49👑+👸

2.9K 79 8
                                    

Ps;abaikan typo
Amaran awal:chapter ni panjang

Kaki aku yang bengkak itu aku belek sekali lagi. Setelah memastikan tiada barangan yang tertinggal, aku mengheret beg bagasi aku keluar dari bilik tetamu rumah banglo ini. Aku turun menyapa Amir dan Ibu yang ada diruang tamu menunggu ketibaanku.

"Ibu, Jasmine pergi dulu. Nanti ada masa Jasmine datang jumpa ibu lagi. Terima kasih sebab sudi layan Jasmine macam anak ibu sendiri. Jasmine hargai sangat sangat." Kata aku lalu bersalaman dengan Ibu. Tangan aku digenggam erat oleh ibu. Ibu mengusap pipi aku sebelum mengizinkan Amir menghantar aku ke KLIA.

Amir akan fly ke Prague minggu depan. Dia nak spend time dengan Ibu dahulu katanya. Sudahnya aku dengan Amir tidak berbunyi mulut sikit pon semasa dalam perjalanan menuju ke airport. Flight aku pukul 4 petang tapi pukul 1 lagi dah bertolak. Korang fahamlah macam mana jalan kat Kuala Lumpur ni.

"Jasmine. Awak betul betul ikhlas ke nak kahwin dengan saya?" Tiba tiba Amir membuka mulut. Matanya memerhati aku yang sibuk memeriksa telefon untuk tengok jadual kerja aku. Kepala aku angkat menghadapnya.

"Kenapa awak tanya macam tu? Awak menyesal ke?" Tanya aku perlahan. Nasib aku memang sudah ditakdirkan begini ke? Dicintai dan ditinggalkan?

"Tak. Saya tak menyesal tapi saya tahu yang awak masih sayangkan Mateen. Cara awak pandang dia. Pandangan cinta yang menggunung. Saya takut saya jadi penghalang hubungan awak berdua" jawab Amir serious. Mukanya langsung tidak menunjukkan senyuman.

"Amir, percayakan saya okay. Saya dengan dia dah tak ada apa apa dah. Ya! Saya mengaku saya masih sayangkan dia tapi dia sendiri yang nak saya keluar dari hidup dia. Saya tak nak seksa hidup saya lagi dengan ingat pasal dia. Saya tengah move on dengan dia. Saya cuba demi awak. Saya takkan hampakan awak. Saya janji. " kata aku mengharapkan balasan positif dari Amir tetapi hanya keluhan yang keluar dari mulutnya. Aku dah rasa nak nangis. Keluhan itu menunjukkan yang dia tak percayakan aku. Aku hanya beri beban kepada dia ke?

"Saya dapat lihat dalam mata Mateen semalam yang dia masih sayangkan awak. Dia sayangkan awak Jasmine! Awak dengan Mateen masih sayang antara satu sama lain. Jadi kenapa saya perlu ada dekat sini? Saya rasa saya tak layak untuk jadi penghalang cinta awak berdua." Kata Amir lagi. Kepala aku dah naik serabut kalau dia asyik salahkan diri dia.

"Kenapa awak tiba tiba jadi macam ni Amir? Tolong jangan buat saya rasa sangsi dekat awak. Saya rasa yang sekarang awak tengah cari alasan nak berpisah dengan saya. Kalau awak tak nak saya, cakap. Jangan bagi saya harapan palsu." Aku rasa sudah mahu meletup. Entah kenapa aku rasa seperti Amir sedang mencabar kesabaran aku sekarang.

"Saya rasa kita tak patut teruskan hubungan ni. Awak lebih layak dengan Mateen. Sayangkan dia macam mana awak sayang dia dulu. Saya dah bincang dengan ibu dan ibu faham situasi kita. Saya pon tak marahkan awak. Maafkan saya." Mata hazel Amir aku lihat sudah menjadi merah. Tanda air matanya juga sudah mahu menitis kerana aku.

"Jasmine. Maafkan abang, sayang. Abang tahu abang dah buat salah yang besar dekat Jasmine. Ampunkan abang." Aku berpaling ketepi dan terlihat Mateen bersama kanak kanak semalam di pangkuannya. Muka sedih yang ditayangkan membuatkan aku ketawa.

"Kau buat apa dekat sini? Kenapa kau nak ganggu hidup aku lagi? Kau dah hancurkan hidup aku! Amir, kenapa jantan ni boleh ada dekat sini? Awak ke yang bagitahu? Dia ke yang paksa awak sampai awak cakap benda yang pelik macam ni?" Dari kedudukan aku yang duduk diatas kerusi kini telah berdiri menghadap Amir. Pandangan aku dihalakan kepada Amir yang menunduk. Sedikit pon tiada hati nak pandang Mateen yang memakai mask ditepi ini.

"Tak Jasmine! Tak! Saya rasa awak lebih layak dengan dia. Saya tak nak jadi penghalang. Readers cerita ni tak nak kita bersama. Bro, jaga dia elok elok. Jaga dia macam mana readers cerita ni harapkan. Kalau kau sakitkan hati dia sekali lagi, aku akan betul betul ambik dia jadi bini aku. Aku pergi dulu. Jas, saya pergi dulu. Jaga diri awak. Jangan buat benda bodoh lagi. Jangan lari dari masalah lagi. Maafkan saya sekali lagi. Assalamualaikum" Amir berjalan meninggalkan aku dengan Mateen. Aku tak mampu nak kejar kerana kakiku yang sakit ini.

K I N G ? ? ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora