23 👸+👑

2.2K 74 3
                                    

"Kenapa tiba tiba saya awak jadikan mangsa keadaan? Are you crazy? Saya bakal tunang awak? Wow Ben wow." Tepukan kuat aku hadiahkan kepadanya. Setelah habis makan tadi,aku segera ingin meninggalkan dia dengan Syara. Ya Syara join kami. Musuh ketat perniagaan aku.

Ben mengheret aku ke sebuah taman yang aku sendiri tak tahu apa namanya dan dimana terletaknya taman ini. Aku tidak pasti kenapa aku perlu melenting lepas dia cakap tentang kami dihadapan Syara tadi. Aku rasa dia cuba main main dengan perasaan aku.

"Jasmine,listen to me. Saya ikhlas Jasmine. Saya langsung tak jadikan awak sebagai kambing hitam untuk saya selamatkan diri saya. Saya maksudkan apa yang saya cakap. Saya nak jadikan awak sebagai peneman hidup saya sampai ke akhir hayat saya. Tolong setuju. Ini permintaan saya." Ben menundukkan kepalanya ke bawah. Tangan diseluk ke dalam poket lalu smart phone dikeluarkan. Dia menghubungi seseorang tapi dia bercakap dalam bahasa yang aku tak faham. Mungkin German or Latin.

"Dah la Ben. Saya dah tak nak hati saya disakiti lagi. Saya dah penat kejar cinta yang tak perlukan khidmat saya. Saya dah cukup merana. Stop playing with my love. Biarkan saya dapat hidup dengan aman. Tanpa lelaki yang suka hancurkan dan tinggalkan hati saya macam tu sahaja. Saya minta sangat sangat." Lutut aku menjadi lemah. Aku hampir jatuh melutut dihadapannya. Sebelum aku jatuh, Ben memegang kedua tangan aku lalu membawa aku duduk di bangku berdekatan.

"Beb sorry aku lambat. Tadi kereta meragam sikit. Selamat hidup balik. Nah benda yang kau minta. Good luck bro!" Seorang lelaki mendekati kami lalu memberi satu kotak kecil kepada Ben dan langsung berlari meninggalkan kami berdua. Apa pulak kali ni?

Ben bangun lalu meletakkan sebelah lututnya di atas tanah. Manakala sebelah lagi kaki dijadikan tongkat untuk menstabilkan kedudukannya. Dia membuka kota tersebut lalu mengeluarkan satu kotak baldu dark blue yang terdapat didalam itu. Dia mengambil satu nafas panjang sebelum dia mengangkat kepala memandang kearah anak mataku yang terdapat takungan air mata.

"Sudi tak awak jadi teman sehidup semati saya? Saya janji saya akan cintakan awak sepenuhnya. Saya janji saya akan tunaikan tanggungjawab saya dengan penuh setia sebagai suami awak nanti. Saya betul betul serius. Mungkin dulu salah saya sebab bertindak secara melulu dengan pergi meninggalkan awak. Tapi saya buat semua tu sebab saya nampak yang awak dah ada seorang penjaga hati yang sangat sesuai untuk awak,yang sangat sayangkan awak,yang sangat risaukan awak,yang sangat rindukan awak. Sekarang selepas saya dah tahu cerita sebenar,saya nak rebut balik apa yang patut jadi hak saya. Awak ialah orang yang paling layak dengan saya. Walau sesempurna mana sekalipun bekas kekasih saya,tapi saya tak nampak apa yang saya nak dalam perhubungan yang saya jalinkan. Dengan awak,saya nampak segala galanya, saya pandang awak dari sudut yang lain dan bukan sebab rupa. Saya pandang iman awak,saya tengok perangai awak,saya lihat penjagaan dari setiap tutur kata awak. Ya mungkin saya telah lalai dan jauh dari agama tapi saya tahu awak boleh pimpin saya ke syurga. Kita boleh berjalan bersama sama menuju mencari keredhaan Allah s.w.t. So do you want to be my wife in this world and hereafter?" Satu bentuk cincin dihulur kepada aku.

Ya Allah. Aku terharu. Walaupun aku hampir terlelap sebab dia buat karangan panjang sangat tapi aku tetap terharu Ya Allah. Aku menutup mulut aku sebab aku termenguap dan menyebabkan mata aku berair. Mungkin bagi Ben itu adalah tanda terharu dari aku sampai nak termenangis semula.

"Bagi saya masa. Biar saya buat solat istiqaroh dulu. Kalau ada jodoh kita berdua, adalah tu. InsyaAllah akan bersama jua. Satu sahaja saya minta. Tolong berhenti kejar saya kesana kesini. Dari tak benci nanti bertukar benci pula. Assalamuaikum" kataku lalu bangun membelakanginya.

Telefon aku keluarkan. Aku menghantar location aku kepada Sakuragi. Dalam 10 minit menunggu akhirnya sampai juga gerangan yang ditunggu. Kaki dibawa laju menuju ke Sakuragi yang baru sahaj keluar dari pintu kereta. Hilang mood nak shopping. Tak apa esok masih ada. InsyaAllah.

SETELAH aku bersihkan diri,aku duduk di hujung katil yang baru sahaja aku check in. Sakuragi bermalam di rumah bapa saudaranya malam ini. Telefon pintar yang tersadai aku ambil lalu ditatap. Minah missed call? Aku menelefon semula Minah. Dalam beberapa ketika aku terbunyi suara disana memberi salam teruja. Aku menjawab dengan sopan lagi tertib.

"Weh apa kau dah buat ni gila? Kau tahu tak kau dah jadi tumpuan dekat Malaysia dengan Brunei? Sekarang aku nak tahu betul ke tidak? Tu je. Jujur dengan aku" Minah memberi aku kenyataan yang aku membuatkan aku jadi sedikit kosong. Apa pulak yang Minah ni cuba sampaikan? Apa pulak kaitan aku dengan negara Brunei ni?

"Apa yang kau nak cuba sampaikan ni? Apa kaitan aku dengan Brunei pulak? Ni siapa pulak yang nak jatuhkan aku kali ni? Macam macam hal la" aduku lalu mengurut perlahan kepala aku. Dah la kepala ni dah sarat dengan masalah. Masalah yang aku sendiri kalau boleh nak sangat elak.

"Aku dah kata benda ni gosip je. Selamat kau tak buat betul betul Jas. Kalau betul pon apa salahnya. Lagipon keluarga diorang kenalan yāy jugak, bukan orang lain." Kata Minah lalu menghulurkan kata lega. Terdengar keluhan panjang dilepaskan.

"Wait! Apa yang betul apa yang tak betul ni? Cuba cakap tu biar terang sikit. Jangan berbelit belit. Aku dah pening dah  ni sampai yāy pon dikaitkan." Aku sedikit naik marah. Mana tak marah kalah cakap tu corner kiri corner kanan. Cuba cakap tu straight to the point. Tak payah la nanti banyak kredit atau bil telefon aku kena bayar nanti.

"Gambar kau dilamar oleh anak sultan Brunei tular. Aku tahu tu gambar edit je. Saja ada yang cuba untuk ganggu kehidupan kau. Sejak petang tadi benda ni berlaku. Aku bukak intagram,facebook,twitter penuh dengan benda ni. Seorang pengusaha syarikat berjaya dilamar oleh putera diraja Brunei di negera Jepun dengan penuh romantis. Kau tahu sampai dalam youtube pon ada." Terang Minah lancar. Mulut aku menjadi terkunci automatik.

Aku baru sahaja di lamar oleh Ben petang tadi. Ben dikatakan sebagai putera Brunei. WHAT PUTERA BRUNEI?! bukan ke dia just askar ke? Takkan la dia anak raja Sultan Hassanal Bolkiah yang menjadi idaman semua wanita tu. Tapi takkan la dia anak raja kan? Aku tengok dia bodyguard pon tak ada iring dia.

"Weh! Kau dengar tak ni? Aku bebel panjang panjang?" Suaranya ditinggikan membuat aku kembali dari membuat spekulasi sendiri.

"Nanti aku call balik eh Minah. Bye babe bye" tanpa menunggu balasan daripadanya aku terus menutup panggilan telefon itu. Pelbagai benda mula mempengaruhi kepala serta otak aku sekarang. Serabutnya!

Baik aku pergi ambil air wuduk dan solat sunat. Mana tahu ia boleh menenangkan hati aku yang sedang gundah gulana ini. Selepas solat sunat,al-Quran digital yang terdapat didalam telefon pintar aku buka dan membaca satu persatu ayat surah An Nur .

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Ya hanya wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Tapi aku tidak pasti sama ada aku cukup baik untuk Ben ataupun tidak. Segala galanya aku serahkan kepadaMu Ya Allah. Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku tunjukkanlah petanda kepadaku supaya aku juga boleh jadi yang terbaik untuknya jua.

____________

Nah ambik satu lagi bab...haish time exam la idea nak keluar...insyaAllah lepas ni sis akan lebih kerap update okay.

-11 March 2018-

K I N G ? ? ✔Where stories live. Discover now