34👸+👑

1.9K 59 1
                                    

"Farhan! Buka pintu ni! Weh Farhan Mikail! Buka pintu ni sebelum aku pecahkan! Buka!" Aku menjerit kuat. Pintu juga aku ketuk bertalu talu. Hampir pecah sahaja lagaknya

Sampai sahaja di KLIA, terus aku menyuruh Pak Mat yang menyambut aku dengan Mateen menuju ke rumah lama kami. Minah dan Farhan stay dekat situ lepas diorang nikah. Buat rugi sahaja kalau aku jual dan Minah beli rumah lain. Baik guna yang mana ada sahaja.

"Sayang,jangan ganas sangat please. Ingat awak tu dah berbadan dua. Risau pulak saya jadinya" kata Mateen mendayu di belakang aku. Aku tidak memandang ke belakang kerana aku takut tertengking dia pula nanti.

"Aku kata buka!" Dengan sekuat hati aku menengking. Aku menyepak kuat pintu kayu buatan Itali yang aku sendiri reka dengan pereka bentuk di Itali sana.

Bunyi selakan dari dalam kedalam membuatkan aku berundur sedikit sambil memegang perutku. Bukan apa kalau tak pasal pasal kena tolak ke nanti habis la anak aku.

"Kau nak apa? Tak reti adab ke datang rumah orang ni pagi pagi buta macam ni?" Sambil menguap dan menggaru kepala Farhan berbicara. Dengan matanya yang masih belum dibuka dengan sempurna. Sah baru bangun tidur. Pengotor betul!

"Mana Aminah? Kau dah buat apa dengan Minah aku?! Kau ni memang dah melampau kan? Tepi sikit aku nak masuk!" Aku menjerkah untuk sekian kali. Alahai kesian dekat anak aku hari ni.

"Kau jangan nak sibuk pasal hal aku dengan bini aku boleh tak? Dia tu hak aku! Tanggungjawab aku! Kau bukan siapa siapa pun dalam hidup dia. Baik kau berambus sekarang! Jangan nak menyemak sangat dalam urusan rumah tangga orang!" Farhan menolak kasar bahu aku. Selamat Mateen sempat menahan aku. Aku sebenarnya dah kecut ni tapi aku kena kuatkan semangat demi Aminah.

"Bro,kau ni dah over bro. Kau tolak bini aku maksudnya kau tolak aku. Kau maki bini aku maksudnya kau maki aku! Kau faham tak?!" Kali ini Mateen pula yang menjerkah kuat. Terangkat bahu aku jadinya. Kus semangat. Nampaknya ura ura nak berperang dah ada ni.

Berperanglah korang dua dekat luar rumah ni. Yang penting sekarang adalah Aminah Balqis. Aku berjalan merempuh Farhan lalu masuk ke dalam rumah. Aku naik ke tingkat atas dan mencari Minah di master room. Aikk tak ada pula. Setiap genap tingkat dua aku selongkar tapi tak nampak bayang Minah pon.

Eh tibeee (gaya FR) aku terdengar bunyi benda jatuh di tingkat 3. Ya tempat aku selalu merenung nasib diri. Laju sahaja langkah kaki aku aturkan menaiki tangga yang hanya mengambil masa 30 saat untuk sampai ke sana.

Sampai sahaja aku di situ,aku terlihat tubuh Minah yang bergolek lemah di lantai ruang tingkat 3. Tangannya diikat dan mukanya yang lebam itu membuatkan aku rasa nak bunuh sahaja jantan tak guna dekat bawah sana.

"Minah! Kau okay Minah? Apa yang Farhan dah buat dekat kau ni Minah? Ya Allah. Minah bangun!" Mata Minah yang pada mulanya sedikit terbuka lalu tertutup menyebabkan aku kalut dengan serta merta.

"Awak! Mateen! Awak!!! Tolong saya!!! Minah bangun Minah! Kau jangan tinggalkan aku weh. Kau je yang selalu ada dengan aku setiap masa. Aku sayang kau Minah. Awak! Cepat!" Mateen dengan nafas termengah mengah berlari menuju ke tempat kami.

"MACAM mana dengan keadaan Aminah?" Aku menerpa doktor yang baru sahaja keluar dari tempat rawatan Minah.

"Dia okay tapi saya minta maaf tuanku sebab..." Mulut doktor tersebut seakan akan terkunci rapat sehingga dia tak mampu bertentang mata dengan aku.

"Sebab apa? Jangan buat saya tertunggu tunggu!" Jerkahan aku menyebabkan dua orang nurse dibelakang doktor tersebut sampai terhenjut bahu. Selamat Mateen tiada kalau tak mesti dia menyesal ambik orang mulut luas ni sebagai bini dia.

K I N G ? ? ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ