20👸+👑

2.3K 73 0
                                    

"Aku dah tak boleh Minah! Aku dah tak tahan! Aku kena cakap jugak hal sebenar dekat Mukram!" Hujung selendang yang aku pakai aku ramas kuat. Sampai kedut jadinya.

"Kau pasti? Kau sedia untuk terima segalanya? Aku ikut sahaja kalau kau mahu bagitahu Mukram pasal semua ni. Kau dah bincang ke dengan mama Hajar?" Mama Hajar adalah mak Mukram yakni mak mertua palsuku.

"Aku dah cuba bincang dengan mama dan papa tapi diorang still degil jugak suruh aku senyap. Aku tak boleh Minah. Benda ni berdosa kau tahu tak? Duduk dalam bilik yang sama antara lelaki dengan perempuan. Berpegangan tangan yang bukan mahram. Aku dah tak tahan! Tolong aku Minah" rayuku lalu terjatuh airmata pertamaku bagi sesi ini.

Sungguh aku tak tahan. Aku tak nak lagi terus tambah dosa yang telah sedia ada ini. Sepatutnya dari dulu lagi aku sudah berterus terang kepada Mukram. Walaupun aku rasa sekarang telah terlambat tapi aku tak kira.

Ada sekali tu aku bangun sahaja dari tidur,aku nampak Mukram lena tidur disebelah ku. Dah la masa tu aku tak pakai tudung. Jahanam semua. Aku rasa maruah aku dah jatuh gaung yang paling dalam masa tu. Aku malu dengan diri aku sendiri. Sampaikan cermin pon aku dah tak sanggup tengok.

"Aku tahu yang mama tu sayang sangat dekat Mukram. Dia nak yang terbaik untuk anak dia tapi sekarang ni dah melampau. Aku menyesal setuju dengan cadangan mama dulu." Tambahku lagi sambil mengelap air mataku dengan tisu pemberian Minah.

"Okay sekarang jom kita balik rumah kau dulu. Aku rasa sudah sampai masanya segalanya galanya dibongkarkan. Nanti aku call mama Hajar dengan papa Zaidi suruh diorang datang. Diorang pon mestilah fikirkan perasaan kau jugak. Jangan nak selfish sangat. Dah jom balik." Minah menarik tanganku keluar dari pejabat dan menuju ke kereta miliknya yang diparking di hadapan muka pintu masuk.

"ASSALAMUALAIKUM!" Minah memberi salam gaya gangster. Muka serius ditayangkan. Tiada lagi Minah yang gila sebab Minah yang serius telah ambil alih.

Aku hanya ikut dibelakang Minah. Menutup muka yang mula membekak sebab menangis tadi. Mukram yang sedang bermain ps4 diruang tamu kedua berpaling kearah kami yang masuk ikut sliding door.

"Waalaikummussalam,sayang! Dah balik? Lama tau abang tunggu sayang balik. Rinduu" muka bahagia ditayangkan oleh Mukram yang sanggup meninggalkan ps4nya yang sedang dia main tadi. Tangan dia hulur suruh aku salam tapi Minah laju mengheret tanganku menuju ke sofa yang disediakan. Mati la kau kejap lagi Mukram. Huhu

"Kenapa ni?" Tanyanya kerana mungkin dia pelik kerana tingkah kami berdua yang mana Minah hanya berlaku dingin manakala aku hanya mengambil langkah untuk berdiam diri. Tadi bukan main bercakap itu ini tapi bila sampai rumah hampeh jer.

"Kita tunggu mama Hajar sampai baru aku akan mulakan. SUSIANTI! bawakan jus oren. Aku rasa dahaga la pulak!" Kata Minah kasar. Tak pernah aku melihat dia berkelakuan begitu sepanjang kami tinggal bersama. Minah la yang paling rapat dengan Susianti sepanjang mengambil wanita Indonesia itu berkerja di rumah ini.

"Kenapa Minah call mama Jar tadi? Ada hal penting ke nak bincang? Mama Jar dengar suara Minah tergesa gesa tadi sampai mama pon jadi kalut. Selamat papa Di tak sibuk." Kata mama setelah dia dan papa selamat sampai ke rumahku. Sofa di hadapan kami diduduki mereka. Mukram lebih senang duduk di sofa single.

"Jasmine mulakan. Jangan bazirkan masa yang ada. Sampai bila kau nak biarkan perasaan kau disakiti untuk menjaga perasaan orang lain." Sindir Minah lembut. Walaupun lembut sahaja cara dia menyampaikan kenyataan berikut tapi sehingga ke rektum terasa sentapannya.

"Okay macam ni mama,papa" nafas ditarik panjang untuk memulakan bicara. "Jasmine rasa dah sampai masanya kita beritahu Mukram segala galanya. Semua yang berlaku dan status sebenar kami. Jasmine dah tak sanggup nak menipu Mukram mama,papa. Tolong izinkan Jasmine." Itu baru mukadimah ye kawan kawan.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now