46👑+👸

2.2K 75 8
                                    

~Setahun kemudian~

Pintu bilik aku yang pada dasarnya tertutup diketuk sebanyak 3 kali. Tanpa mengangkat muka perkataan come in keluar dari mulut. Pintu ditutup semula perlahan oleh orang yang masuk.

"Mrs. Jasmine. Someone want to meet you. He wait at waiting room." Aku mengangkat muka yang dari tadinya asyik melukis pelan bangunan. Memandang Colin yang tersenyum.

"Suruh dia masuk bilik saya" kataku sebelum menyambung lukisan aku.

"Sorry?" Aku mengangkat semula muka. Kenapa payah sangat nak faham ni perempuan ni? Aku menghembus nafas panjang.

"Tell him to come in" kataku bernada serious. Sudahlah orang tengah sibuk sekarang. Banyak cekadak pulak minah salleh dekat depan ni.

"Okay" Colin mengatur langkah keluar dari ruangan bilik kerjaku. Sebenarnya sudah sampai masa untuk balik satu jam lagi. Aku seboleh bolehnya tak nak buat benda dekat rumah. Harus siapkan sekarang. Sikit sahaja lagi ni nak siap. Sudahlah malam ni ada dinner dengan Amir.

Bunyi ketukan sekali lagi menandakan orang tersebut sudah berada di luar pintu.

"Come in!" Jeritku lagi.

"Honey! Suprise!" Aku terlihat Amir masuk dengan belon love dan bunga ditangannya.

"Apa ni? Kata nak keluar malam ni. Kenapa pulak buat suprise petang petang ni?" Aku sudah berdiri menghampiri Amir yang berdiri tidak jauh dari meja kerjaku. Aku tersenyum lebar. Perempuan mana yang tak senyum kalau dapat suprise masa tengah stress?

"Alah kalau saya tunggu awak, mahu saya dah ada anak dengan perempuan lain. Awak tu bila dah kerja terus lupa saya. Dinner kita dah berapa kali cancel sebab kerja awak" Amir memasamkan mukanya. Aku hanya tergelak kecil.

"Bagus juga awak ada anak dengan perempuan lain. Taklah saya harus fikir lagi alasan nak tolak lamaran awak." Jawab aku sambil menyambut bunga mawar yang dibawa oleh Amir tadi.

"Boleh pulak macam tu. Kita cakap macam tu nak suruh dia pujuk kita. Kita pulak yang kena balik. Dah la awak pergi kemas meja awak tu pastu kita balik and awak bersiap pastu kita pergi tempat yang saya janji nak bawak tu. Malam ni ada suprise yang lagi besar." Kata Amir yang sudah mengheret tangan aku yang berlapik baju.

"Eh kejap la saya nak kemas meja. Beg tangan saya pon belum saya ambik lagi. Awak tunggu dulu dekat bawah nanti saya turun" kataku dibalas anggukan oleh Amir. Nampaknya sekali lagi aku kena tinggalkan kereta aku dekat office sebab si budak Amir ni ngada suruh aku balik dengan dia.

Sesudah meletakkan sedikit gincu di permukaan bibir, muka ditatap semula. Aku tersenyum kearah pantulan aku yang ada di cermin.

Ya Allah dah lama aku tak lawat kubur anak aku. Minggu depan insyaAllah aku akan pergi Brunei untuk lawat kubur anak aku. Semenjak setahun aku tinggal dekat sini, baru 3 kali aku balik melawat kubur anak aku. Aku bukan tak nak balik selalu tapi aku takut aku terserempak dengan pasangan bahagia yang paling aku benci tu.

Loceng rumah ditekan bertalu talu. Aku sudah tahu siapa orangnya yang suka sangat tekan loceng rumah aku macam tu. Aku mengemaskan baju yang aku pakai dan membuat last touch up pada mukaku sebelum mencapai beg dan disangkut pada bahu.

"Memang stail awak ke datang rumah orang tak bagi salam? Awak tahu tak yang loceng rumah saya ni dah nak rosak sebab awak selalu tekan tanpa perasaan?" Bebelku sambil keluar dan menguci pintu rumah. Sesudah memastikan semua pintu dan tingkap ditutup rapat aku mengikuti Amir yang tersengih itu. Itulah sahaja balasan yang mampu dia bagi.

Suasana dalam kereta aku rasakan amatlah janggal dengan bau wangi yang teramat dan lagu yang dipasang oleh Amir begitu romantik. Aku hanya menjeling kearahnya yang sedang menghayati lagu dan mengetuk lembut stereng itu. Malam ni nampaknya mood dia elok.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now