26 👸+👑

2.3K 66 1
                                    

Saya nak jumpa awak.

Ringkas sahaja mesej yang dihantar oleh Ben. Aku bukan duduk dekat KL okay sekarang nak jumpak jumpa bagai ni.

Saya bukan duduk dekat KL sekarang.

Balas aku simple juga. Takkan la aku sanggup naik flight pergi balik KL semata mata nak jumpa dengan dia? Agak agak la. Sayang memang la sayang tapi aku tak terdesak sangat sampai macam tu sekali.

Ya saya tahu. Keluar la saya ada depan rumah parents awak sekarang.

Apa dia buat dekat sini weh? Aku berlari ke arah tingkap bilik aku dan aku lihat ada seorang lelaki sedang bersandar pada kereta di depan pagar rumah mummy aku. Laju sahaja aku berlari turun dari tangga selepas memakai simple selendang yang ada di atas kepala katil. Dah la sekarang dah pukul 10 malam

"Apa awak buat dekat sini? Tak manis kalau jiran nampak" tanpa menjawab salamnya aku terus menyerang dengan soalan. Aku jenguk sekeliling untuk memastikan tak ada makcik or pakcik bawang tengah intip aku sekarang.

"Saja. Saya rindu nak tatap muka awak" Ben tersengih sendiri. Aku dah dapat rasa muka aku dah merah menyala sekarang ni. Tiba tiba pulak rasa awkward ni. Selalunya kalau berjumpa pasti bergaduh tapi sekarang bersweet sweet sahaja kerjanya.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini? Awak follow saya eh? Stalker betul!" Sakat aku lalu menahan ketawa kerana muka Ben dah bertukar masam. Ya Allah kenapa cute sangat ni?

"Kan saya masuk meminang awak hari tu so saya stay la sini kejap. Saja nak ambil angin sambil lawat negeri ni. Saya tak pernah sampai lagi tau dekat sini" angin malam bertiup menyebabkan rambutnya sedikit bergerak dan itu lagi menambahkan kekacakkan yang dia ada.

Kami terdiam selama 5 minit. Tak tahu nak cakap apa. Semuanya jadi kelu. Aku nak bergurau tapi biasanya gurauan aku ni agak brutal dan kasar serta bodoh sikit. Kang kalau aku bergurau tak pasal pasal aku tak jadi dijadikan isteri dia.

"Saya nak awak jadi queen dalam hidup saya. Untuk seluruh kehidupan saya." Tiba tiba sahaja Ben memulakan semula bicara. Aku lihat dia memandang tepat kearahku. Gulp! Rasa payah la pulak nak telan air liur ni. Aku berdehem sebelum memulakan bicara.

"Saya akan cuba yang terbaik untuk jadi permaisuri awak. InsyaAllah jodoh kita panjang." Aku membalasnya pulak. Sumpah aku cakap bulu roma aku tak stabil sekarang. Seriau jer rasa bila sebut benda tu. Tanggungjawab tu terlalu besar untuk aku pikul dengan sempurna.

"Ingat lepas awak dah jadi milik saya,tanggungjawab awak bukan untuk jadi permaisuri saya sahaja tau tapi permaisuri seluruh rakyat Brunei jugak." Ben tiba tiba mengutarakan pernyataan berikut. Aku kerutkan dahi tanda blur. Dia ketawa halus

"Apa kaitan saya dengan rakyat Brunei?" Serious aku curious. Apa pulak kena mengena si Ben ni dengan rakyat Brunei? Ya aku tahu dia mempunyai kerakyatan Brunei sebab sebelum ni dia ada bagitahu. Haish pelik ni.

"Saya kan KING diorang. Sudah jadi tanggungjawab saya untuk jaga kebajikan diorang" kata Ben menambahkan lagi keblur-an aku. Ya Allah kenapa aku blur sangat malam ni ni. Hari tu lagi Ben bergurau pasal king ni tau. Apa semua ni?

"Kejap! Saya tak faham apa status awak sebenarnya. Sejak hari tu lagi cakap pasal king la,rakyat la kebajikan mereka semua. Siapa awak sebenarnya?" Tanya aku akhirnya berterus terang. Dah lama sangat aku simpan soalan ni untuk diajukan kepada Ben.

"Baiklah sebenarnya nama saya Mateen Bolkiah. Nama BenMateen Iskandar tu hanyalah untuk samaran semata mata. Ayah saya Sultan Hassanal Bolkiah dan dia sebenar benarnya raja Brunei. Saya anak kepada Puan Hajah Mariam iaitu second queen of Brunei bersama ayah saya. Jodoh diorang tak panjang jadi kami adik beradik semua duduk dengan daddy." Ben terangkan satu persatu. From A to Z from 1 to 10. Perfect tak ada satu pon yang tertinggal.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now