MAAFKAN KAMI

2.1K 56 0
                                    

"Maafkan kami" ucap doktor itu dan meninggalkan kami sekeluarga.

Aku jatuh terduduk. Tangisan dilepaskan lagi. Tanpa menghiraukan orang sekeliling.

"Doktor! Doktor!" Laungan jururawat yang masih berada dalam wad Jasmine menyebabkan aku bangun semula. Muka diangkat dan mula mengharapkan keajaiban berlaku.

Doktor tadi berlari kedalam wad Jasmine semula. Pintu ditutup sekali lagi. Aku berjalan kehulu kehilir dihadapan pintu. Jariku digigit perlahan. Sudah jadi tabiat kalau berdebar.

Pintu dibuka dari dalam. Senyuman di muka doktor itu sudah memberi tahu aku segala galanya. Laju aku memeluk doktor tersebut.

"Terima kasih doktor. Terima kasih banyak banyak" aku ucap sambil mengeluarkan sisa sisa airmata.

"Tak perlu berterima kasih kepada saya. Terima kasih dekat Allah. Tanpa bantuanNya kita tak dapat membuat apa apa." Kata doktor tersebut menepuk belakang aku.

"Kami boleh lawat dia sekarang?" Kata aku lagi. Semangat yang tiba tiba membara. Rindu nak tatap muka Jasmine. Senyuman dia. Semua tentang Jasmine.

"Buat masa ni biar pesakit rehat dulu. Nanti esok boleh la melawat dia. Dan your highness, your highness perlu okut saya ke pejabat saya" aku mengikuti doktor tersebut.

"Kenapa doktor" tanya aku setelah duduk dikerusi dihadapan doktor tersebut.

"Puan Jasmine tidak dapat melangsungkan kehidupan dia macam dulu dalam tempoh yang lama. Kedua dia kakinya tidak dapat berfungsi lagi. Ia memerlukan jangka masa yang lama untuk berfungsi semula. Mungkin 2 hingga 3 tahun. Tangan dia pula kami perlu pasang bantuan. Dia dah tak boleh buat kerja berat. Nanti kurangkan pergerakannya. Saya harap your highness dapat bantu puan Jasmine. Dan yang paling teruk sekarang, tempurung kepala dia. Tempurung kepala dia retak. Kami perlu lakukan penggantian. Ianya amatlah berisiko tapi kalau kita tak lakukan penggantian, effect dia lagi teruk" terang doktor itu.

Aku terkejut. Beratnya ya Allah ujian yang kau beri kepada Jasmine. Aku menundukkan kepala. Aku tak mahu doktor ini dapat melihat kesedihan yang memang dah terpancar dimuka aku.

"Doktor buatlah apa apa pon doktor. Asalkan isteri saya selamat. Saya tak nak kehilangan isteri saya lagi. Bantu saya doktor." Rayuku kepada doktor tersebut.

"InsyaAllah saya akan buat yang sehabis baik untuk puan Jasmine. Your highness banyakkan berdoa ya. Jangan pernah lupa Allah." Kata doktor tersebut seraya menganggukkan kepala.

"SAYA dah tak boleh berjalan lagi. Jadi kenapa awak bersungguh ajak saya berkahwin dengan awak lagi? Saya tak nak awak malu sebab ada isteri cacat macam saya. Saya tak nak Jazmi ada ibu yang cacat macam saya. Saya takut dia akan diejek nanti." Kata Jasmine yang tidak melarikan pandangannya daripada dinding dihadapannya sedetik pon. Aku menghembuskan nafas panjang.

"Jangan cakap macam tu sayang. Abang tak malu pun nak bersama sayang. Abang nak jaga sayang. Jazmi akan fahan suatu hari nanti kenapa mummy dia macam ni. Ini bukan juga kehendak sayang sendiri. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. You are my everything." Pujuk aku lagi. Aku teruskan usaha aku untuk ambil dia sebagai isteri aku semula.

Sesudah pembedahan tempurung kepala Jasmine, alhamdulillah Jasmine masih selamat. Aku bersyukur sangat sangat. Kini dia telah sedar dan dia tidak mengeluarkan setitik air mata pon walaupun dia sudah tahu keadaannya sekarang. Aku tahu walaupun begitu dia menangis dalam diam. Perjuangan dalam diam.

"Kahwin dengan abang semula. Abang janji abang akan jaga sayang walau apa pon yang jadi. Sayang adalah dunia abang. Tanpa sayang, abang mati sayang." Aku masih menggunakan ton nada yang lembut. Mahu mengambil hati wanita yang aku sayang ini.

Dia berpaling kearahku. Mukanya yang pucat dan bibirnya yang kering itu memandang aku. Dia mengangguk perlahan dan melorek segaris senyuman nipis.

"Terima kasih"

"SAYA terima nikahnya Yang Teramat Mulia Ain Jasmine Binti Mohd Ziyana dengan mas kahwin yang dinyatakan" Dengan sekali lafaz, Jasmine sudah menjadi isteri aku semula.

Aku tersenyum kearah Jasmine yang berkerusi roda itu sambil memegang Jazmi. Senyuman aku dibalas. Alhamdulillah aku betul betul bersyukur.

"Kali ni jaga dia elok elok. Sayang sepenuh hati. Jangan lukakan hati dia lagi. Abah percayakan Mateen." Kata abah menggenggam tangan aku selepas aku menyalaminya. Aku memggangguk.

Aku menyarungkan semula cincin perkahwinan kami dijari manisnya. Dia juga begitu.

Dengan masih berpakaian pengantin, aku menolak Jasmine yang masih meribakan Jazmi yang sudah tertidur itu ketepi tasik. Udara pagi dihirup segar.

Jasmine merenung aku tanpa kata. Aku pula yang naik malu. Dah kenapa pula nak pandang aku macam tu?

"Kenapa sayang tengok abang macam tu? Ada benda pelik ke dekat muka abang?" Tanya aku dengan suara yang agak gemuruh.

"Tak ada apa apa pon. Biarlah saya pandang syurga saya sekejap. Sekejap je tak lama." Dia masih memandang aku. Lama. Bagaikan aku akan pergi tinggalkan dia.

Aku hanya mendiamkan diri. Membenarkan Jasmine memandang aku tanpa sebarang kata. Aku juga turut memandang wajah Jasmine. Walaupun masih terdapat luka yang belum sembuh mukanya, dia adalah wanita yang paling sempurna kepada aku.

"Dah. Jom la kita balik. Kesian Jazmi ni. Dia boleh pulak tertidur masa kita akad nikah." Kata Jasmine sambil tergelak kecil. Mungkin teringat kerenah Jazmi yang hanya ikut sahaja apa yang kita lakukan kepadanya kalau dia sudah mengantuk.

"Okay jom. Dah nak asar ni. Nanti kita solat berjemaah dengan daddy and mama sekali." Aku lihat Jasmine hanya membalasnya dengan anggukan.

Kerusi roda ditolak menuju ke kereta dan dengan hasil bantuan aku, Jasmine selamat masuk dalam kereta. Aku melipat kerusi rodanya dan meletaknya dalam boot kereta. Aku memasuki pintu disebelah lagi. Kereta yang dipandu oleh pemandu dipandu cermat menuju ke istana Nurul Iman semula.

Aku tersenyum lagi kerana semuanya telah kembali seperti dulu.

________

_27 DECEMBER 2018_

K I N G ? ? ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें