aunty eh ibu, saya tak boleh duduk lama lama dekat Malaysia. Banyak kerja dekat negara omputeh sana. 2 hari lagi saya dah kena balik Prague." Beritahu aku tenang. Aku tak nak berlama di sini.

"Tak apa ibu faham. Nanti Jasmine tulis sahaja alamat dan ibu sendiri yang akan masuk meminang Jasmine nanti." Kata ibu lagi dengan bersungguh.

"Ibu tak kisah ke yang saya ni..." Belum habis percakapan aku sudah dipotong.

"I'm okay Jasmine. Ibu terima semuanya. Ibu juga seorang janda yang dicerai oleh suami dan keguguran bayi semasa mengandung semasa kenal dengan ayah dulu. Ibu faham perasaan Jasmine. Ibu okay." Entah mana silapnya percakapan wanita ini membuatkan mata aku disimbah dengan air mata. Semakin lama semaki teresak pula tangisan aku. Ibu memeluk aku kuat menyumbangkan kekuatan.

Dasar kolam yang dalam itu aku lihat bagaikan mahu tembus. Esok merupakan hari jadi pertama anakku. Aku mahu juga rasa menyambut hari lahir anakku sendiri mengalahkan wedding of the year kerana bagiku zuriat merupakan hadiah yang paling istimewa dari yang maha Esa tapi semua itu mustahil.

"Selamat hari lahir anak mummy. Tunggu mummy dekat syurga tau. Bermainlah dulu anak mummy dengan bidadari bidadari syurga. Mummy akan datang nanti. Sekiranya mummy tak dapat menjejakkan ke syurga kelak, bantulah mummy untuk sampai juga kesana. Sesungguhnya mummy memang tak layak masuk kesyurga. Kata daddy, mummy dah bunuh anak mummy sendiri. Mummy dah buat dosa yang besar baby. Maafkan mummy" air mata aku mengalir laju sehingga terduduk menghadap kolam renang di rumah keluarga Amir.

"JANGAN! Biarkan dia. Biarkan dia menangis sepuasnya. Biarkan dia luah segalanya. Biarkan malam menjadi saksi kesedihan seorang ibu. Pengorbanan seorang ibu. Walaupun senyuman yang mereka paparkan saat melihat anak mereka sesungguhnya hanya dia dan Allah sahaja tahu penderitaannya. Janji dengan ibu yang Amir akan jaga dia. Jaga dia sama macam mana ibu jaga Amir masa kecil dulu. Penuh dengan kasih sayang dan sifat penyayang dalam diri. Jangan seksa dia. Janji dengan ibu." Datin Sofea berbisik sambil memegang erat tangan anaknya menahan anaknya mendekati Jasmine yang sedang terduduk di hadapan kolam. Mengharap anaknya mampu menggalas tanggungjawab yang besar ni.

"Amir janji ibu. Amir janji takkan siakan air matanya lagi di masa hadapan. Amir janji dia akan bahagia hidup dengan Amir."

____________
Video dekat media buat aku menangis bagai nak rak. Dengar sambil baca part Jasmine nangis kau pun akan nangis sama

Ps; Abaikan Typo!

_21 DECEMBER 2018_

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now