12 👸+👑

2.7K 89 2
                                    

Sekarang aku dan Minah sudah selamat tiba di KLIA. Airport ni tak kira waktu tau,busy aja memanjang. Kami berjalan keluar dari pintu airport. Menunggu ketibaan Pak Mat. Aku pandang kesebelah. Aduh Minah ni tersengih sengih dah kenapa?? Sengau ke??

"Kau dah kenapa gila sengih sesorang??" Tanyaku lalu menolak perlahan bahunya.

"Ala jangan kacau boleh tak?? Aku tengah tengok bae aku buat live ni. Ya Allah baru sehari tak jumpa aku dah rindu dia." Kata Minah sambil menulis sesuatu di ruang komen live lelaki itu.

" Kata Minah sambil menulis sesuatu di ruang komen live lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Untunglah orang ada bae. Aku jer yang single mingle ni ha." Balasku sambil melihat juga takut Pak Mat sampai.

"Kenapa kau tak cakap yang kau single?? Kalau tak dah lama aku dah ajak kau couple" okay tu bukan suara Minah sebab itu adalah suara Minah. Aku pandang ke sebelah kananku

"Oh mak kau kuning!!!" Terkejut aku dibuatnya. Laju jer aku pergi peluk Minah. Jantung masih berdebar hebat.

"Kau kenapa Jas?? Ala Jas sebab kau la ni aku tak sempat nak tengok dia buat big love dekat aku. Hish. Dah pergi jauh jauh" halau Minah lalu menolak kasar tubuhku menjauhi dirinya. Dia memakai semula earphonenya yang tercabut.

"Kau buat apa dekat sini?? Dengan mask bagai?? Tak panas ke?? Boleh tak kalau kau jumpa aku ke keluar ke jangan nak tutup sangat muka kau tu. Ingat kau tu ramai peminat yang nak kejar kau??" Bertalu talu kata kata pedas dilemparkan kepada si lelaki disebelah.

"Eh ada aku guna duit kau ke?? Aku yang pakai kau pulak yang panas kenapa??" Balasnya sambil mencekak pinggang. Aduh dah macam mummy aku dah gayanya. #bukanMummyMasIdayu 'Ada nampak mummy happy??'

"Malas la aku nak layan kau. Pergi main jauh jauh sikit boleh tak. Asyik muka kau jer aku nampak. Bosan tahu tak" halauku kasar. Baru sahaja Ben mahu membalas kata kataku,terbunyi hon dari sebuah kereta Maserati yang berhenti agak kejauhan dari tempat kami.

Ben berjalan menuju ke kereta itu lalu membuat man hug dengan lelaki yang keluar dari kereta tersebut. Laju sahaja kereta tersebut meninggalkan airport tapi dari jauh aku nampak kereta tersebut semakin perlahan sebab jammed. Padan muka bawak lagi laju laju last last sangkut dalam jammed jugak.

"Jas!! Kau tak nak balik ke?? Pak Mat dah nak gerak ni." Jerit Minah pula dari arah berlawanan. Alamak bila Pak Mat sampai?? Laju sahaja aku mengheret bagasi menuju ke kereta vellfire yang dipandu oleh Pak Mat.

Sampai sahaja dirumah,aku melompat kearah katil milikku. Patung Baymax yang tersadai elok aku ambil lalu dibawa dalam pelukan. Eiii geram. Lembut sangat.Telefon berbunyi nyaring menunjukkan ada panggilan masuk.

IKRAM GILA calling

Ala kau nak apa?? Aku tengah tak ada mood nak cakap dengan kau tahu tak?? Lagi lagi lepas kau sengaja tolak aku dalam kolam renang dekat rumah Maklang. Selamat la aku pandai berenang,kalau tak mahu lemas.Panggilan tersebut berhenti selepas 2 kali melalak. Aman dunia.

Telefon berbunyi lagi kali ketiga. Telefon aku ambil kasar. Tanpa melihat gerangannya aku terus angkat

"Kau nak apa setan?? Aku tak ada mood tahu tak??!!" Sembur ku terus. Kacau ketenteraman orang sahaja.

"Siapa setan?? Amboi sedap kau cakap aku setan ye. Kau tu dajjal tahu tak??" Sembur orang disana semula. Aku melihat gerangan yang menelefon aku. Oh my Ben rupanya

"Dah yang kau call tak kena masa. Bukan salah aku. Hah kau nak apa call aku ni??" Sebenarnya aku tengah malu gila sekarang ni sebab tersound orang yang salah. Dah tahu salah kita lagi nak bela diri.

"Aku nak tanya kau,kau ada nampak tak rantai aku masa kita gaduh tadi??" Suaranya lembut menanyakan soalan. Fuh selamat tak balas balik kalau tak mahu esok baru habis.

"Rantai?? Rantai apa?? Aku tak perasan la pulak" jawabku sambil membelek beg aku satu persatu. Mana tahu ada terselit ke

"Military tag. Rantai tu penting kot. Aku dah nak masuk military ni. Aduh mana pulak hilang." Bunyi nada kecewa dihujung talian.

"Nanti aku cari mana tahu ada tersangkut mana mana ke. Kalau jumpa aku call kau" setelah salam dibalas talian ditutup.La mamat ni askar ke?? Penting sangat ke rantai tu??

Aku bangun nak membelek beg ku. Ada satu rantai besi terjuntai di sebalik beg sandang miliku.

Name:BenMateen Iskandar
Tel:017-89xxxxx
Birth:10 august 91
Bloodtype:O

Maklumat yang ada dekat rantai itu sudah menunjukkan yang itu memang hak milik Ben. Nanti dia dah nak pergi military,habis aku nak gaduh ngan siapa nanti. Siapa nak kena sindir dengan aku?? Ala nanti tak ada lagi orang aku nak tunjuk perangai gila gila aku.

Okay kejap. Aku ni dah kenapa?? Dia entah entah tak ingat pon nama aku. Tapi kenapa aku berat sangat nak lepaskan dia ni. Apa kena dengan kau hati?? Kau rasa dah lama hidup ke?? Perasaan ini lah aku paling tak suka.

Masa Mukram hidup pon aku tak suka perasaan ni. Aku tak suka Mukram ke luar negara untuk melaksanakan kerjanya. Macam la tak boleh kerja dekat Malaysia. Astagfirullahalazim istigfar Jasmine. Orang tu dah tak ada. Jangan dikenang lagi.

Mesej yang mengatakan rantai Ben ada dengan aku sudah aku hantar kepadanya. Malas nak call sebab aku tak ada mood nak bercakap sekarang. Minah masuk ajak makan pon aku jeling jer lepastu dia keluar balik tanpa banyak cakap. Dah faham benar agaknya dengan perangai aku.

MANA mamat bajet popular tu?? Dah setengah jam tahu tak aku tunggu dekat sini macam orang bodoh?? Jam dikerling untuk sekian kali. Dah la sekejap lagi aku ada meeting dengan supplier dari Korea. Mr. Lee tu bukan boleh diagak barannya.

"Sorry lambat. Aku ada hal tadi. So mana rantai aku??" Tanyanya lalu mengambil tempat disebelahku berhadapan dengan tasik buatan.

"Amboi dah la datang lambat lepastu main mintak macam tu jer??" Marahku lalu menghalakan pandangan ke hadapan.

"Lepastu kau nak suruh aku buat apa?? Melutut?? Macam tu??" Tanya kembali. Ala selalu macam ni. Pujuk la aku ke at least ni tak taknak mengalah macam aku jugak.

"Nah ambil la rantai kau ni. Aku dah nak balik office. Tak ada masa nak layan kau" aku menghulurkan rantai itu kepadanya tapi tidak disambut pula.

"Aku akan ambil rantai ni tapi boleh tak kau janji satu perkara dengan aku" aduh main janji janji pulak.

"Ha janji apa?? Cepatlah aku dah lambat ni" kataku masih menghulurkan rantai itu kearahnya.

"Janji kau simpan hati kau untuk aku. Kalau aku balik nanti kau masih belum berpunya,kau kena janji kau akan jadi milik aku. Aku pergi lama tau. Dalam 5 bulan macam tu. Dalam jangka masa tu macam macam benda boleh jadi. So aku nak kau kotakan janji ni bila aku balik nanti. Kalau kau dah berpunya aku yang akan undur diri. Boleh?? Janji dengan aku" aku speecless. Tak terkata kata jadinya.

"Apa kau ni??" Kataku mula berbasa basi. Sungguh janggal keadaan sekarang.

"Kau janji dengan aku Ain Jasmine. Please" nama penuh dia dah sebut. Apa lagi aku boleh balas. "Ni ada gelang tau. Nanti aku balik aku jumpa kau. Kalau kau pakai gelang ni maksudnya kau sudi nak jadi milik aku." Sambungnya lagi.

"Eh dah la aku dah lambat. Aku pergi dulu Assalamualaikum." Aku bangun dan hulurkan sahaja rantai itu kepada Ben. Aku berjalan laju keluar dari kawasan yang aku dan Ben duduki.

"Kau orang first aku akan jumpa Ain Jasmine. Ingat tarikh 29.3 masa tu kau tunggu aku jumpa kau!!!" Jeritnya dari jauh menyebabkan aku berjalan perlahan.

Sungguh aku rasa nak lempang dia. Boleh tak jangan siap bagi tarikh. Nanti tak suprise la. Sesudah dia berkata begitu,aku lajukan semula langkah aku ke kereta.

__________________

_25 NOVEMBER 2017_

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now