24 👑+👸

2.2K 75 2
                                    

"Welcome back sweerheart!!!" Dari jauh Minah sudah mendepakan tangannya. Aku memandang sekeliling. Semua mata tengah ralit memandang kearah Minah. Laju sahaja aku mengusung langkah ke arah bertentangan.

"Weh jangan tinggalkan aku weh! Aku tengah rindukan kau ni" Minah mengejar aku dari belakang. Semakin laju pula langkah aku ambil. Dari jauh sudah aku nampak kereta yang dipandu Pak Mat. Laju sahaja pergerakkanku.

"Jom Pak Mat gerak! Cepat Pak Mat! Kita tinggal Minah biar dia balik dengan uber." Kataku lalu menepuk kusyen kereta yang diduduki oleh Pak Mat sambil melihat muka kalut Minah di luar.

"Errr...miss. Miss salah kereta ni. Saya bukan Pak Mat tapi Iskandar. Ni kad saya" kata lelaki yang sedang berada di tempat pemandu tersebut. Aku kaku di tempat yang aku duduki. Arah tingkap aku lihat,nampak Minah yang sedang menepuk dahinya lalu menggelengkan kepala.

Aku melihat di sekeliling kereta. Terdapat beberapa pelancong asing yang turut memandang pelik kearahku. Anak kecil mereka pula sedang mentertawakan aku. "Sorry. Tersalah kereta. Sorry sorry" lantas sahaja aku mengheret bagasi besar gedabak aku tu keluar dari kereta tersebut.

"Kenapa kau tak cakap tu bukan kereta Pak Mat? Buat malu jer la! Muka aku dah macam carrot tau. Malunya aku Minah!!!" Langsung sahaja aku meninggalkan Minah yang sedang ketawa kepada aku. Rupa rupanya hari ni Minah datang bawak kereta sendiri. Aduh buat malu sahaja tindakan bodoh aku tadi.

"MAMA! Mateen ada benda nak bincang ni. Benda ni penting sangat untuk kehidupan Mateen. Lepas mama setuju baru Mateen akan bincangkan pula benda ini dengan daddy." Mama yang sedang ralit membaca akhbar online itu melihat kearah aku yang sedang menayangkan wajah gembira.

"Ni kenapa ni anak mama ni? Apa benda yang mustahak sangat tu? Sampai daddy dikaitkan juga." Tanya mama lalu meletakkan ipadnya keatas meja kopi yang kami duduki saat ini. Memberi ruang untuk mendengar luahan hati anak bongsunya ini.

"Mateen nak kahwin. Mateen dah jumpa calon yang sesuai untuk dijadikan menantu mama. Mateen harap mama boleh tolong Mateen untuk masuk meminang dia." Aku tersenyum kembali setelah memikirkan tentang si dia. Sungguh aku bahagia bila terkenangkan diri dia.

"Betul ke ni Mateen? Tapi siapa calonnya? Syara kan? Kalau macam tu biar mama bincang sahaja dengan Puan Sri Zahrah itu. Senang. Tak payah la meminang bagai,kita terus bincang tarikh perkahwinan" cadang mama dan langsung membuatkan aku menayangkan muka tidak percaya. Seriously ma, Syara jugak pilihan hati mama?

"Ma,i'm not talking about Syara okay. Who says i want to marry with her? Wanita yang nak Mateen ambil sebagai peneman hidup Mateen ni lebih elok,lebih cantik dan lebih sopan lagi dari Syara. Kenapa Syara jugak yang mama sangka?  Benci betul" muka geram campur meluat sebab nama Syara timbul dalam perbincangan yang langsung tak ada mengena dengan dia. Sudah la aku masih sakit hati dengan Syara sekarang. Sebab dia aku dengan Jasmine bergaduh balik.

"Mateen,kan mama dah pesan. Mama nak Syara jadi menantu mama bukan perempuan mana yang mama tak kenal. Mama tahu Syara mampu jadi isteri dan menantu yang baik untuk mama. Mama tak nak orang lain." Bangkang mama habis habisan.

"But ma,Mateen tak nak Syara mama. Kalau mama nak sangat Syara jadi sebahagian dari keluarga kita,suruh Faisal tu yang menikah dengan dia. Mateen tak nak bernikah dengan perempuan yang perangai entah apa apa tu. Dulu dia baik ma,semua perangai setan dia tak tunjuk dekat kita. Tapi lepas Mateen putus dengan dia,satu persatu perangai sebenar dia terbongkar. Dia kaki clubbing,kaki minum dan sanggup keluarkan duit beribu ribu untuk bela anak ikan dia yang entah siapa tu. Perempuan macam tu ke yang mama nak jadikan menantu mama?" Balas aku dengan tidak menggunakan suara yang tinggi.

"Sebab itu mama nak Mateen dengan dia. Jaga dia. Bimbing dia ke jalan yang benar. Bukannya tinggalkan dia terkontang kanting dalam dosa macam tu. Tarik dia kembali ke jalan yang lurus semula. Semuanya masih belum terlambat lagi Mateen." Mama mula memujuk aku sambil menggenggam tanganku. Mata aku tutup sebentar kerana ingin menurunkan kemarahan yang semakin meningkat.

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now