15 👸+👑

2.3K 77 0
                                    

"Sayang!!! Awak tengah bercakap dengan siapa??" Tegur Mukram. Persoalannya dibiar sepi.

Sebelah kiri aku pandang. Kelibat manusia yang bernama Ben lesap. Ya Allah kau nak tunjuk apa ni?? Bayang Ben mula timbul semula di dalam kepala. Aku langsung keluar dari tempat tersebut dan meninggalkan Mukram yang memegang aiskrim.

Sepanjang perjalanan aku hanya menyepikan diri. Hanya Mukram sahaja yang banyak celoteh. Sama banyak dengan dj dalam radio.

'Sekiranya anda mempunyai masalah dengan pasangan anda yang anda ingin kongsikan,anda boleh hubungi talian radio kami untuk kami bantu serba sedikit' kedengaran dj radio bercakap. Ala tak boleh ke malam malam macam ni tak payah mood sedih?? Tukar jadi mood happy ke sedap jugak.

"Selamat malam. Saya ada sedikit luahan hati dan ingin mendapat sedikit pandangan dari cik dj. Macam mana mahu pujuk isteri yang tengah merajuk ye tapi masalahnya saya tak buat apa apa pun sampai dia merajuk" seperti aku pernah dengar suara pendengar yang menelefon dj radio itu tapi siapa ya??

Aku alihkan pandangan ke seat sebelahku. Aku lihat Mukram yang tengah bercakap dengan telefon sekarang. Sekarang korang fikir tak apa yang aku tengah fikir??

'Okay macam ni ya encik. Encik cuba slow talk ke dengan dia. Cuba tanya dia apa yang encik sudah buat dia sampai kecik hati. Mungkin encik tersalah cakap ke? Encik juga gunalah cara yang romantik sikit. Perempuan mudah cair tau kalau kena ayat manis sikit' dj itu memberi pandangan melalui corong radio

Entah kenapa aku nampak radio tu dengan Mukram besor kecik besor kecik jer. Sesudah Mukram meletak telefon,aku menjengkilkan mata kearahnya. Dia membalas pandanganku. Last sekali aku pulak yang kalah dengan pandangan dia. Bunyi ketawa kuat datang daripada hasil gabungan bunyi daripada Pak Mat dan juga Mukram. Aku menayangkan muka mencuka. Ish ni yang benci ni.

"Okay okay sayang,i'm sorry okay. Takmo la buat muka macam tu. Tak cantik la. Macam orang utan jer abang tengok" orang utan dia cakap??

Aku naik ke tingkat atas dengan segera. Mukram setia mengikutku. Aku masuk dahulu dalam bilik lalu menguncinya. Mungkin la masa aku tutup tadi ada terkena hidung dia sebab bunyi orang mengaduh.

"Sayang buka la pintu ni!!! Abang gurau jer la. Jangan la serius sangat. Bukaklah nanti abang nak tidur mana??" Mukram berkata sambil tangan giat mengetuk pintu bilik.

Peluang jangan dilepaskan. Takkan la aku nak si mamat tak betul tu tidur dengan aku kot. Memang tak la. Bagus jugaklah aku buat buat merajuk ni.

"Awak pilih jer bilik mana mana tapi bukan bilik ni !!! Saya tengah merajuk ni okay. Kalau awak terus ketuk pintu dan merayu nak masuk. Saya tak nak cakap dengan awak nanti!!!" Jerit aku pula dari dalam. Aikk senyap jer. Hah tahu takut. Bagus la dah pergi. Akhirnya boleh buang tudung jugak.

Selimut aku tarik menutupi badan. Sejuk jer malam ni. Bayangan Ben mula timbul sedikit sebanyak. Kenapa tiba tiba aku bayangan Ben boleh muncul pulak?? Kenapa?? Apa maksud semua ni??

Malam itu pukul 3 pagi baru aku boleh tidur. Sesekali telefon dijeling. Selalunya Ben ada jugak menghantar pesanan selamat malam la selamat pagi la. Minggu ni sepi sahaja.

AKU terbangun apabila terbunyi ketukan yang kuat gila dari luar. Ala kacau la orang nak tidur tahu tak??

"Kau nak apa Minah!!!!??? Hari ni aku tak nak masuk office. Dah la jangan memekak boleh tak??" Sudahlah baru sahaja tertidur selepas solat Subuh tadi.

"Sayang bangun!!! Breakfast!!" Laju sahaja mata aku terbuka. Macam mana aku boleh lupa yang aku duduk serumah dengan jantan tu?

"Ye ye saya bangun. Awak turun dulu nanti saya datang" baik aku mandi kang kalau sambung tidur takutnya dia main terjah pulak bilik ni dengan aku freehair lagi. Mati aku.

K I N G ? ? ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon