21 👸+👑

2.1K 68 0
                                    

"Kau nak pergi mana dengan beg beg ni?" Tanya Minah sambil menggaru lehernya perlahan.

"Aku kena pergi Jepun. Supplier dari Tokyo tu nak jumpa berempat mata dengan aku. " balasku sambil meletakkan beg yang berisi baju dan beg sandang yang wajib ada dengan aku di tepi katil. Esok pagi pagi lagi flight.

"Eh aku tak tahu pon?" Minah membuat muka terkejut. Telefonnya yang dari tadi dipegang diletak ditepi.

"Dah kau tu sibuk sangat dengan si Farhan tu. Baru aku nak buka mulut,telefon berbunyi la lepastu aku cakap sesorang la. Kau bukan nak dengar pon,senyum sesorang jer kerja" aku berjauh hati.

Sekarang Minah sudah berpindah kembali ke rumah ini. Mukram pula masih tinggal di rumah ini tetapi dia tidur di bilik tetamu di bawah. Masa aku tiada nanti, mukram yang mengambil langkah untuk pergi ke mana kemana sementara menunggu aku balik.

"Weh nak ikut. Please. Aku bosan la duk sini kalau kau tak ada." Minta Minah lalu memaut tanganku.

"Alah kalau kau pergi,Farhan kau nak berkasih sayang dengan siapa dekat sini? Kang tetiba ada orang caras kang kau pulak yang melalak. Lagipon kan client dari Canada nak datang lusa, kau kena ada sebagai wakil syarikat. Takkan la nak serahkan dekat budak office pulak." Aku berkata sambil mata separuh tertutup. Sumpah aku mengantuk gila sekarang. Dah la flight pukul 5 pagi,sekarang dah pukul 12.30 malam.

"Haah kan. Kalau aku pergi siapa nak jaga Farhan aku. Dah la aku dah nak bertunang dengan dia hujung bulan ni. Minta minta semuanya berurus dengan baik. Amin. Kan Jas kan? Jas? Weh Jas!" Minah menggoncangkan bahuku. Malangnya mata aku sudah tidak mampu dibuka. Akhirnya Minah meninggalkan bilik aku begitu sahaja.

TAPAK tangan aku digosok laju untuk menghasilkan haba. Tak sangka pula sekarang adalah musim sejuk. Salji juga tebal. Salah musim la nampaknya aku datang sini. Lambat pulak orang yang dijanjikan oleh En.Motomasa datang. Selalunya sudah tunggu aku di dalam airport sebelum ketibaan aku lagi.

"Miss Jasmine? Chikoku shite mi misen. (Sorry to be late) " seorang lelaki yang agak kelihatan sebaya denganku meminta maaf lalu menundukkan badannya 90 darjah.

"Ī nda yo (i'm fine)" selamat aku fasih berbahasa Jepun. Kalau tak mati la nak.

Satu baju tebal dihulur oleh lelaki tersebut. Tertera di name card nya yang tertulis Sakuragi Abe. Baju yang dihulur disambut lantas dipakai terus. Sejuk sangat ni. Dah sampai terkeluar asap ikut mulut ni.

Dalam perjalanan menuju ke hotel, kerja aku hanyalah membuta sahaja. Akhirnya aku dikejutkan oleh Sakuragi kerana telah sampai ke hotel. Aku keluar dari kereta dan memandang sekeliling di tempat kereta yang dipandu oleh Sakuragi berhenti. Cantik weh! Sumpah cantik. Nampaknya ada la jugak peluang aku nak main snowboarding nanti.

Lagipon aku akan stay sini dalam 2 minggu dan mesyuarat aku dengan En. Motomasa hanyalah dua kali iaitu esok dan ahad depan. Lepastu aku free. Walaupon percutian ini tanpa Minah aku tetap happy. Sorry Minah hehe

Bilik hotel yang sudah ditempah untukku aku amati sepintas lalu. Sumpah cantik! Permandangan dari tingkap Naeba Prince Hotel aku lihat dengan penuh minat. Walaupun tengah sejuk tapi pemandangan memang cantik dan juga aman. Taknak balik Malaysia boleh tak?

Sepanjang masa hari pertama aku sampai ke Jepun kerjaku hanyalah berehat dan membuta. Selamat En. Motomasa itu merupakan orang Jepun mualaf . Jadi dia menyuruh Sakuragi menghantar makanan halal ke hotelku.

"WEH Mateen! Lama tak jumpa kau bro! Aku dah rindu sangat dekat kau ni. Kau sihat tak?" Masuk sahaja ke dalam dewan yang sudah ditempah khas oleh teman temanku, aku disapa oleh Nial Najmi, manusia yang darah campuran Belanda Malay, merangkap teman baikku sepanjang berada di sekolah di London semasa high school.

"Tak yang kau buat reunion sampai ke Jepun ni apa kes? Selalunya dekat London. Kenapa tetiba ni? Dah la sekarang musim salji. " tanpa menjawab perkhabaran yang ditanyanya, aku menyerangnya dengan soalan yang aku simpan dari masa aku terima sms dia lagi.

"Alah rileks la bro. Saja tukar tukar angin. Lagipon budak budak lain okay jer. Dah lama aku rancang tapi kali ni baru jadi. Lagipon ni kan hotel ayah tiri aku. En. Motomasa kesayangan kau tu. Kalau kau ada,dia terus lupa aku." Rajuk Najmi. Hodoh la muka kau masa merajuk!

"Halamak nak merajuk pulak. Dah la aku lapar. Aku nak makan. Mana station makanan halal?" Iyalah majoriti kami ini bukan orang islam. Jadi makanan halal selalunya di sediakan oleh Najmi sendiri manakala Brian yang akan menguruskan makanan orang yang bukan islam. Simple!

"Weh aku bla kejap. Aku ada kerja nak buat. Aku terlupa nak buat tadi "

"Tapi aku lapar Naj! Weh Naj! " kurang asam punya kawan dia tinggal aku camtu jer? Aku malas nak bangun la. Aku baru berhajat nak minta waitress ambilkan untukku. Ada la dua tiga orang wanita bertudung yang sedang melayan kawan kawan islamku yang lain.

Lantas satu pinggan yang berisi makanan kegemaranku diletakkan dihadapanku. Orang yang meletakkan pinggan tersebut aku hanya hiraukan. Diri aku bagai beku dan blank tetiba. Bukan apa dari bau air wangi dan juga gelang yang terdapat di tangannya sudah aku tahu siapa orangnya.

Kerusi berhadapan denganku diheret sopan. Dia juga turut meletakkan pingganya yang berisi dengan makanan kegemarannya di atas meja yang aku duduki. Mata aku masih belum memandang orang tersebut. Bukan takut ataupun gementar tapi kerana aku rasa aku tak patut terjebak lagi dengan orang tersebut. Aku mahu mulakan hidup baru.

"Hi Ben! Long time no see. How are you? You makin segak la i tengok. Dah hilang Ben i yang cubby dulu." Dia ketawa mengekek. Perlahan tapi cukup jelas untuk sampai ke telinga aku. Patulah Najmi tinggalkan aku. Ada Dato Aliff Syukri disebalik costume Badang rupanya.

"Hi too! I busy kebelakangan ni. Lagipon i dah banyak berubah dari dulu. Benmateen yang dulu tak sama dengan yang sekarang. Benmateen yang dulu dah  I tanam belakang istana ayahanda I." Kataku sambil menjamah makanan yang dia berikan kepada aku. Aku jamah juga makanan itu sebab takut kata kurang sopan pula.

"I rindu Ben I yang dulu. Yang caring pasal I,yang sanggup buat benda bodoh semata mata nak pujuk I, yang sangup on call dengan I sampai i tertidur setiap malam,yang..."

"Sorry Syara. I dah tak nak buka cerita lama. Biarkan dia berlalu bersama masa. Masa kita dah tamat." Potongku dan aku berkata serius. Senyuman yang dari tadi lagi terpancar di bibirnya juga turut mati.

Pancaran matanya yang sedih menyebabkan aku berasa bersalah. Tipulah sesenang makan keropok jer aku boleh lupakan semua tentang dia. Sampai memakan masa aku dalam beberapa tahun lepas. Sehingga aku lalai dalam melaksanakan tugas aku untuk menjaga kebajikan rakyat bersama ayahanda.

"Sorry." Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya lalu dia tersenyum kembali. Tangan kanannya dihulur kepadaku. Aku memandang dengan penuh tanda tanya.

"Kenapa?" Soalku naif dan aku rasa aku tak boleh fikir apa respon yang harus aku pamerkan.

"Lupakan pasal dulu. Kita mulakan hubungan baru,buku baru serta kenangan baru. So friend?" Tanyanya lalu mendekatkan lagi tangannya kearahku. Aku menyambut lalu tersenyum kearahnya. Alhamdulillah sudah tiada lagi kesulitan diantara kami.

"Jadi jom kita mula semula. Hi nama saya Syara Aina binti Mustapha Zakaria. Berumur 26 tahun dan saya comel oraangnya" Syara mencomelkan mukanya lalu disambut oleh ketawa kami berdua. Sesungguhnya itulah permulaan yang baik diantara kami.

_________________

Sorry ye kanak kanak, pendek. Ni jer yang mampu dan sempat dikeluarkan dari otak buat masa sekarang. Sis tak sempat langsung nak menaip sebab banyak hw yang perlu disiapkan. Dah la cikgu bagi hari tu lepastu nak tengok  keesokannya. Bagi pulak bukan macam nasi lemak 2018,tapi bertimbun macam nasi lemak 2011. Tak apalah kita terima dengan hati yang redho lagipon dah nak exam SPM this year.

#TamparDiriSendiriUntukSedarkanAndaYangSudahMahuSPM.

P/s: cam biasa abaikan typo. Itu dah jadi tabiat manusia yang jari gemuk!

22 FEB 2018

K I N G ? ? ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora