4 👑+👸

3.6K 122 3
                                    

"Hi,Ada bilik kosong tak??"

"Sudah semestinya tuan,kita ada macam macam jenis bilik.Antaranya kita ada single,double,triple,twin,quads and standard room.Kami juga ada premium room,suites,duplex and cabana rooms"

"Wah interesting. Saya nak suites for 4 days."

"Kami menyediakan tiga jenis suites. Junior suite,executive suite and the last one is presidential suite.Yang mana satu ya pilihan tuan" tanya si penyambut tetamu yang mesra sekali

"Presidential suites please." Jawabku lalu memandang kearahnya.Nak senyum pon mesti dia tak perasan sebab aku pakai mask

Ni semua sebab nenek kebayan mulut pedas tu punya angkara.Terpaksa la aku menipu mama dengan mengatakan aku menghadiri sambutan hari lahir kawanku yang diadakan di luar negara.

Setelah selesai berurusan dengan receptionist tu,langkah diteruskan ke lif.Tingkat 10 dituju tapi lif itu tetiba berhenti di tingkat 7 menandakan ada orang nak masuk sekali

Terkejut bukan kepalang aku kerana orang tersebut ialah nenek kebayan mulut pedas.Dia buat apa kat sini?? Rumah dia dekat aja kot. Ke dia ni kaya sebab jual body?? Oh my.Teruknya harap aja pakai tudung tapi perangai macam haromm.

Tapi tak kan la sebab dia berpakaian kemas dan muka yang ditayangkan ketat gila.

"Excuse me sir, tak nak keluar ke?? Dah sampai tingkat 10" katanya sambil tangaannya menekan butang supaya pintu terus terbuka.

"Oh ya,thank you" Terus aku menonong keluar tanpa pandang ke belakang

"Encik!!! Tunggu" nenek tu pegang beg sandang aku la pulak.Jangan la dia nak cakap dia perasan aku.Mesti dia mengangkap aku pervert selepas kejadian pagi tadi.

"Yes??" Jawabku lalu memandang kearahnya

"Your luggage" Dia menghulurkan beg bagasi aku yang aku terlupa nak ambil.Tu la dah buat salah tapi tak reti nak minta maaf.

"I'm sorry miss by the way thank you"

"Welcome" selepas dia mengucapkan sama sama tu,dia terus menekan butang menutup lif.Tapi nak dijadikan cerita,tangan aku ni gatal pergi sekat pintu lif tu menyebabkan pintu lif tersebut terbuka semula

"Kenapa??" Tanyanya memandang kearahku

"Awak pekerja dekat sini ke?? Boleh tak tolong tunjukkan bilik ni.Saya tak pernah datang sini.Saya takut sesat sebab tempat ni luas sangat" tanyaku berhati hati

"Sorry sir.Tapi saya dah lambat ni. Sorry again" jawabnya lalu terus menekan butang pintu lif supaya tertutup

"Tak apa.Kau buat sombong dengan penghuni tempat ni kan.Jangan harap kau dapat kerja dekat hotel mewah ni lagi" omel ku.

Sudah nya aku berjalan mencari suites aku sendiri.Tapi tak adalah jauh sangat sebenarnya.Sampai sahaja terus aku melompat ke atas katil.Penat betul.Selalunya ada sahaja body guard yang tolong angkatkan bag and so on.

Ni pon aku dah tutupkan mulut body guard lima orang yang ikut aku tu.Takutnya dia pergi heboh satu rumah agam yang anakanda kesayangan rakyat ni bukan pergi ke luar negara pon sebenarnya.

•••••

Malam menjelma.Rasa seperti mahu makan di cafe.Tidak mahu memesan ke dalam bilik kerana nanti bau makanan pula di dalam bilik. Langkah diatur ke lif. And guess what?? Lif ni berhenti di tingkat 7 again. Seorang wanita yang hanya memakai seluar track dan memakai jacket masuk ke dalam lif tersebut.

 Seorang wanita yang hanya memakai seluar track dan memakai jacket masuk ke dalam lif tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Well kita jumpa lagi,cik adik" sindir ku

"So??" Dia memandang kearah ku.

"Macam ni kau layan pelanggan hotel tempat kau kerja??" Bidas ku

"So??" Again.Ya Allah kau kuatlkanlah hati hamba mu ini.

Baru sahaja aku mahu membalas katanya.Lif berhenti di tingkat 3.Seorang makcik cleaner menunjukkan riak serba salah mahu masuk ke tidak kerana dia bawa sekali dengan troli dia.

"Masuk je.Muat lagi" kata nenek kebayan tu

"Selamat malam Cik Puan" makcik tu ucap kepada nenek kebayan.Cik Puan?? Kenapa dia panggil nenek ni cik puan?? Ke nenek kebayan ni anak ikan CEO hotel ni?? Sebab tu dia dihormati

"Kerja elok elok. Jangan nak curi tulang pulak" pesan nya sebelum meninggalkan lif dan menuju ke luar hotel.

"Siapa tu makcik??" Tanyaku lalu berjalan beriringan dengan mak cik tersebut

"Ohh itu CEO hotel ni. Mak cik pon baru kenal tadi. Ye la kami ni hanya la minta kerja dengan orang bawahan dia. Tadi pon dia buat pemantauan mengejut.Habis orang disemburnya.Ramai juga yang dipecat." Kata makcik tersebut sambil merenung ke tempat nenek kebayan tu menaiki kereta

"Yang kamu ni,dah kenapa pakai penutup muka segala??" Tanya makcik itu kembali lalu memalingkan muka kepadaku

"Selsema cik. Saya pergi cafe dulu ya. Tengah lapar sangat ni" pintaku sopan

"Ye la. Mak cik pon nak sambung kerja ni kang tak pasal pasal kena buang kerja pulak"

Perjalanan diteruskan ke cafe hotel. Tak sangka pulak nenek tu pemilik hotel yang besar ni. Apa la aku ni pikir yang bukan bukan. Tak pasal malu dengan diri sendiri.

Aku terpaksa makan di hujung cafe kerana hendak menyorokkan diri dari rakyat2 kesayangan. Nanti tak pasal pasal ramai paparazi datang ambil gmbar.

•••••

Kenapa la aku boleh tertinggal phone dekat hotel?? Tak pasal pasal kena pergi balik. Dah la jumpa dengan lelaki yang annoying nak mampus.

Apa la nasib diri ini.Semenjak semua sudah makan maki hamun tadi,seorang pon tak berani nak tegur. Hampir 20% pekerja di hotel tersebut dibuang serta merta. Sakit hati punya pasal.

"Aku dengar kau pergi buat kecoh dekat hotel cawangan Shah Alam. Betul ke??"

"Bukan buat kecoh eh tapi menegur manusia yang buat salah kat sana.Buat macam hotel tu dia punya. Kita pon tak melampau macam diorang. Bukan ke tu bawah kau ke??" Tanya ku geram lalu menjatuhkan punggung di sebelah Minah

"Memang la tapi aku tak ada masa nak pergi round tiap² hari. Kau tahu kan aku tengah busy uruskan hotel dekat Kluang tu." Minah pon tak sempat nak uruskan apa lagi aku.

"Aku rasa kita kena buat satu cctv yang boleh disambung terus ke rumah kita sbb nak tengok kerja diorang. Tapi tak yah la bagitahu diaorang. Senang sikit nak pantau diorang" cadangku

" Aku ikutkan aja. Oh ya, jangan lupa minggu depan kita ada meeting dengan suppliers dari Tokyo untuk J&M's Mall"
Minah mengingatkan aku dengan pandangan yang masih tak lepas menonton korean drama.

"Selamat kau ingatkan aku Minah. Aku dah memang lupa pasal tu." Mata aku juga tak lepas memandang drama korea yang ditayangkan.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now