8 👸+👑

3.1K 97 0
                                    

Alhamdulillah makan malam istimewa bersama Hajah Maryam semalam berjalan dengan lancar. Mesti la mewah gila walaupun hanya ada bekas permaisuri kedua Brunei,yāy,Minah dan aku.

Menurut yāy, permaisuri kedua ini ada 4 orang anak iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Yang pastinya anaknya yang paling muda berumur 26 tahun pada tahun ini masih single dan ia adalah lelaki. Ada chance la nampaknya nak mengorat. Macam la dia nak dekat aku

"Hai tengah termenung masa depan yang tersedia gelap ke??" Sindir Minah. Sesedap ayam mee jer dia menyindir aku.

"Ha'ah tengah termenung masa depan yang gelap ini yang bakal aku tempuhi sepanjang hidup dengan kau" aku pulangkan paku buah keras kepadanya. Kan dah termuncung mulut tu.

"Weh semalam kan aku nampak si Farhan tu. Tapi aku nampak si Farhan yang sisi lain. Macam lembut giteww. Bukan ke masa dia makan dengan kita dia okay jer ke??" Kata Minah

"Farhan?? Farhan mana pulak ni?? Stok baru eh??" Duga ku sambil menunding jari telunjuk kepadanya.

"Wahai sepupuku yang cantik. Takkan la kau dah lupa Farhan?? Otak kau dah full storage ke??" Eh kejap siapa si budak Farhan ni?? Aku kenal ke??

"Apa yang kau mengarut ni setan?? Siapa Farhan?? Aku tak kenal pon dia." Sekarang aku memang betul betul lupa. Minah menepuk dahi. Mungkin bengang dengan kebengapan diriku.

"Suka hati kau la. Malas aku layan kau. Boleh pulak lupa pasal kekasih gigi jarak aku tu. " bebel Minah nada merajuk.

Sekarang rumah ini rasa kosong sebab yāy dah pergi rumah si Lisa langsuir. Almaklumlah majlis dia lusa. Aku dengan Minah pula akan naik flight pukul 11 malam ni. Tak sabar betul rasanya nak tumpang pelamin orang untuk tangkap gambar macam majlis tu majlis kita punya.

Pada pukul 8 malam,kitaorang dah ready nak pergi KLIA. Oyeah boleh pergi Johor. Dah lama tak jalan jalan dekat sana. Pekena mee bandung Muar sedap weh. Naik sahaja flight, aku rasa macam pernah nampak je manusia sebelah kiri aku ni. Walaupun dia duduk seat seberang

 Walaupun dia duduk seat seberang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Minah disebelah aku cuit.

"Kau pernah nampak tak lelaki tu?? Aku rasa macam pernah nampak aja." Kataku lalu tunjuk kearah lelaki itu menggunakan hujung mata.

"Eh Farhan!!! Tak sangka jumpa awak dekat sini!!! Nak pergi johor jugak ke??" Tanya Minah agak sedikit kebodohan. Kau ingat ni flight ke London ke?? And wait, Farhan?? Ohh yes aku dah ingat.

"Eh awak berdua. Hi,Jasmine right?? Sorry saya tak berapa ingat nama awak" tegurnya lalu menggaru belakang tekuknya tanda bersalah. Sekarang ni siapa yang tegur dia sebenarnya?? Aku ke Minah??

"Hi jugak." Balasku pendek lalu menghiraukan dia. Dia ralit berbual dengan Minah walaupun aku berada di tengah sehingga kapal terbang mula naik ke udara.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now